download Jom Explore app
Kuih Tradisional Malaysia Sedap Untuk Minum Petang

Kuih Tradisional Malaysia Sedap Untuk Minum Petang

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 02 Aug 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Lepas penat seharian bekerja kita wajib mencari aneka kuih untuk dijadikan juadah minuman petang untuk menikmati kuih manisan bersama keluarga dan rakan-rakan sebelum mengakhiri hari kita. Sebab tulah masih ramai peniaga bertungkus lumus menjual pelbagai jenis kuih untuk kita pilih dan nikmatinya. Tetapi, kuih apa yang paling sedap untuk minum petang eh?

Selain daripada makanan, kuih tradisional Malaysia pun meraih populariti juga kerana mempunyai daya tarikan visual yang tinggi dek kerana berwarna-warni serta kepelbagaiaan rupa.

Setiap kuih tradisional mempunyai rasa, tekstur dan penampilan yang menarik tersendiri menambahkan sentuhan budaya serta nostalgia yang sesuai sangat untuk disajikan semasa sesi minum petang.

Istilah kuih merujuk kepada snek kecik yang manis atau berperisa yang biasanya dihidangkan bersama minuman sebagai pencuci mulut.

Selain itu, kuih memainkan peranan penting dalam masakan Malaysia kerana ia sangat popular bagi setiap lapisan masyarakat dan semua peringkat umur jugak tau.

Haa.. sebab itulah setiap individu mempunyai kuih kegemaran tersendiri yang berbeza daripada orang lain menunjukkan terdapat kepelbagaiaan aneka kuih yang dapat memenuhi setiap cita rasa selera seorang individu.

Minum Petang Memang Wajib Ada Kuih MuihPhoto from foodpanda

Tambahan pula, kuih juga mencerminkan kekayaan budaya negara kita dan bukanlah untuk menjamu selera je tau tetapi menunjukkan kepelbagaian budaya dalam negara. Oleh itu, jom tengok kuih apa yang sesuai untuk korang nikmati untuk juadah minum petang.

Pisang Goreng

Sebut Pisang Goreng Pasti Buat Orang TerliurPhoto from Pinterest

Antara kuih paling popular untuk dijadikan juadah minuman petang, pisang goreng digemari oleh setiap orang! Pisang yang disalutkan dalam adunan tepung kemudian digoreng sehingga ranggup keemasan memang boleh buat sesiapa je terliur.

Kalau koang nak tau, budaya makanan dicelup dalam tepung merupakan cara paling jimat untuk menghasilkan makanan yang sedap untuk mengenyangkan kita tau sebenarnya.

Nak buat pisang goreng ni mudah je kerana bahan utamanya adalah pisang yang harus mempunyai dalaman yang manis serta lembut untuk memastikan rasa sedap selepas digoreng.

Min rekomenkan korang untuk cuba jenis-jenis pisang seperti pisang abu, pisang raja atau pisang tanduk. Manakala, untuk hasilkan adunan pula hanyalah campuran tepung gandum, tepung beras, secubit garam, air dan susu sebagai penambah rasa dan aroma.

Pisang Goreng Letak Cheese Memang Sedap Kalau Korang Tak Pernah CubaPhoto from Pinterest

Kemudian, pisang itu dicelup dalam adunan tepung dan digoreng sehingga ranggup barulah puas hati nak makan apabila dipadankan dengan secawan kopi panas.

Lempeng

Kita Pun Ada Pancake Jugak TauPhoto from Pinterest

Kalau negara barat ada pancake, Malaysia pula ada kuih lempeng juga dikenali sebagai 'penkek Melayu' atau 'krep Melayu'.

Kuih  lempeng ini digemari kerana rasa dan fleksibiliti untuk dipadankan dengan apa-apa sahaja tau. Selalunya dinikmati ketika sarapan pagi, lempeng pun sesuai untuk juadah minuman petang.

Kalau korang nak tau, nak buat lempeng ini pun tak sudah tau kerana ia menggunakan bahan-bahan yang mudah je. Bahan utama termasuk tepung, telur, santan, secubit garam dan air.

Selain itu, korang juga boleh masukkan bahan tambahan seperti pandan, kelapa untuk menambah sedikit rasa berbeza. Pastikan bahan adunan mempunyai konsistensi yang sekata.

Kemudian, lempeng dimasak menggunakan kuali leper untuk kekalkan bentuk nipis dan rata tersebut. Korang hanya perlu guna sedikit sahaja minyak untuk mengelakkan melekat.

Lempeng boleh dinikmati dalam pelbagai cara tau mengikut pilihan korang. Antara paling mudah, korang boleh gunakkan kaya pekat untuk dijadikan lempeng sebagai pencuci mulut.

Walaupun nampak kuih yang mudah, kuih lempeng memang sedap untuk dijadikan juadah minum petang dengan tekstur yang nipis sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai inti manis untuk melengkap kuih ini.

Lempeng Sedap Dipadankan Dengan Air PanasPhoto from Ajinamoto

Rugi kalau korang tak pernah cuba lempeng tau! Apa kata kalini korang cuba lempeng pulak ke.

Kuih Bakar

Kuih Bakar Yang Manis Sedap Betul Dapat Waktu PetangPhoto from Resipi Che Nom

Kuih Bakar pun antara pilihan baik untuk dijadikan juadah minuman petang tau. Ia macam sebijik kek yang dikukus atau panggang dengan tekstur dan rasa pandan manis yang membawa keunikkan tersendiri untuk kuih ini.

Sesuai untuk dimakan dari pagi sehinggalah petang ia menjadi pilihan utama ramai orang sebagai pencuci mulut utama. Selalunya kuih bakar ni dikukus tetapi pada masa kini, ia lebih kerap dibakar dalam ketuhar untuk hasilkan rupanya.

Memanggang atau membakar kuih bakar memberikannya lapisan luar yang garing dan karamel. Manakala bahagian dalam kekal lembut dan lembap! Aroma santan dan pandan dapat dirasa sebaik korang gigit ke dalam mulut.

Salah satu keistimewaan kuih bakar ialah corak terbentuk pada permukaan semasa proses memasak. Bahagian atas kuih bakar sering dihiasi dengan reka bentuk yang rumit memberikan penampilan yang menarik.

Acuan atau kuali tradisional dengan pelbagai corak, seperit bunga atau bentuk geometri yang digunakan untuk mendapat kesan hiasan ini.

Kuih bakar memang sedap kalau dipadankan dengan secawan teh ataupun kopi untuk imbangkan rasa manis daripada kuih tersebut. Tekstur kuih yang sedikit garing dengan dalaman yang lembut pasti buat sesiapa sahaja boleh jatuh cinta dengan kuih ini.

Rugi Kalau Tak Pernah Cuba Kuih BakarPhoto from Pinterest

Korang mesti pernah cuba kuih bakar kan? Ke ada yang tak pernah cuba.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok