download Jom Explore app
Cara Untuk Menikmati Sukiya Kali Pertama!

Cara Untuk Menikmati Sukiya Kali Pertama!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 08 Aug 2023
Digital Editor

Sukiya menjadi semakin popular kerana menawarkan makanan jepun dikenali sebagai shabu-shabu berjaya menarik perhatian lebih ramai orang baru untuk mencubanya. Namun, ada segelintir takut untuk melangkah masuk kerana tidak tahu bagaimana cara betul untuk menikmati makanan jepun ini. Haa.. jangan risau Min sedia membantu korang!

Kalau korang nak tahu Sukiya datang dari negara Jepun yang terdiri daripada pilihan daging, tauhu dan sayur-sayuran yang dihiris nipis dimasak dalam campuran sup panas. Nama sukiyaki ini berasal daripada perkataan Jepun iaitu suki (鋤) bermaksud 'skop' dan yaki (焼き) bermaksud 'gril'.

Hidangan ini secara tradisinya dimasak di atas meja dalam periuk panas yang dipanggil sukiyaki nabe (すき焼き鍋) dan dipercayai berasal dari wilayah Kansai di Jepun semasa zaman Edo (1603-1868). Hidangan ini cepat menjadi popular di seluruh Jepun dan turut meraih populariti di negara kita baru-baru ini.

Apa yang membuatkan sukiya popular adalah hidangan yang dapat mengeratkan hubungan antara keluarga atau rakan. Korang dapat berkongsi makanan masak bersama-sama sambil ketawa berkongsi cerita memupuk nilai kekeluargaan yang berbeza daripada hidangan lain.

Selain itu, kombinasi hirisan daging nipis dicampurkan dengan sayur-sayuran, mi dan aroma kuah sup panas yang dipenuhi dengan rasa pati menghasilkan pengalaman makanan yang sukar digambarkan. Rasa semulajadi manis daging ditambahkan dengan sayur-sayuran dicicah dengan sos pilihan akan membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengan hidangan ini tau.

Sukiya Ini Sedap Kalau Dikongsi Beramai-ramaiPhoto from IG: erno_zan

Haa.. sebab itulah ia meraih populariti tau sampaikan ada yang sanggup beratur lebih dari sejam bila waktu hujung minggu untuk menikmatinya bersama keluarga atau kawan! Kerana itulah, Min nak kongsikan dekat korang cara untuk menikmati suki-ya bagi kali pertama.

Boleh Ke Masukkan Semua Bahan Sekaligus?

Sukiya Ni Ada Macam-Macam Bahan Untuk Korang Pilih TauPhoto from IG: shamakermaros

Macam Min dah beritahu sebelum ini, suki-ya ini sedap kerana campuran pelbagai bahan menghasilkan simfoni perisa tau. Bahan-bahan yang korang boleh pilih adalah pilihan daging lembu, ayam, kambing, sayur-sayuran seperti cendawan, mee dan bebola ikan ataupun daging.

Kepelbagaian bahan ini bukan lah membuatkan periuk korang penuh menambah daya tarikan visual pada hidangan je semata-mata. Ia bertujuan untuk tingkatkan rasa setiap bahan bercampur untuk menghasilkan kombinasa rasa dan tekstur yang menarik.

Ini adalah asas dalam hidangan suki-ya tau. Jadi, korang pun boleh pergi ke salad bar untuk pilih sahaja sayur serta bahan lain yang menarik perhatian korang. Tetapi, walaupun bahan ini sedap dicampur korang tak patut masukkan kesemua bahan sekaligus tau.

Haa.. tak ramai tahu dan kebanyakkannya ramai melakukan kesilapan ini tau. Turutan dalam hidangan ini sangat penting untuk memastikan pengalaman makanan korang sedap ataupun tidak. Kuah yang diberikan adalah asas yang boleh berubah mengikut bahan yang direbus dalamnya.

Jadi, kalau korang campurkan kesemua bahan sekaligus. Setiap bahan tersebut akan berebut untuk mengeluarkan rasa tersendiri menyebabkan kuah korang akan mula hilang rasa ataupun menghasilkan rasa yang sangat kuat membuatkan bahan-bahan lain tidak dapat mengeluarkan rasa tersendiri.

Justeru itu, turutan paling mudah korang boleh ikut adalah mulakan dengan daging nipis dahulu. Kemudian, sayur-sayuran korang akan menjadi lebih sedap kerana dapat menyerap rasa manis daging. Seterusnya, masukkan mee pilihan korang dan akhir sekali masukkan bebola ikan ataupun beberapa bahan lain pula.

