download Jom Explore app
Kamera Periskop Baru Dapat Zoom 6 Kali Ganda! iPhone 15 Yang Bakal Dilancarkan

Kamera Periskop Baru Dapat Zoom 6 Kali Ganda! iPhone 15 Yang Bakal Dilancarkan

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 11 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Bagi peminat Apple, hujung tahun amat dinantikan oleh mereka kerana pelancaran model iPhone akan tiba. Memasuki model yang ke-15, sudah terdapat pelbagai khabar angin mengenai telefon pintar ini yang mempunyai berberapa perubahan signifikan dalam reka bentuk dan ciri-ciri.

iPhone telah dikeluarkan oleh Apple pada tahun 2007 sekaligus mengubah industri telefon mudah alih dan menjadi salah satu telefon pintar yang digemari ramai menjadikkannya ikon serta simbol kejayaan dan kemewahan.

Reka bentuk elegan dan inovatif, pelbagai ciri dan kemampuan yang luas hanyalah permulaan untuk menceritakan kehebatan produk ini. Setiap generasi baru iPhone akan membawa kemajuan dalam teknologi, reka bentuk dan prestasi secara konsisten.

Selain itu, apa yang membuatkan iPhone mempunyai ramai penggguna adalah sistem operasinya iaitu iOS yang sangat mesra alam memberikan pengguna sebuah pengalaman lancar dan intuitif.

Sebab itu ia menjadi satu kewajipan bagi peminat iPhone untuk menunggu tarikh pelancaran iPhone terbaru yang selalunya akan bermula pada bulan September.

Ini kerana model-model sebelum ini dilancarkan pada bulan tersebut dan Apple kerap mengikut trend yang telah ditetapkan oleh mereka.

Sejak Diperkenalkan, iPhone Merupakan Antara Telefon Pintar IkonikPhoto from Pinterest

Haa.. apa yang akan dinaik taraf bagi model ke-15 kalini? Tapi Min nak pesan awal-awal, ini hanyalah khabar angin sahaja jangan percaya bulat-bulat pulak tau!

Tiada Lagi Wayar Lightning, Selamat Datang Wayar USB-C!

Wayar Jenis USB-C Bakal Mengubah Masa Hadapan iPhonePhoto from The New York Times

Kesatuan Eropah secara rasmi telah memperintahkan semua telefon perlu menggunakan jenis USB-C menjelang tahun 2024. Kalau korang pengguna tegar iPhone sudah pasti korang tidak biasa dengan wayar USB-C kerana Apple hanya menggunakan wayar jenis Lightning.

Kerana peraturan ini, Apple telah menyatakan bahawa mereka akan beralih menggunakan USB-C dan akan dimasukkan dalam iPhone 15 untuk memenuhi tarikh akhir 2024 ataupun penangguhan untuk tahun hadapan.

Selain itu, Apple telah menguji prototaip iPhone dengan USB-C sejak Mac 2022. Menurut pakar analisis, Ming-Chi Kuo, jenis USB-C yang akan digunakan mungkin berbeza antara peranti Pro dan bukan Pro. Menurutnya, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus mungkin akan dihadkan kelajuan pemindahan data yang sama seperti iPhone Lightning semasa.

Manakala iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan mendapat kelajuan sepenuhnya yang lebih cepat melalui wayar USB-C. Kelebihan utama USB-C adalah kebolehannya yang serba guna. Ia dapat menghantar data seperti audio, video dan mengecas peranti dengan kelajuan yang lebih pantas berbanding wayar USB yang lain tau.

Selain itu, reka bentuk yang kecil dan boleh disambungkan dalam apa jua orientasi membuatkannya lebih mesra pengguna serta mudah digunakan. Sejak diperkenalkan pada tahun 2014. Semakin banyak jenama telah beralih kepada wayar jenis ini kerana kebolehannya.

Kelebihan USB-C Dapat Memberikan iPhone Kelebihan Yang Banyak Tau

Kita hanya mampu menunggu dan melihat apabila Apple mengeluarkan iPhone 15 secara rasmi.

Upgrade Camera Yang Lebih Berkuasa? Biar Betul!

Kamera Akan Ditingkatkan Menggunakan Kamera PeriskopPhoto from Pinterest

Antara sebab kenapa iPhone ingin dimiliki oleh setiap orang adalah kemampuan mereka untuk mengambil gambar yang cantik. Tidak dinafikan kamera telefon pintar semakin canggih berbanding berberapa tahun yang lepas.

Apple sentiasa memastikan iPhone mempunyai kamera yang mampu bertanding dengan persaingan mereka. Tetapi semakin banyak jenama teknologi mula berkolaberasi dengan jenama kamera untuk menggunakan teknologi kamera dalam telefon pintar mereka.

Sebagai contoh, Huawei telah menggunakan teknologi Leica dalam telefon mereka. Haa.. kamera ini ciri utama tau orang pandang pada zaman media sosial ni tau! Bukan sahaja mereka ingin mengambil gambar malah memerlukan kamera untuk lengkapi sebarang tugasan harian.

Salah satu khabar angin tentang kamera iPhone 15 adalah ia akan mendapat kamera baru iaitu kamera periskop yang berkemampuan untuk mengambil gambar jarak jauh dan zoom yang lebih efisien.

Selepas peningkatan megapiksel kepada 48MP pada model iPhone 14 Pro, kamera baru dengan kantan yang dibaiki dapat mengambil gambar dengan lebih baik dan lebih berkualiti.

Pakar analisis, Jeff Pu berkata, model iPhone 15 akan mempunyai kamera 48MP sama seperti iPhone 14 Pro. Ia juga mungkin menggunakan sensor 'tiga lapisan' baru untuk penyerapan cahaya dengan lebih baik.

Kamera Baru Yang Lebih Baik Sentiasa Diidamkan Oleh Peminat iPhonePhoto from Pinterest

Teknologi kamera periskop baru memberikan dua kali ganda kuasa zoom dengan zoom maksimum sehingga 6x berbanding iPhone 14 Pro Max yang mempunyai zoom maksimum 3x.

Semua Model Akan Mempunyai Dynamic Island

Dynamic Island Antara Cara Apple Mengembangkan Teknologi MerekaPhoto from Pinterest

Diperkenalkan pada model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, 'Dynamic Island' berfungsi sebagai pusat yang dapat mengubah bentuk untuk memberi notifikasi penting pada pengguna. Dynamic Island dapat mengubah bentuk dan ukuran mengikut aplikasi, notifikasi dan sebarang perubahan.

Menurut laman Tom's guide, khabar angin mengatakan semua versi model iPhone 15 akan menggunakan panel OLED dan akan menggunakan Dynamic Island untuk menggantikan bahagian lengkuk berbanding model sebelum ini.

Selain itu, iPhone 15 Pro Max akan memiliki tampilan kecerahan 2,500 nit lebih tinggi berbanding iPhone 14 Pro Max. Apple juga akan menggunakan sistem pengendali yang lebih efisien serta saiz ukuran lebih kecil. Peningkatan ini akan menyebabkan daya ketahanan bateri meningkat secara keseluruhan.

Dynamic Island Dapat Berubah Bentuk Mengikut Apilikasi Dan NotifikasiPhoto from Pinterest

Haa.. inilah khabar angin yang diterima mengenai iPhone 15 yang bakal dikeluarkan dalam masa berberapa bulan lagi. Katanya warna merah gelap akan menjadi warna khas untuk model ke-15 ini! Korang dah bersedia untuk beli ke?

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok