download Jom Explore app
Bertam Souk & Waterpark, Taman Tema Air Terbaru Di Pulau Pinang.

Bertam Souk & Waterpark, Taman Tema Air Terbaru Di Pulau Pinang.

Jom! Cuti
By Ayunie Husna on 21 Dec 2022
Digital Editor

Taman Tema Air Bertam Souk & Waterpark sudah dibuka pada 15 Disember 2022. Nampaknya, tarikh yang sangat sesuai dibuka bagi waktu cuti sekolah bermula. Taman tema ini berkonsepkan ala-ala gaya timur tengah.

Taman tema air ini adalah yang terbesar di utara kerana bukan sahaja akan menggamit kehadiran para pengunjung dari seluruh Pulau Pinang, malah pengunjung dari seluruh Malaysia.

Bertam Souk Waterpark ini juga menyediakan pelbagai jenis tarikan dan gelongsor yang disediakan. Ada macam-macam permainan kat sini seperti Pearl Oasis, Sceirah Drop, Dawwama Tornado, Salalah Raft, Shallal Fort, Al Nahr Journey, Al Wadi Wellness dan lain-lain.

Pearl Oasis

Gelongsor Voyager

image-15-1536x864 Salalah Raft

Blue Lagoon

Rush Racer

Disini juga terdapat kedai cenderamata, Untuk pengunjung membeli belah sebelum pulang ke rumah. Apa lagi, jom ramai-ramai ajak keluarga anda bercuti disini dan merasakan taman tema seperti timur tengah.

Mesti ada yang tertanya-tanya, berapa harga tiket untuk Bertam Souk Waterpark ini. Jangan risau, kami akan kongsikan berapa bayarannya sebelum masuk ke sini dan juga pukul berapa mereka beroperasi. Dengar cerita, mereka juga akan beroperasi pada waktu malam tetapi belum diumumkan secara rasmi.

?Lot 12854, Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir Mukim, 613200 Seberang Perai Utara,Pulau Pinang

⏰10am-5pm ( Sesi Pertama) | 6pm-10pm( Sesi Kedua), Rabu tutup

? 04 5777 8000

?Tiket
✅RM 58.80 Isnin-Khamis | RM 67.20 Jumaat-Ahad (Dewasa)
✅RM 38.50 Isnin-Khamis | RM 44.00 Jumaat-Ahad (Kanak-Kanak)
✅RM 38.50 Isnin-Khamis | RM 44.00 Jumaat-Ahad ( Warga Emas)

?Sumber Foto: Instagram, Facebook

Jom tengok keseronokkan melalui video Tik Tok ini:

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok