download Jom Explore app
iPhone Pernah Diberi Nama 'Projek Ungu'?

iPhone Pernah Diberi Nama 'Projek Ungu'?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 09 Aug 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tinggal sebulan sahaja lagi sebelum pelancaran model iPhone yang baru. Min pasti semua orang tak sabar nak melihat apakah perubahan serta pembaharuan yang akan ditunjukkan oleh syarikan gergasi dari Amerika Syarikat pada generasi model ke-15 kalini.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, iPhone telah menukar dan memberi kesan dalam kehidupan seharian kita. Dalam dunia yang semakin moden, iPhone bukan sebuah telefon pintar yang membantu menyenangkan hidup kita sahaja semata-mata.

Ia telah menjadi satu simbol di mata masyarakat kita. Sama seperti kereta mewah dan jenama mewah, iPhone mempunyai simbol kemewahan yang dapat mengubah hidup seseorang serta dapat menyakinkan mereka bahawa mereka telah mencapai sebuah kejayaan dalam tempoh kehidupan.

Tidak dapat dinafikan, idea Steve Jobs dalam mencipta sebuah telefon mudah alih yang menggabungkan iPod dan peranti komunikasi internet ke dalam satu peranti merevolusikan bagaimana kita berinteraksi dengan telefon kita.

Generasi pertama iPhone menampilkan skrin sentuh 3.5 inci, kamera 2 megapiksel dan butang ditengahnya meninggalkan kesan yang besar sewaktu Steve Jobs mempamerkannya di mata dunia. Produk ini menjadi ketua dalam penghasilan telefon pintar terbaik dalam elemen perkakasan, perisian dan reka bentuk.

Steve Jobs Memperkenalkan iPhone Di Mata Dunia Pada Tahun 2007Photo from Pinterest

Setiap generasi iPhone pasti mempunyai elemen tersendiri menjadikan mereka unik berbanding telefon pintar yang lain. Haa.. menarik kan? Apa kata kalini Min ceritakan dekat korang fakta-fakta menarik tentang iPhone dalam sejarahnya. Jom!

iPhone Bukanlah Telefon Pintar Pertama Dalam Dunia

Inilah Dikatakan Telefon Pintar Pertama Oleh IBM SimonPhoto from Pinterest

Walaupun iPhone telah merevolusikan konsep telefon pintar dan telah memberi inspirasi kepada pelbagai jenama teknologi menghasilkan telefon pintar mereka. Namun, IBM Simon, sebuah peranti yang agak besar mula dijual pada tahun 1994 secara meluas dianggap sebagai telefon pintar pertama di dunia.

Peranti ini mempunyai elemen seperti skrin sentuh, membalas e-mel dan beberapa aplikasi terbina seperti kalkulator dan pad lakaran untuk digunakan sama seperti masa kini. Haa.. kalau korang nak tahu, Cisco Systems adalah syarikat pertama mendaftarkan tanda dagangan "iPhone" sebelum Apple mengeluarkannya tau.

Mereka juga pernah menyaman Apple kerana menggunakan istilah ini untuk merujuk telefon pintar mereka. Lalu, kedua-dua syarikat segera mengadakan rundingan dan mencapai persetujuan mengenai pemilikan nama itu.

Konsep & Prototaip iPhone Diperkenalkan Sejak 1983

Konsep & Prototaip Yang Dihasilkan Oleh Apple Photo from Pinterest

Haa.. sebenarnya konsep dan prototaip iPhone ni telah dihasilkan sejak tahun 1983 lagi tau. Apple telah mencipta komputer bernama 'Hartmut Esslinger' iaitu sebuah telefon talian tetap dengan paparan skrin yang boleh dikawal menggunakan pen yang mencerminkan paparan skrin sentuhan sama seperti iPhone masa kini.

Walaupun ini hanyalah sebuah prototaip, ini telah menunjukkan bahawa Apple merupakan sebuah syarikat yang mempunyai sebuah visi dengan bereksperimen denga konsep iPhone untuk tempoh masa lama. Dunia mungkin kelihatan berbeza jika prototaip ini tidak pernah dikeluarkan.

Huruf 'i' Terhasil Dari Perkataan Internet?

iMac Yang Dikenalkan Di Tahun 1998!Photo from Pinterest

Mungkin korang pernah tertanya mengapa Apple sering memberi nama produknya bermula dengan huruf 'I'? Sama seperti iPod, iMac dan iWatch dari mana datangnya huruf 'I' ini! Haa.. menurut Steve Jobs, konsep ini diterangkan apabila beliau memperkenalkan iMac kepada dunia pada tahun 1998.

iMac berfungsi untuk berhubung dengan Internet dan kita boleh simpulkan 'I' bermaksud 'Internet'. Pada waktu itu, internet merupakan konsep baru kepada masyarakat ketika itu. Komputer tersebut membenarkan orang ramai menggunakan internet dengan mudah. Beliau turut menambah, huruf 'I' juga bermaksud 'saya'.

Setiap Iklan Produk Apple Menunjukkan Waktu Yang Sama!

Semua Waktu Di Iklan Apple Menunjukkan Waktu Yang SamaPhoto from AppleInsider

Haa.. kalau korang nak tahu, acara Apple selalunya bermula pada pukul 9 pagi dengan perbentangan bermula 40 minit kemudian. Steve Jobs pamerkan iPhone pertama pada pukul 9:42 pagi sekaligus menyebabkan semua produk apple akan menunjukkan waktu 9:42 pagi dalam iklan mereka.

Namun, Apple telah tukar waktu ini dengan mengalihkan ke 9:41 dalam iklan yang baru.

Samsung Tolong Hasilkan Bahagian Apple?

Ada Bahagian Dalam iPhone Dihasilkan Oleh Samsung TauPhoto from The Wall Street Journal

Musuh utama Apple, syarikat teknologi Samsung dari Korea Selatan turut menghasilkan telefon pintar mereka tersendiri yang dikenali sebagai Samsung Galaxy S. Walaupun Samsung akan sentiasa bersaing dengan musuhnya dengan mencipta telefon pintar yang fokus kepada aspek lain. Mereka juga menghasilkan bahagian application processor untuk iPhone tau.

Tetapi kini, sebuah syarikat bernama TSMC pula yang menghasilkan processor untuk Apple. Cip yang digunakan pada masa kini diberi nama adalah A16 Bionic tau.

iPhone Pernah Menang Gelaran Penciptaan Tahun Ini

Majalah TIME Nobatkan iPhone Dengan Gelaran!Photo from Cult Of Mac

Kalau korang nak tahu, majalah terkemuka iaitu majalah 'Times' telah menganugerahkan iPhone gelaran 'Penciptaan Tahun Ini' pada tahun 2007 tau. Peminat dan pakar terpesona dan terpukau melihat reka bentuk yang cantik, mewah dan unggul pada iPhone yang pertama.

Selain itu, prestasi yang mengagumkan membuatkan iPhone adalah telefon pintar yang terbaik di pasaran waktu itu.

Nama Rahsia iPhone Adalah Projek 'Ungu'

Kod 'Ungu' Dberikan Bagi Projek iPhonePhoto from Wikipedia

Apple merupakan sebuah syarikat terkemuka dalam menciptakan pelbagai teknologi yang memudahkan kehidupan seharian kita. Setiap produk yang dihasilkan akan ditunjukkan kepada mata dunia pada waktu yang ditetapkan oleh syarikat tersebut.

Oleh itu, mereka pasti ingin memastikan setiap projek dikawal rapi untuk mengelakkan segala rahsia syarikat tidak dapat diketahui oleh pihak luar ataupun musuh mereka. Disebabkan itu, projek iPhone diberikan nama 'Ungu' tau!

Nama rahsia ini merupakan kod yang digunakan oleh setiap perkerja yang terlibat dalam projek ini tau. Selain itu, gelaran 'Asrama Ungu' diberikan oleh jabatan yang terlibat dalam penghasilan iPhone di ibu pejabat Apple.

Konsep Aplikasi App Store Dicipta Oleh Apple

App Store Telah Memudahkan Kita Untuk Muat Turun Pelbagai AplikasiPhoto from Pinterest

Setiap telefon pintar pada masa kini memiliki aplikasi App Store di mana kita boleh muat turun pelbagai aplikasi untuk digunakan dalam iPhone kita. Aplikasi seperti media sosial, permainan video, mendengar lagu serta penambah baikkan kualiti hidup.

Konsep App Store ini telah dicipta oleh Apple dengan membenarkan pengguna iPhone untuk muat turun aplikasi dan syarikat lain dapat menghasilkan aplikasi untuk dijual di App Store. Kemudian, konsep ini ditiru oleh setiap jenama telefon pintar yang lain.

Kini sebanyak 1,96 juta aplikasi boleh dimuat turun di App Store untuk dinikmati oleh pengguna iPhone.

Perjalanan iPhone dari penubuhannya sehingga kini adalah bukti kuasa Apple menghasilkan teknologi yang dapat membentuk serta mengubah hidup kita. Ia telah merevolusikan komunikasi, hiburan fotografi dan menjadi penting dalam kehidupan seharian kita.

Haa.. tak sabar kan nak tengok apa perubahan baru untuk generasi iPhone ke-15 ini kan!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok