download Jom Explore app
Tesla Model Y Bermula Dengan Harga RM199K!

Tesla Model Y Bermula Dengan Harga RM199K!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 17 Jul 2023
Digital Editor

Bakal dilancarkan dalam negara pada 20 Julai 2023, Tesla, Inc telah mengeluarkan harga bagi model compact-SUV (Sport Utility Vehicle) dalam pasaran negara untuk memenuhi permintaan peminat kereta elektrik yang tidak sabar untuk menunggu kehadiran syarikat teknologi terkemuka ini.

Tesla, Inc merupakan sebuah syarikat teknologi yang menghasilkan kenderaan elektrik dan tenaga bersih ditubuhkan pada tahun 2003 oleh jurutera Martin Eberhard dan Marc Tarpenning. Ia dinamakan sempena pencipta terkenal, Nikola Tesla.

Pada tahun 2008, Elon Musk memegang jawatan Chief Executive Officer (CEO) untuk mencorak kemajuan serta masa hadapan Tesla. Sejak kehadirannya, Beliau telah menjadikan Tesla salah satu syarikat penting dan berpengaruh dalam industri automotif dan tenaga.

Apa yang membuatkan Tesla mempunyai ramai peminat adalah kepakaran mereka dalam menghasilkan kenderaan elektrik (EV) yang akan mendominasikan pasaran automotif dalam berberapa tahun akan datang tau.

Model Y Yang Bakal Masuk Dalam Negara Kita TauPhoto from Tesla

Haa.. antara model yang dimasuki dalam pasaran negara adalah Tesla Model Y yang telah menarik perhatian ramai orang termasuklah bukan peminat syarikat ini kerana menawarkan harga yang berpatutan dan murah berbanding saingan mereka.

Tapi, sebelum korang nak beli kereta baru mestilah kena tahu apa keunikkan yang paling best ada dekat Model Y ni kan? Jom Min kongsikan!

Gaya & Bentuk Rekaan Minimalis Merupakan Identiti Tesla

Gaya & Reka Bentuk Minimal Membuatkan Ia Mempunyai Identiti TersendiriPhoto from Paul Tan

Kalau korang nak tau, Tesla Model Y merupakan sebuah SUV kompak yang menggunakan elektrik sepenuhnya. Model Y menggabungkan ciri-ciri terbaik antara dua model yang dikeluarkan sebelum ini, sedan Model 3 dan SUV Model X untuk mencipta SUV kompak yang mendominasi pasaran automotif.

Sejak berberapa tahun ini, fleksibiliti SUV yang menawarkan reka bentuk telah menarik minat pelbagai pengguna walaupun mereka bukan kaki automotif tau! SUV biasanya mempunyai bahagian dalaman yang luas dengan kapasiti tempat duduk dan kargo yang selesa. Fleksibiliti ini menjadikannya sesuai untuk pelbagai tujuan.

Selain itu, kedudukan pemanduan yang lebih tinggi berbanding kereta sedan. Kedudukan tinggi memberikan pandangan lebih luas, meningkatkan penglihatan dan keselamatan ketika memandu. Kedudukan memandu ini lebih selesa dan menarik membuatkan ramai pengguna menyukainya terutama mak-mak dan datin.

Manakala untuk Model Y ini pula mengikuti reka bentuk dan gaya tradisional sebuah SUV dengan kedudukan lebih tinggi, visibiliti lebih baik dan ruang kargo yang luas. Tapi ruang kabin dalaman yang mempunyai tema minimalis membuatkan ia mempunyai identiti tersendiri berbanding jenama automotif lain.

Bukan itu je tau, tema minimalis ini membuatkan Model Y hanya mempunyai sebuah skrin untuk mengawal segala aspek dalam dan luar kereta! Haa.. korang jangan terkejut pulak kalau lihat kereta ini tidak mempunyai sebarang butang seperti kereta biasa.

Bentuk SUV Kompak Membuatkannya Luas & Selesa TauPhoto from Paul Tan

Model Y juga mempunyai sistem pemanduan yang baik dan canggih jugak tau. Ciri keselamatan menjadikannya sangat popular kerana terdapat pelbagai sistem keselamatan untuk memastikan korang kekal selamat ketika memandu.

Boleh Scroll Shopee Dan Strim Netflix Dalam Kereta!

Skrin Infotaiment Ni Banyak Aplikasi Untuk Korang Guna TauPhoto from Paul Tan

Kalau korang nak tau skrin infotainment tu bukan digunakan untuk mengawal kereta Tesla korang je tau, terdapat pelbagai fungsi yang korang patut tau yang dapat membuatkan korang makin jatuh cinta dengan kereta ini tau.

Kereta elektrik tidak menggunakan minyak tetapi menggunakan elektrik yang perlu dicaj untuk bergerak. Sementara menunggu kereta korang siap caj tu apa kata layan movie ataupun tv siri kegemaran korang melalui aplikasi Netflix di skrin infotainment sahaja.

Menarik kan? Haa.. selain daripada Netflix banyak lagi aplikasi yang korang boleh muat turun untuk digunakan sewaktu menunggu kereta siap caj. Memang sesuai untuk ibu bapa yang ingin meluangkan masa bersama anak-anak yang cepat bosan menunggu.

Selain itu, Elon Musk memang terkenal dengan meletakkan "easter egg" untuk dicari atau dijumpa oleh setiap pemandu kereta Tesla. Untuk Model Y pula selain daripada strim cerita kegemaran korang juga boleh muat turun berberapa permainan video yang menggunakan stereng kereta sebagai alat kawalan tau!

Memang seronok sangat kereta ini kan? Banyak sangat ciri-ciri dan hiburan supaya korang tidak bosan menunggu ataupun ingin berehat sebentar dalam kereta selepas memandu dalam satu tempoh masa yang lama.

Korang Boleh Kawal Macam-Macam Benda Melalui Skrin NiPhoto from Paul Tan

Bukan itu je tau, aplikasi muzik seperti Spotify pun ada untuk memudahkan korang memilih lagu ketika memandu dan boleh mewujudkan sesi karaoke bersama keluarga ataupun rakan-rakan ketika menempuh perjalanan jauh.

Ada 3 Spec Yang Berbeza Tau

Terdapat 3 Spec Berbeza Untuk Korang Pilih Mengikut Pilihan KorangPhoto from Paul Tan

Kalau korang nak tau, Model Y yang akan dimasukkan dalam pasaran negara ada 3 spec yang berbeza untuk korang pilih tau! Setiap spec yang ditawarkan mempunyai kelebihan masing-masing membuatkan harga setiap variant berbeza.

Tesla Model Y Standard Range Rear-Wheel-Drive (RWD) adalah model paling ekonomik untuk pasaran negara. Harga bermula RM199,000 menawarkan motor belakang tunggal untuk menggerakkan kereta ini. Julat maksimum yang dinyatakan ialah 455 km. Kereta ini mempunyai kelajuan tertinggi 217 km/j dengan sokongan RWD. Pecutan sehingga 100 km/j hanya mengambil masa 6.9 saat sahaja.

Manakala, Model Y Long Range All-Wheel-Drive (AWD) dapat meningkatkan jarak maksimum sehingga 533 kilometer tau. Sistem AWD direka untuk meningkatkan daya cengkaman membantu korang ketika memandu terutamanya pada waktu jalan licin. Sistem AWD membuatkan semua empat roda bergerak secara serentak berbeza dengan RWD.
Selain itu, spec paling berkuasa adalah Tesla Model Y Performance AWD merupakan model Tesla paling mahal dalam pasaran negara. Ia boleh mencapai 100 km/j dalam 3.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 250 km/j tau. Jarak maksimum spec ini adalah 514 kilometer. Ia dilengkapkan dengan roda Uberturbine bersaiz 21 inchi, brek prestasi, carbon fiber spoiler, pedal aloi aluminium dan lowered suspension.

Haa.. macam mana? Menarik kan ciri-ciri yang terdapat untuk Model Y ini! Harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi kalau korang ingikan sebuah kereta yang boleh memuatkan sebuah keluarga dan mempunyai pelbagai teknologi moden bagi memudahkan pengalaman memandu korang tau.

Setiap Spec Yang Ada Bakal Membuatkan Korang Jatuh Cinta Dengan Kereta Ni TauPhoto from Paul Tan

Selain itu, untuk harga yang ditawarkan korang pun dapat memiliki sebuah kenderaan yang lain daripada persaingan dalam pasaran membuatkan kereta korang lebih istimewa berbanding kereta lain. Apa kata korang cuba usha apabila sudah dilancarkan nanti!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok