download Jom Explore app
Artis Kpop Yang Bukan Warganegara Korea Selatan!

Artis Kpop Yang Bukan Warganegara Korea Selatan!

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 27 Jul 2023
Digital Editor

Sebut sahaja k-pop pasti hampir semua orang pasti mengenali muzik yang berasal dari Korea Selatan. Populariti genre ini semakin melonjak sehingga hampir semua orang mengenali artis korea yang dikenali sebagai k-pop idol. Tapi, korang tahu tak yang ada idol asalnya bukan dari Korea Selatan pun siap ada yang dari negara kita lagi tau, iaitu Non Korean K-pop Idols!

Korean pop atau lebih dikenali sebagai k-pop adalah fenomena global yang telah menggemparkan industri muzik. K-pop ialah genre yang menggabungkan pelbagai gaya muzik, termasuk pop, hip-hop, R&B (rhythm and blue) dan elektronik.

Apa yang membezakan K-pop bukan sahaja melodinya yang menarik malah tarian rentak serta muzik videonya yang menakjubkan secara visual dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Kejayaan k-pop terhasil daripada bagaimana mereka dapat mempromosikan idol melalui media platform internet dan media sosial. Idol memainkan peranan penting kerana mereka membuatkan gaya k-pop amat berbeza daripada muzik genre yang lain.

Idol terkenal dengan gaya fesyen yang inovatif dan keunikkan tersendiri. Penampilan mereka sentiasa berubah mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap trend fesyen di seluruh dunia.

K-pop juga telah memecahkan halangan dari segi pertukaran budaya. K-pop telah menarik peminat daripada pelbagai latar belakang memupuk peminat dari merata dunia. Melalui ini semakin ramai idol yang asalnya bukan daripada negara Korea Selatan jugak tau, yang mereka ini ialah Non Korean K-pop Idols.

Budaya Kpop Semakin Meluas Dengan Peminat MerekaPhoto from Pinterest

Haa.. oleh itu, jom tengok beberapa idol k-pop yang terkenal bukan daripada Korea Selatan.

Isaac Voo, IN2IT (Malaysian)

Anak Kelahiran Malaysia Berjaya Menjadi Idol Mewakili NegaraPhoto from IG: isaacvkm_1212

Isaac Voo atau nama penuhnya, Isaac Voo Kai Meng yang dilahirkan pada 12 Disember 1994 di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia menjadi rakyat Malaysia pertama yang debut sebagai idola k-pop, yang benar-benar Non Korean K-pop Idols.

Isaac ialah seorang idol yang terkenal dari kumpulan lelaki IN2IT yang telah diubah nama menjadi SKYE pada tahun 2023. Perjalanan Isaac bermula dengan penyertaannya dalam rancagan realiti survival "BOYS24" yang disiarkan pada tahun 2016.

Rancangan itu bertujuan untuk mencipta kumpulan lelaki melalui persaingan sengit dalam kalangan 27 pelatih lelaki. Para peserta mempamerkan kemahiran mereka dalam menyanyi, menari dan membuat persembahan mengharungi pelbagai cabaran untuk mendapatkan tempat dalam barisan akhir.

Melalui bakat beliau, Isaac berjaya memikat hati para juri dan penonton, mendapat tempat dalam barisan terakhir persembahan. Pada tahun 2017, Isaac telah dipilih untuk menyertai kumpulan lelaki IN2IT.

Kumpulan itu membuat penampilan sulung pada Julai tahun itu dengan lagu Amazing. Kumpulan cepat mendapat populariti di Malaysia dan Korea Selatan dan telah mengeluarkan dua album dan beberapa EP (extended play)

Pada tahun 2022, ahli IN2IT yang lain memulakan khidmat negara. Beliau kembali ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya solonya. Dia mengeluarkan single sulungya, "Time Bomb" pada Ogos 2022.

Lagu itu berjaya membantu mengukuhkan kedudukan Isaac sebagai bintang yang meningkat dalam industri k-pop. Apa yang membuatkan Isaac terkenal ada vokalnya yang kuat, kehadiran yang berkarisma serta keperibadiannya yang menawan.

Beliau Turut Memasuki Pertandingan Realiti Dalam NegaraPhoto from IG: isaacvkm_1212

Beliau juga telah muncul dalam beberapa rancangan televisyen termasuk dalam negara dan iklan serta menjadi duta jenama untuk beberapa syarikat di Malaysia.

Hanni, NewJeans (Vietnamese-Australian)

Bakat Beliau Dalam Menyanyi Berjaya Menarik Perhatian Peminat!Photo from Pinterest

Antara kumpulan k-pop baru yang mendominasi carta lagu dan semakin popular dengan tema 'y2k' dan konsep-konsep baru yang membezakan kumpulan NewJeans dari kumpulan k-pop yang lain.

Antara ahli kumpulan yang terkenal dalam kumpulan ini adalah Hanni yang merupakan seorang penyanyi berkuturan Vietnam-Australia. Dia dilahirkan pada 6 Oktorber 2004, di Melbourne, Australia. Dia merupakan ahli paling muda dalam kumpulan ini.

Hanni memulakan latihannya pada tahun 2020 selapas lulus Ujibakat Global Big Hit pada Oktober 2019. Dia merupakan sebahagian daripada krew tarian AEMINA Dance Crew yang berpangkalan di Melbourne. Dia fasih 3 bahasa iaitu Vietnam, Inggeris dan Korea.

Dia membuat debutnya sebagai ahli NewJeans pada 1 Ogos 2022 dengan album mini New Jeans. Kumpulan itu telah mengeluarkan beberapa single termasuk 'Attention' dan 'New Jeans'.

Hanni terkenal dengan vokalnya yang manis serta personalitinya yang menawan tau. Sesiapa yang mendengar suaranya pasti akan menjatuh hati! Beliau juga mempunyai kehadiran pentas yang bertenaga dan dipuji kerana mempunyai gerakan tariannya yang tajam.

Memiliki Wajah Unik Membawa Trend Y2KPhoto from Pinterest

Beliau seorang wanita muda yang berbakat dan rajin pasti akan mencapai lebih banyak kejayaan dalam karier beliau pada tahun-tahun akan datang. Beliau juga telah menjadi inspirasi kepada ramai orang muda untuk mencapai impian mereka dalam bidang K-pop.

Lisa Manobal, Blackpink (Thailand)

Sebut Sahaja Nama Lisa Pasti Semua KenalPhoto from Pinterest

Sebut sahaja nama kumpulan ini dan nama ahli ni pasti bersepah peminatnya dalam negara kita je tau! Baru-baru ini mereka telah datang melakukan persembahan untuk peminat-peminat mereka.

Lisa Manobal atau Lalisa Manobal ialah seorang penyanyi rap, penyanyi serta penari k-pop dari Thailand. Beliau memulakan kerjayanya di bawah YG Entertainment pada 2016 dalam kumpulan Blackpink.

Beliau dilahirkan pada 27 Mac 1997, di Wilayah Buriram, Thailand. Beliau memiliki bapa Swiss dan ibunya Thai mula belajar menari pada usia empat tahun dan mula berlatih seni mempertahankan diri pada usia tujuh tahun. Beliau juga belajar piano dan tarian tradisional Thai.

Pada tahun 2011, YG Entertainment telah menemui Lisa semasa beliau sedang membeli-belah di Thailand. Beliau telah dijemput untuk uji bakat untuk syarikat tersebut dan akhirnya diterima. Beliau, kemudiannya berpindah ke Seoul, Korea Selatan untuk memulakan latihannya dan berlatih selama sebelum membuat debutnya dengan Blackpink pada 2016.

Kumpulan Blackpink telah mengeluarkan dua album studio, dua EP dan beberapa single. Kumpulan ini juga telah mencapai pelbagai anugerah termasuklah Anugerah Muzik Billboard, Anugerah Golden Disc dan Anugerah Muzik Asia Mnet.

Mempunyai Karisma Dan Personaliti Sangat Menarik Photo from Pinterest

Pengaruh Lisa telah membuatkan beliau berjaya duta untuk beberapa jenama fesyen terkemuka seperti Celine, Yves Saint Laurent dan jenama elektronik terkemuka Samsung.

Jackson Wang (Hong Kong)

Memiliki Wajah Yang Kacak Berjaya Mencairkan Setiap WanitaPhoto from Pinterest

Digilai oleh ramai peminat wanita kerana memiliki wajah yang maskulin dan kacak, Jackson Wang ialah penyanyi dan idol daripada bekas ahli kumpulan Got7. Beliau juga mempunyai warganegara, Hong Kong menandatangani kontrak bersama Sublime Artist Agency.

Beliau dilahirkan pada 28 Mac 1994 di Hong Kong dan mula berlatih dalam seni mempertahankan diri pada usia 10 tahun dan bermain sukan bola keranjang dan bola sepak.

Pada tahun 2010, beliau menarik minat JYP Entertainment semasa dia bertanding dalam pertandingan mempertahankan diri di Hong Kong. Beliau telah dijemput untuk uji bakat untuk syarikat dan akhirnya diterima.

Jackson kemudian berpindah ke Seoul, Korea Selatan untuk memulakan latihannya selama tiga sebelum membuat debutnya dengan Got7 pada 2014.

Pada tahun 2017, Jackson mengeluarkan EP solo sulungnya bertajuk MIRRORS. EP itu meraih kejayaan mendahului carta di beberapa negara. Seterusnya itu, beliau mengeluarkan dua lagi EP, bertajuk 王嘉爾 (Wang Jia Er)" dan "LOSER – LIKE ME.

Selain itu, dia mengeluakan beberapa single, termasuk Papillon, 100 Ways dan Okay. Beliau juga seorang usahawan yang berjaya dengan menjadi pengasas Team Wang sebuah syarikat hiburan berbilang platform yang merangkumi muzik, fesyen dan sukan.

Menyanyi, Menari Beliau Memang Pandai Menarik Perhatian PeminatnyaPhoto from Pinterest

Mempunyai lebih 25 juta pengikut di Instagram, Beliau memberi inspirasi kepada ramai orang muda untuk sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok