Tanda-Tanda Korang Lahir & Membesar Di Malaysia!
Terletak di Asia Tenggara, negara kita memang tekenal dengan gabungan budaya, permandangan yang menakjubkan dan kesopanan rakyat. Daya tarikan negara kita yang unik terletak pada budaya masyarakat menjadikannya sangat istimewa. Mungkin korang tak sedar tetapi ini adalah tanda korang lahir dan membesar di Malaysia! Pasti semua boleh relate.
Negara kita memang terkenal dengan kepelbagaian budaya yang menyebabkan kita lebih unik berbanding negara lain. Sejak mencapai kemerdekaan 66 tahun lalu, negara kita dengan pantas mewujudkan suasana harmoni melalui penghargaan setiap budaya yang ada.
Campuran bangsa Melayu, Cina, India dan Bumiputera telah melahirkan satu gaya hidup yang unik pada kita dan hanya kita sahaja memahaminya. Selain itu, campuran ini turut dirasai oleh setiap pelancong yang menziarahi negara kita. Mereka wajib berkata budaya negara kita paling unik di antara negara yang wujud dalam dunia ini.
Haa.. memang patutlah kita berbangga menjadi rakyat Malaysia kan! Itu belum masuk bab keindahan semula jadi yang ada pada negara kita kan! Walaupun kesesakan kota Kuala Lumpur menjadi rutin harian, kita pun boleh lari sebentar untuk bertenang di pelbagai pantai dari merata tempat.
Selain itu, suasana harmoni turut diwujudkan apabila tibanya waktu musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali di mana kita dapat lihat sendiri perhiasan tersendiri mewarnai landskap negara kita tau.
Photo from Pinterest
Itulah antara keunikkan negara kita sekaligus mewarnai gaya hidup kita. Disebabkan itu, mungkin korang sendiri tak perasan yang terdapat beberapa tanda yang menunjukkan korang lahir dan membesar di Malaysia. Nak tau tak apa tanda itu? Jom baca sampai habis!
1. Semua Orang Kita Wajib Panggil 'Boss' Tak Kira Pangkat Apa Pun!
Photo from Pinterest
Haa.. antara perkara wajib kita selalu buat adalah semua kita panggil boss. Tak kisahlah siapa pun dan pangkat apa pun kan? Kalau tengah makan dekat kedai makan kita akan panggil waiter "boss, kira!" betul tak?
Ataupun kalau ada masalah dekat bengkel kereta, kita akan tanya pomen "boss, boleh settel ini masalah?", gelaran boss ini memang dalam kamus kehidupan kita kan.
2. Tangan Kita Memang Berkuasa Untuk Berhentikan Kereta Di Atas Jalan Raya
Photo from google
Sebagai rakyat Malaysia, berjalan merupakan salah satu ujian besar kerana kita perlu sentiasa peka dengan keadaan jalan raya. Maklumlah, jalan raya dekat negara kita memang besar dan kadang kala bersepah pengguna motosikal yang kurang berhemah akan melanggar lampu merah ataupun memotong sesuka hati termasuklah pengguna kereta.
Kerana itulah kita akan menggunakan kuasa tangan kita untuk memberi isyarat kepada setiap kenderaan di atas jalan raya untuk perlahan dan berhenti sehinggalah kita berjaya melepas jalan raya tersebut.
Takkan korang tak pernah cuba kan?
3. Kita Berbangga Dengan 'Malaysian Accent'
Photo from Pinterest
Campuran pelbagai bangsa bukan sahaja daripada aspek budaya sahaja. Malah, aspek bahasa pun turut dirojakkan sekali menghasilkan campuran bahasa yang lebih mesra dikenali sebagai 'Malaysian accent'.
Apa itu Malaysian accent? Mungkin korang tak perasan tetapi kita akan sering menggunakan perkataan seperti 'Lah' untuk menyedapkan perkataan kita. Min pun kerap menggunakan perkataan ini dalam perbualan harian!
4. Tak Sah Lah Tak Belajar Main Recorder Waktu Sekolah Rendah Dulu Kan!
Photo from Pinterest
Sekolah rendah merupakan antara kenangan terindah kita dahulu betul tak? Pelbagai memori indah serta aktiviti yang masih segar dalam ingatan kita. Namun, siapa boleh lupa subjek 'Pendidikan Muzik' di mana kita akan belajar main recorder!
Gigih tau Min dulu cuba untuk menguasainya dan memastikan setiap bunyi betul dan menyimpan impian untuk mempersembahkannya di hadapan khalayak ramai. Malangnya itu hanyalah impian sama seperti korang juga kan?
Atau korang berjaya menunjukkan bakat korang dalam menguasai alat muzik ini.
5. Istilah 'On the way' Itu Normal Bagi Orang Malaysia
Photo from The Star
Hidup sebagai seorang dewasa yang berkerjaya yang tinggal di kota raya yang pesat ini memang sentiasa terkejar-kejar masa. Maklumlah banyak sangat kerja yang perlu disiapkan dalam satu masa kan.
Kerana itulah istilah 'on the way' tu sering disebut oleh kita walaupun sebenarnya kita dah terlambat! Perkara sebegini selalu berlaku antara kawan-kawan kita terutama kalau nak keluar melepak.
Janji untuk berjumpa di kedai mamak pukul 8 malam, kawan kita pun dah on the way katanya. Sesudahnya, pukul 10 pm baru mula melepak! Pasti semua boleh relate.
6. Makanan Malaysia Adalah Makanan Paling Sedap Dalam Dunia
Photo from Pinterest
Walaupun kita sering dibelenggu dengan pelbagai isu negara namun antara perkara yang dapat menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia adalah makanan Malaysia. Tak kisahlah makanan apa pun, negara kita memang syurga kalau korang kaki makan!
Sebut sahaja nak makan apa pasti bersepah kedai makan yang korang boleh pilih dan rumuskan mana yang paling sedap! Selain itu, kita akan cepat mempertahankan makanan kita jika dibandingkan dengan negara jiran kita yang sering mendapat nama berbanding negara kita.
Haa.. walaupun kita sudah berpindah ke negara lain, makanan Malaysia tetap menjadi pilihan utama kita!
7. Korang Wajib Cuba Belajar Dialek Bahasa Melayu Dari Negeri Lain & Menggunakannya!
Photo from Pinterest
Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Kita diajar untuk menulis, berkata dan membaca seawal bangku sekolah lagi tau. Kadang kala kita sendiri tak perasan yang bahasa melayu memang unik dan mudah untuk difahami walaupun korang baru mula belajar.
Namun, setiap negeri mempunyai dialek bahasa melayu yang berbeza yang menghasilkan pertuturan lebih unik! Kalau korang orang negeri Selangor selalunya bercampur dengan bahasa lain seperti Inggeris menghasilkan dialek yang lebih urban.
Manakala, dialek dari negeri seperti Terengganu, Pahang, Kelantan, Penang, Kedah, Negeri Sembilan sangat berbeza dan unik! Kerana itulah kita akan wajib cuba untuk menguasai dialek negeri lain dan menggunakannya dalam satu fasa kehidupan kita kan?
Macam Min pernah belajar dialek negeri Kedah dulu untuk nampak berbeza sedikit!
8. Korang Tak Minat Sukan Tetapi Wajib Menyokong Pasukan Badminton Negara!
Photo from Pinterest
Kadang kala ada je di antara kita yang tak minat sukan, tak pernah lepak mamak tengok bola ataupun tidak pernah bersukan sama sekali. Namun, sebut sahaja sukan Badminton tak kisahlah apa pun kita wajib bersatu betul tak?
Dalam hati setiap rakyat Malaysia, Dato' Lee Chong Wei adalah hero bagi kita dan kita dapat menyaksikan bagaimana kita bersatu menyokong beliau dalam kariernya menentang pelbagai pemain yang hebat dalam beberapa pertandingan terkemuka.
Walaupun kita mungkin takkan bersetuju dalam beberapa perkara tetapi sukan badminton dapat menyatukan kita semua untuk memberi sokongan terbaik bagi pemain yang mewakili negara!
9. Nak Ke Taknak Lepak Mamak?
Photo from Pagar Putih Putra Permai
Hari-hari antara aktiviti wajib kita selalu buat adalah melepak. Nak lepak mana? Mestilah lepak mamak! Walaupun terdapat pelbagai restoran bertaraf dunia yang membawa pelbagai makanan mewah yang sedap dalam negara kita.
Secawan teh tarik dan sepinggan roti telur atau nasi kandar ayam goreng kuah campur tetap menjadi pilihan di hati kita. Tak kisahlah pukul berapa sekali pun, restoran mamak akan dibuka untuk menyajikan kita makanan sedap dengan harga berpatutan.
Walaupun pasangan kita baru minta breakup sekalipun, kedai mamak lah pilihan utama kita untuk menikmati masa sendiri ataupun bersama kawan-kawan.
Tanda nak kenal orang Malaysia adalah melalui kekerapan mereka lepak di kedai mamak kan?
10. Tak Sabarnya Nak Tengok Iklan Petronas Tahun Ini!
Photo from melayu tv
Antara tanda yang mengatakan korang membesar di negara ini adalah iklan Petronas! Setiap tahun kita wajib menunggu dan melihat apakah konsep baru dala iklan Petronas kalini kan?
Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai iklan yang dikeluarkan sebelum ini yang ikonik dan segar dalam ingatan kita. Kalau tanya pendapat Min, memang rasa pelik lah kalau nak sambut Hari Raya tak tengok iklan Petronas dulu!
Apabila keluar je iklan Petronas yang baru, esoknya pasti semua orang akan berbincang dan memberi pendapat masing-masing tentang iklan tersebut!
Haa.. itulah tanda-tanda yang menujukkan korang lahir dan dibesarkan di Malaysia. Memang susah untuk dinafikan bahawa gaya hidup kita mencerminkan budaya dan budi bahasa orang kita. Setiap tanda ini mempunyai maksud tersirat yang membuatkannya cantik serta unik di hati kita.
Mungkin korang suka untuk baca artikel ini:
❤️ Perkara Boleh Potong Mood Waktu Tengok Bola Dekat Mamak! | Jom Explore
❤️ Fakta Tentang Keajaiban Keindahan dan Budaya Malaysia! | Jom Explore