Resipi Mudah Untuk Masak Nasi Kerabu
Tiap-tiap minggu asyik nak melantak nasi kerabu je sebab sedap sangat masakan dari negeri Cik Siti Wan Kembang! Tetapi nampak gaya macam susah je kalau nak cuba masak dekat rumah. Haa.. apa kata kalini Min kongsikan resipi mudah untuk korang cuba buat nasi kerabu dekat rumah pulak.
Dalam banyak makanan yang datang dari negeri pantai timur, nasi kerabu antara masakan paling unik kerana aneka lauk pauk serta nasi berwarna biru pasti menarik perhatian sesiapa je.
Min masih ingat kali pertama melihatnya dan terus membeli kerana daya tarikan visualnya memang menggoda! Aroma nasi bercampur dengan sayur dan pilihan protein seperti ayam atau daging bukan sahaja mengenyangkan malah memberikan rasa kompleks yang sukar digambarkan.
Ia juga bukanlah sekadar hidangan je semata-mata ia juga boleh dianggap makanan yang melambangkan budaya, sejarah dan kesenian yang terdapat dalam masakan kita.
Asal-usul nasi kerabu boleh dikatakan memang datang daripada negeri pantai timur khususnya Kelantan dan Terengganu yang kita sedia maklum memang terkenal dengan kepelbagaian warisan budaya dan aneka makanan tradisional melayu yang sangat berbeza daripada negeri lain.
Photo from Pinterest
Haa.. daripada asyik membeli je nasi kerabu, jom belajar bagaimana nak masak nasi kerabu dengan resipi mudah yang Min tulis untuk korang. Pastikan korang baca sampai habis tau!
Identiti Tersendiri Melalui Warna Biru
Photo from Pinterest
Apa yang membezakan nasi kerabu daripada hidangan nasi lain yang ada dalam negara kita adalah warna birunya yang menyerlah. Warna biru tersebut diperoleh daripada kelopak bunga telang yang direndam dalam air dan kemudian digunakan untuk mewarnakan beras.
Warna biru ini bukanlah warna sahaja malah ia dapat menambah daya tarikan visual dan memberikan aroma halus terhasil daripada bunga telang kepada nasi tersebut. Nasi dimasak bersama bunga telang tersebut untuk menghasilkan warna biru yang cantik.
Hidangan nasi kerabu takkan lengkap kalau tiada lauk sampingan yang mewarnai serta menaikkan rasa dan teksturnya. Antara lauk wajib adalah ayam percik yang dipanggang diperap dalam santan dan rempah ratus untuk menghasilkan ayam lembut, berair diselitkan dengan rasa aromatik hasil dari rempah serai dan kunyit.
Tambahan pula, kelapa parut yang dibakar sehingga perang keemasan untuk memberikan rasa pedas dikenali sebagai kerisik menambah tekstur pada nasi tersebut. Selain itu, sambal cili yang dibuat dengan campuran cili merah, bawang, pes udang dan rempah memberikan sedikit kepedasan!
Seterusnya, telur masin memberikan rasa masin yang memberikan rasa kontra berbanding lauk-lauk lain. Akhir sekali, campuran ulam seperti kubis, taugeh, kacang panjang, bungan kantna, daun serai kayu dan pucuk selon memberikan unsur yang menyegarkan serta melengkapkan hidangan nasi kerabu ini.
Photo from Pinterest
Setiap elemen yang dicampurkan dalam nasi kerabu memainkan peranan masing-masing untuk membawa rasa tersendiri memberikan keharmonian seimbang tanpa merosakkan keseleruhan hidangan tau.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Nasi Kerabu
Photo from Pinterest
Haa.. bila cakap pasal nasi kerabu ni memang boleh buat kita terliur kan? Kalau camtu Min nak kongsikan dekat korang semua bahan yang diperlukan untuk buat nasi kerabu. Korang boleh gandakan bahan tersebut kalau nak masak dalam kuantiti yang banyak.
Bahan-bahan yang korang perlukan adalah:
Untuk sambal cili tumis:
10 cili kering
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
1/2 inchi halia
200g santan pekat
3 batang serai yang diketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sudu teh gula
2 suku garam halus
2 sudu teh budu
minyak masak yang banyak untuk tumis
Bahan-bahan sambal ikan kelapa/kerisik:
Photo from MYAGIRI
1 biji kelapa parut yang digoreng menggunakan api perlahan supaya tidak keperangan dan ditumbuk kasar tau
7 ekor ikan selayang yang direbus, ambil isi tersebut dan ditumbuk
5 ulas bawang merah
Nisan-cincang halus ataupun gula
Garam secukup rasa
4 batang serai
1 sudu kecik lada hitam ditumbuk
Bahan-bahan sambal cili:
Sambal Cili
Cili merah & hijau
Cili besar kalau korang tak suka pedas!
Garam dan Gula
Cuka
Bahan-bahan untuk hasilkan Nasi Kerabu:
Photo from Maggi
4 cawan beras mengikut pilihan korang. Kalau Min suka pakai beras jasmine
Air yang secukupnya jangan bagi nasi kering sangat
Segengam bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru akan direndam semalaman dan dikisar
Serai yang diketuk
Daun limau purut
Langkah Untuk Hasilkan Nasi Kerabu Paling Sedap!
Photo from Pinterest
Pastikan semua bahan-bahan yang Min tulis korang dah sediakan terlebih dahulu dan ikuti langkah-langkah yang Min tulis untuk setiap bahagian.
Langkah sambal cili tumis:
Mula-mula korang kisar cili kering, bawang dengan halia
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air dan kemudian masukkan santan
Pastikan korang sentiasa kacau supaya santan tidak berketul tau. Jangan dibiarkan!
Kemudian masukkan serai dan asam. Bila mula mendidih, masukkan budu dan gula. Jangan lupa untuk rasa dulu sebelum masukkan garam tetapi jangan terlebih masin pulak. Kacau sehingga pecah minyak dan tutup api
Langkah sambal ikan kelapa/kerisik:
Tumbuk serai sehingga hancur dan masukkan bawang merah. Teruskan menumbuk dan masukkan garam dan gula secukup rasa mengikut lidah korang
Kemudian masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul sehingga rata.
Masak sekejap sahaja supaya dah tahan lebih lama.
Langkah Sambal Cili dan Nasi Kerabu:
Untuk sambal cili korang kisar sahaja semua bahan tersebut dan langkah nasi pula, korang masukkan semua bahan ke dalam rice cooker. Kemudian, masak seperti biasa!
Akhirnya siap pun nasi kerabu korang! Haa.. jangan lupa untuk tambah protein pilihan korang seperti ayam percik atau daging bakar. Hidangkan panas-panas dan nikmati lah nasi kerabu yang penat-penat korang cuba buat, selamat mencuba!