Kuih Tradisional Kelantan Yang Popular!
Selain daripada kepelbagaian jenis makanan yang ada dalam negara, setiap negeri pun mempunyai kuih tradisional yang menjadi warisan budaya dengan rasa serta keunikkan tersendiri yang sukar dijumpa di tempat lain. Terutamanya negeri di kawasan Pantai Timur seperti Kelantan! Walaupun negeri mereka terkenal dengan makanan berat tapi mereka juga mempunyai kuih yang sedap jugak tau.
Dari Sarawak ke Sabah hinggalah Johor dan Perlis setiap negeri kita mempunyai cara serta kuih-muih yang dapat dijumpa dalam pelbagai jenis, bentuk, rasa yang akan mewarnai landskap pemakanan dalam negara.
Haa.. siapa je tak suka menikmati kuih tradisional yang mementingkan rasa dan rupa supaya dapat menarik perhatian korang melalui visual serta membawa nikmat manis, berlemak atau berkim yang sangat sinonim dengan kuih tradisional Malaysia.
Selalunya antara bahan asas yang sering kali kita dapat jumpa dalam kuih tradisional seperti tepung beras, santan dan gula melaka digunakan dalam pelbagai cara untuk menghasilkan kuih. Resipu kuih pula selalunya diwarisi oleh generasi ke generasi menjadikkannya pencuci mulut yang lazat dalam hidangan ahrian korang.
Photo from Canva
Sebab itulah, kalau kita lihat negeri Kelantan yang terkenal dengan makanan seperti Nasi Kerabu dan Masakan Tomyum panas pun mempunyai kuih tradisional bakal menjadi kegemaran korang kalau tidak pernah merasa. Nak tau apa kuih tersebut? Jom tengok apa min dah tulis ni!
Kuih Lompat Tikam
Photo from Canva
Kelantan memang terkenal dengan menghasilkan makanan manis yang sedap untuk dinikmati bila-bila masa. Selalunya makanan manisan mereka perlu mempunyai rasa manis, lemak dan berkrim untuk mencuci mulut selepas puas melantak makanan berat.
Rasa unuk menjadikkan mereka mempunyai pelbagai jenis manisan yang popular dan ada juga yang tidak pernah dengar dan rasa jugak tau! Antara kuih popular dari negeri Kelantan adalah Kuih Lompat tikam yang merupakan antara salah satu kuih tradisional Malaysia.
Apa yang membuatkan kuih ini unik sudah semestinya gabungan makanan dan penyajian yang mempunyai pelbagai warna untuk menghasilkan visual sangat menarik. Selalunya, ia menjadi kegemaran untuk orang pantai timur dan boleh dijumpai di merata tempat di kawasan pantai timur.
Diberi nama 'lompat tikam' melalui kaedah tradisional penyediaan kuih ini. Adunan dituang ke dalam kuali panas dengan cepat dan kemudian dicampurkan untuk mencipta corak berbelit-beli sinonim dengan kuih ini.
Bahan utamanya adalah tepung beras, santan, gula melaka. Adunan tepung beras dicampur dengan panda untuk memberikan kuih ini warna hijau serta menambah aroma pandan yang wangi. Kemudian dituang ke dalam kuali untuk mencipta lapisan nipis dalam pelbagai warna.
Kemudian, campuran gula melaka dan santan akan dimasukkan untuk menambah kemanisan rasa serperti karamel ke dalam kuih ini. Gula melaka dituang untuk membolehkannya meresap ke dalam celah-celah supaya setiap permukaan disaluti dengan kemanisan gula melaka.
Haa.. lagi sedap kalau korang makan kuih lompat tikam sejuk lagi-lagi waktu tengah panas ni kan. Memang boleh menghilangkan rasa panas dengan kemanisan kuih ini. Lompat Tikam juga sering dipotong menjadi segi empat kecil.
Photo from Rasa
Kalau korang tidak pernah rasa kuih ini, gabungan lapisan pandan dan gula melaka memberikan rasa manis dengan bau aroma pandas. Tekstur kuih yang lembut serta sedikit kenyal pasti membuatkan korang inginkan lagi satu tau.
Kuih Badak Berendam
Photo from Canva
Jangan risau kuih ini tidak langsung menggunakkan badak untuk menghasilkannya tetapi rupa kuih ini seperti sekumpulan badak tengah berendam dalam kuah santan!
Haa.. kuih ini pun memang popular dalam kalangan penduduk pantai timur! Ia merupakan antara kuih tradisional yang sangat berbeza dengan kuih manisan lain tau. Ia mempunyai rupa yang unik serta kuih berisi inti kelapa yang direndam dalam kuah santan memang sedap
Penampilan kuih membuatkan ia antara kuih paling senang korang nak ingat. Bahan utama untuk menghasilkan kuih ini adalah tepung pulut, santan, gula melaka dan daun pandan. Tepung pulut dicampur dengan santan untuk menghasilkan adunan lembut dan mudah dibentuk.
Adunan tersebut dibentuk menjadi bentuk buju dan diletakkan bahangian tengah untuk diisi intinya. Inti badak berendam dibuat daripada gula melaka, kelapa parut dan dicampurkan dengan gula melaka untuk menambah sedikit kemanisan.
Kemudian, inti tersebut dimasukkan ke dalam adunan tepung kemudian dibentuk kepada bentuk bujur bulat yang khas pada kuih tersebut. Setelah diisi, ia akan direbus dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan dan dimasukkan ke dalam kuah santan.
Photo from Canva
Kuih ini sedap dinikmati sama ada sejuk atua panas kerana inti manis bersama tekstur lembut dan kenyal dipadankan dengan kuah santan berlemak pasti membuatkan korang tersenyum dengan setiap suapan. Memang tak sah lah dah sampai pantai timur tak cuba kuih ini.
Ketupat Sotong
Photo from IG: nasitupe_soho
Mungkin ada sesetengah orang mungkin tidak pernah dengar tentang ketupat sotong yang membuatkan iannya kuih hidangan manis dengan menyumbat ketupat ke dalam sotong tau.
Untuk menghasilkan hidangan kuih ini, ketupat akan menggunakan sotong sebagai kelongsong luar. Sotong akan dibersihkan dan diisi dengan campuran pulut dipenuhi dengan rempah dan bahan aromatik. Beras pulut akan dimasukkan ke dalam perut sotong dan jangan isi terlalu penuh tau. Lebih baik korang isi separuh badan sahaja.
Kemudian, korang perlu cucuk sotong dengan lidi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar ataupun sotong pecah ketika proses masak. Masukkan sedikit santan atau gula melaka, bawang, halia, gara, daun pandan dan sotong ke dalam satu periuk.
Masak sotong serta pulut sehingga mendidih untuk memastikan sotong dan pulut dimasak dengan sempurna. Pastikkan tekstur sotong korang menjadi lembut dan lembap tidak kering untuk memastikan hidangan kuih ini menjadi tau.
Gabungan aromatik dengan manisan pulut dan gula melaka akan menyebabkan sotong itu dapat menyerap rempah bahan aromatik menghasilkan isi yang lazat dan manis yang mungkin korang tidak pernah alami.
Penyajian yang unik membuatkan Ketupat Sotong antara kuih tradisional yang korang patut cuba kerana ia bukan sahaja manis, lemak dan berkrim malah ia juga menghasilkan rasa savoury yang pasti membuatkan korang terliur ingikan lagi satu!
Photo from ig: nasitupe_soho
Menggabungkan dua komponen yang sangat berbeza membuatkan tekstur lembut dan lembap merupakan identiti ketupat sotong. Gabungan rempah dan bahan aromatik membuatkan sesiapa sahaja pasti ingin mencuba.
❤️ Destinasi Makanan Wajib di Bandar Ipoh: Nikmati Keunikan Nasi Ganja di Kedai Kopitiam Yong Suan - Terkenal dalam Geng Nasi Kandar! | Jom Explore
❤️ Dapatkan Mee Tarik dan Dumpling dengan Resipi Asli dari China di Ampang | Jom Explore