Pastikan Korang Makan Mengikut Turutan Barulah Sedap!Photo from IG: erno_zan

Turutan ini akan memastikan kuah korang akan menjadi lebih rasa menghasilkan aroma yang lebih sedap berbanding masukkan kesemua bahan sekaligus tau!

Jangan Takut Untuk Hasilkan Sos Sendiri

Sos Yang Dihidangkan Akan Tingkatkan Keseluruhan Nikmat Makan!Photo from IG: shamakermaros

Daging sudah dimasak, bahan lain pun dah pilih sekarang ni korang lihat terdapat bahagian sos di restoran suki-ya tetapi sos yang ditawarkan adalah sos yang korang tak biasa. Adakah patut korang elakkan? Atau korang pilih satu pilihan sos yang kelihatan sedap sahaja?

Haa.. dekat sini pun ramai silap tau! Sos yang ditawarkan di restoran suki-ya tak sama macam kita selalu makan seperti sos cili, tomato. Sos yang ditawarkan perlu dianggap sebagai ramuan untuk hasilkan kombinasi terbaik untuk dinikmati bersama daging korang tu!

Ia memainkan peranan penting dalam menikmati hidangan suki-ya kerana ia mampu merosakkan atau meningkatkan keseluruhan pengalaman menikmati makanan gaya ini tau. Setiap sos dapat menambah kekurangan rasa serta menambah rasa yang lebih seimbang.

Sos juga dapat menambah tekstur seperti balud untuk memperkenalkan elemen lebih mewah dan berkrim. Tetapi, tiada satu resipi yang betul, semuanya bergantung pada citarasa korang! Antara resipi paling mudah adalah 3 bahagian sos bijan dan satu bahagian kucai.

Selain itu, korang juga dapat mencampurkan beberapa sos berbeza mengikut resipi asas mengikut citarasa untuk menghasilkan sos cicah yang sesuai dengan korang tau. Haa.. jangan risau kalau tak tau nak campurkan apa tau.

Seorang influencer, sheilanan berkongsi kombinasi sos untuk korang buat di suki-ya. Campurkan miso tare, gomatare sauce, sichuan chili oil, bawang putih, daun ketumbar, daun bawang, cili.

Korang Boleh Cuba Pelbagai Kombinasi Untuk Memenuhi Citarasa!Photo from Wanderlust Dj

Haa.. lepas ni tak pening dah waktu korang nak cipta kombinasi sos yang mengikut citarasa tersendiri.

Sup Sukiya Pun Janganlah Main Pilih!

Sup Sukiya Ni Penting Untuk Pastikan Setiap Bahan Dapat Keluarkan Rasa DiaPhoto from Pinterest

Perkara pertama restoran suki-ya akan bertanya sewaktu korang melangkah masuk apakah pilihan sup yang korang nak. Haa.. kalau dekat Suki-ya ada beberapa pilihan sup iaitu shabu-shabusukiyakimisokimuchimala misotomato soup.

Untuk menikmati hidangan suki-ya, korang jangan main pilih je sup tersebut tau! Sup memainkan peranan penting kerana kenikmatan makan akan menjadi lebih sedap kalau korang tahu nak pilih sup apa yang sesuai dengan citarasa korang tau.

Sebagai permulaan, tak salah untuk bertanya staff pilihan sup paling popular yang selalu pelanggan lain selalu pilih! Haa.. cara ini lebih selamat untuk memastikan pengalaman makan lebih sedap berbanding mencuba sup yang jarang dipesan tau.

Selain itu, Min rekomen korang untuk pilih dua sup yang berlawanan rasa supaya korang dapat menikmati dua rasa berbeza berbanding satu sup sahaja. Dua sup berlawanan pula seperti sup kurang pedas dan sup pedas bakal membuatkan rasa daging yang lebih sedap tau.

Sup kegemaran Min pula adalah sup sukiyaki yang dimasak dalam sup kicap manis dan sup mala misoMiso ini diperbuat daripada kacang soya yang ditapai penuh dengan antioksidan seperti vitamin E, serta asid lemak pelindung dicampurkan dengan rempah mala untuk hasilkan rasa pedas yang sesuai dipadankan dengan pilihan daging!

Pastikan Korang Pilih 2 Jenis Sup Berbeza!Photo from IG: girleatsberlin

Haa.. panduan ini akan memudahkan korang untuk mencuba suki-ya untuk kali pertama ataupun mencuba cara baru dalam menikmati hidangan suki-ya ini tau. Selamat mencuba!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok