download Jom Explore app
Ada Apa Dengan Kuala Pilah? 5 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Singgah!

Ada Apa Dengan Kuala Pilah? 5 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Singgah!

Staycation
By Ayunie Husna on 21 Jul 2023
Digital Editor

Kuala Pilah memang dikenali sebagai salah satu bandar yang menarik dengan kebudayaannya dan warisan Adat Perpatih. Ia merupakan bandar ketiga terbesar di Negeri Sembilan selepas Jempol dan Jelebu.Kuala Pilah ni juga ada gelaran 'Bandar Diraja di Negeri Sembilan' tau. Bukan itu saja, lokasinya sangat strategik, dekat dengan kawasan Wilayah KL dan Negeri Selangor. Nak pergi pun tak susah, ambil masa kurang dari 2 jam jer dah sampai.

Muzium Diraja Seri MenantiPhoto from Syihabuddin

Jadi, kalau ada rancangan nak bercuti ke Negeri Sembilan, jangan lupa singgahlah ke Kuala Pilah. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati bersama keluarga atau kawan-kawan di Kuala Pilah. Nak tahu di mana? Ini dia senarai 5 tempat menarik di Kuala Pilah yang dah kami sediakan untuk anda. Tinggal scroll dan baca je!

1. Muzium Diraja Seri Menanti

Terletak bersebelahan dengan Seri Menanti Resort di Kuala Pilah, Muzium Diraja Seri Menanti ini dahulunya merupakan istana lama dan kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Dan kalau anda nak tau, istana ini sangat unik kerana diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku tau! Muzium ini terbahagi kepada empat bahagian berbeza bermula dari Balai Rong Seri iaitu tempat takhta dan mengadap raja, Balai Raja Muda, Bilik Beradu dan akhir sekali Ruang Santapan. Pada ruangan-ruangan ini anda dapat melihat juga pameran gambar-gambar yang berkaitan dengan kawasan tersebut.

Bahan antik yang lamaPhoto from Syihabbudin

Selain itu, terdapat pelbagai bahan pameran seperti senjata api, pakaian serta dokumen berkaitan keturunan kerabat diraja. Oh sebelum terlupa, kemasukan adalah percuma dan muzium ini dibuka setiap hari waktu pejabat dan juga cuti umum. Banyak kisah sejarah yang anda boleh manfaatkan bila datang ke sini. Confirm tak rugi!

📍Seri Menanti, 71550, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

📞06-497 9653

⏰Selasa-Jumaat ( 9am-5pm ) Isnin Tutup

 

2.Taman Rekreasi Ulu Bendul

Seterusnya, korang tak boleh lepaskan peluang untuk singgah ke Taman Rekreasi Ulu Bendul, satu lagi tempat menarik yang ada di Kuala Pilah. Setiap minggu, ramai orang datang sini untuk berehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi bersama family dan kawan-kawan. Kebanyakannya penduduk tempatan sekitar Seremban atau kampung berdekatan, tapi ada jugak yang sanggup memandu dari ibu kota untuk sampai ke sini.

Taman Rekreasi Ulu BendulPhoto from Nazreen

Kalau ada yang plan nak berkhemah, bonus untuk anda kerana lokasi yang sesuai telah disediakan. Jadi senanglah nak pacak khemah nanti! Jangan lupa bawa alat kelengkapan tau. Tapi kalau nak sewa khemah dari taman rekreasi pun boleh dengan kadar RM5 untuk semalam. Seperti kebanyakkan taman rekreasi yang lain, di sini juga gerai makan tersedia di luar pintu masuk bagi memudahkan pengunjung yang hendak membeli makanan. Nak masuk kena bayar ke? Tak ada bayaran masuk akan dikenakan. Percuma je!

Di sini juga ada gelongsor untuk bermainPhoto from Halimaton

 📍Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah, Ulu Bendul, Kuala Pilah

⏰7am-6pm

 

3. Bukit Senaling

Bukit Senaling bukan sahaja menawarkan pemandangan yang menarik malah pendaki akan menikmati pemandangan “awan karpet” yang sangat memukau setelah tiba di puncak. Dengan ketinggian 394 meter, bukit ini sesuai untuk dijadikan lokasi pendakian bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pendakian. Sudah pasti ia juga sesuai buat sesiapa sahaja yang gemar untuk mendekati alam flora dan fauna, sambil menikmati pemandangan matahari terbit yang dihiasi kabus serta awan karpet di sekelilingnya. Trek laluan ke atas agak jelas dan tidak terlalu semak membuatkan ia mudah untuk dilalui oleh para pendaki. Tapi, terdapat beberapa lokasi di trek yang agak licin, khususnya jika baru berlakunya hujan. Jadi, tolong berhati-hati okay?

Pemandangan Bukit SenalingPhoto from Amirah Hashim

Perjalanan dari titik mula sehingga ke Puncak Bukit Senaling adalah sejauh kurang lebih 3 KM. Ada antara para pendaki yang memulakan pendakian seawal jam 5 pagi untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena matahari terbit. Bagaimanapun, buat anda yang ingin mendaki perlulah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari Ulu Senaling Hikers dan person-in-charge ialah Encik Yusri. Ini kerana sepanjang laluan mendaki bukit, para pendaki perlu melalui tanah-tanah persendirian yang terhad untuk orang luar termasuk kawasan meletak kereta. Ulu Senaling Hikers akan menyediakan peralatan lengkap sewaktu mendaki termasuk seorang juru pandu (guider). Bayaran yang dikenakan diantara RM15 – RM20. Buat kaki hiking, dah sedia ke nak tawan Bukit Senaling?

 📍Start point Bukit Senaling Hiking Trail 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

⏰6am-8am

4. Wave Rock

Sekiranya hobi anda adalah mendaki atau rock climbing, anda harus menyenaraikan lokasi ini sebagai spot baru untuk anda melakukan aktiviti lasak sekaligus menguji adrenaline! Wave Rock ini terletak di puncak bukit baginda dalam daerah Kuala Pilah. Wave Rock ni apa sebenarnya? Kalau anda nak tau, ianya merupakan batu besar yang berbentuk bulat dengan sebahagian daripadanya memiliki tekstur beralun seperti ombak. Dan kalau anda nak tengok bentuk batu ni sendiri, kena lah daki sampai ke puncak! Jangan cakap penduduk tempatan je, hikers dari luar negara seperti Perancis dan Jepun pun turut mendaki untuk melihat Wave Rock ini sendiri. Peringatan, trek mendaki agak sedikit mencabar buat mereka yang belum pernah lagi hiking.

 

Wave Rock Bahagian AtasPhoto from Amirah

Para pendaki yang berminat hendak mendaki dan melihat sendiri Wave Rock akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM11 iaitu RM5 daripadanya adalah permit hutan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan Bayaran RM6 untuk masuk ke Bukit Baginda dikutip oleh Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK). Sedikit info, bayaran untuk permit perlu dibuat di Pejabat Hutan Kuala Pilah manakala pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad, boleh dibuat kepada pegawai perhutanan yang berada di situ. Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai aktiviti mendaki, boleh terus hubungi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

📍Kampung Majau, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan

Seawal 7am

 

5.Gunung Angsi

Gunung Angsi adalah salah sebuah gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan mempunyai ketinggian sekitar 825 meter (2,702 kaki). Terletak lebih kurang satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Gunung Angsi sering dijadikan lokasi untuk berlatih dan beriadah oleh warga kota. Selain itu, lokasinya juga berdekatan dengan Taman Rekreasi Ulu Bendul menjadikan Gunung Angsi begitu popular di kalangan pendaki yang mahu mandi-manda selepas berjaya menawan puncak Gunung Angsi.

Pintu masuk Gunung AngsiPhoto from Fnasrom

Terdapat dua laluan pendakian iaitu trailhead Ulu Bendul dan Bukit Putus. Trailhead Bukit Putus lebih mudah dan santai berbanding trailhead Ulu Bendul yang mempunyai jarak trek laluan anak sungai yang lebih jauh. Apa pun, anda wajib mendaftar di Pejabat Taman Ranger sebelum memulakan pendakian dan membayar yuran sebanyak RM 5 seorang.

Puncak Gunung AngsiPhoto from Fnasrom

📍Gunung Angsi, Jalan Kuala Pilah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok