download Jom Explore app
3 Resipi Kopi Mudah Untuk Cuba Di Rumah!

3 Resipi Kopi Mudah Untuk Cuba Di Rumah!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 07 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Kita minum kopi atas pelbagai sebab dan terdapat pelbagai variasi resipi untuk menghasilkan secawan kopi sempurna. Haa.. Min nak kongsi dekat korang 3 resipi kopi mudah untuk dihasilkan di rumah je tau! Takyah gi kafe dah lepas ni.

Populariti kopi semakin meningkat sejak dua menjak ini. Kini, kopi telah menjadi sebahagian penting dalam rutin harian sesiapa sahaja yang inginkan sedikit tenaga untuk mengharungi hiruk-pikuk hidup.

Korang juga boleh lihat semakin banyak kafe telah dibuka kini menjual kopi mengikut cara serta resipi masing-masing. Secawan kopi bukan sahaja dapat menambah tenaga melalui kafien malah ia dapat meningkatkan fokus kita kerana kafein dapat menghalang reseptor adenosin dalam otak kita.

Selain itu, budaya kopi di negara kita telah berkembang sejak bermulanya kaum Cina membuka kedai kopitiam menyajikan kopi tradisional kepada pelanggan sambil menikmati makanan sarapan pagi, tengah hari ataupun malam. Kini, budaya kopi telah membuatkan sesiapa sahaja mampu menikmati secawan kopi yang dihasilkan menggunakan biji kopi berkualiti.

Kopitiam Yang DIjadikan Tempat Lepak Sambil Minum KopiPhoto from The Sun Daily

Walaupun proses pembuatan kopi nampak rumit, korang jangan risau kerana resipi yang Min nak kongsikan memang mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja malah yang baru nak masuk dunia kopi pun boleh cuba tau.

Paling penting korang baca sampai habis dulu untuk ketahui 3 resipi kopi mudah untuk dilakukan di rumah. Jom!

Kopi Cham

Kopi Cham Yang Menggabungkan Kopi & TehPhoto from Redpath Sugar

Antara kopi yang unik di negara kita adalah Kopi Cham dan walaupun iannya popular masih ramai tidak pernah lagi mencuba secawan resipi ini tau! Istilah 'Cham' adalah perkataan Hokkien yang bermaksud 'campuran' ataupun 'gabungan' mencerminkan ciri minuman ini.

Bahan utama untuk menghasilkan kopi ini adalah kopi dan teh yang dicampurkan bersama untuk menghasilkan rasa unik menjadi kegemaran orang ramai dalam negara terutamanya di kopitiam tau.

Gabungan rasa mengeluarkan rasa kopi yang kaya dan kuat dengan sifat aromatik menyegarkan daripada teh. Untuk kali pertama, korang dapat merasai kompleksiti minuman ini memberikan elemen pahit serta dalam daripada kopi dihabiskan dengan elemen aromatik daripada teh tersebut.

Gabungan Aromatik Teh Dan Rasa Kaya Kopi Menghasilkan Rasa UnikPhoto from Perfect Daily Grind

Haa.. menarik kan dengar? Kalau nak buat dekat rumah senang je tau. Korang ikut je apa yang Min tulis dibawah ini:

Bahan Yang Diperlukan

  1. 2 Sude Besar Kopi (Apa-apa jenama pun boleh)
  2. 2 Sudu Besar Teh (Apa-apa jenama pun boleh)
  3. Air panas
  4. 3 Sudu Besar Susu Pekat Manis (Ubah kuantiti mengikut tahap kemanisan korang)

Langkah-Langkah

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan
  2. Campurkan kesemua bahan yang ada ke dalam periuk bersama air panas
  3. Masak atas api hingga mendidih dan kacau bersama supaya sebati
  4. Campurkan susu pekat manis dan kacausehingga sebati
  5. Tutup api dan hidangkan ke dalam cawan untuk minum secara panas atau sejuk

Kopi Peng

Kopi Ais Bungkus Ikat Tepi Adalah Budaya Negara Kita Kan!Photo from Tumblr

Kopi Peng yang dikenali sebagai Kopi Ais memang biasa sangat kita minum kedai. Isitlah 'Peng' yang bermaksud 'ais' dalam bahasa Hokkien memang sesuai sangat untuk menyejukkan diri dalam hari yang panas dan lembap.

Selalunya, kopi peng ini bermula dengna kopi pekat dicampurkan dengan susu pekat manis ataupun gula mengikut pilihan korang. Kemudian gelas akan diisi dengan ais yang dipenuhi kopi tersebut untuk menghasilkan minuman sejuk yang menyegarkan.

Rasa kopi yang dicampur dengan susu pekat akan menghasilkan rasa berlemak serta sedikit manis berbanding menggunakan susu. Haa.. sebab itu korang akan selalu nampak orang selalu bungkus kopi peng sebab kombinasi rasa manis, berlemak dan sedikit pahit memang memuaskan tekak kita tau.

Kopi Ais Dengan Roti Bakar Memang Best!Photo from tehtarikchannel

Nak buat segelas kopi peng pun tak susah, senang je. Jom ikut langkah yang Min tulis dibawah ini:

Bahan Yang Diperlukan

  1. 200ml air
  2. 1 paket kopi (Apa-apa jenama pun takpa)
  3. 2 sudu besar susu pekat manis (Ubah kuantiti mengikut tahap kemanisan korang)

Cara-Cara:

  1. Gunakan air panas yang mendidih untuk bancuhkan kopi korang
  2. Masukkan paket kopi ke dalam cawan. Kalau inginkan kopi lebih pekat, masukkan 1/2 paket kopi
  3. Masukkan air panas ke dalam kopi dan kacau sehingga sebati
  4. Kemudian masukkan susu pekat manis dan kacau sehingga sebati. Masukkan ais mengikut kuantiti korang suka!

Cappuchino

Kopi Mahal Macam Dekat Kafe Boleh Buat Kat RumahPhoto from The Kitchn

Cappuchino merupakan minuman kopi klasik yang disukai hampir di seluruh dunia tau. Asalnya dari Itali dan menjadi sebahagian penting dalam budaya kopi kerana tekstur krim, rasa kaya membuatkan ia sangat ikonik dalam budaya kopi. Cappuchino terhasil melalui gabungan espresso, susu dan krim!

Walaupun korang selalu nampak cappuchino ni dibuat di kafe menggunakan mesin kopi canggih. Sebenarnya, korang pun boleh buat secawan cappuchino tanpa menggunakan mesin tau! Tapi korang perlukan french press yang boleh didapati di mana-mana sahaja dengan harga murah.

Untuk mencipta secawan cappuchino yang sempurna perlukan kesenian untuk menghasilkan rasa sedap melalui keseimbangan tiga elemen. Espresso mesti mempunyai rasa kaya dan pekat.

Rasa Susu Pekat Bersama Kopi Memang Sedap!Photo from The Spurce Eats

Susu perlu dipanaskan sehingga timbul buih untuk mencapai suhu dan tekstur ideal menghasilkan konsistensi halus dan lembut. Krim perlu ringan untuk melengkapkan secawan kopi korang secara keseluruhan.

Bahan Yang Diperlukan

  1. French Press
  2. 5-8 sudu kecil kopi (Apa-apa jenama pun boleh)
  3. 80ml susu (Apa-apa jenama pun boleh)

Cara-Cara:

  1. Sediakan french press. Masukkan 5-8 sudu kecil kopi pilihan korang. Kalau inginkan kopi lebih pekat, tambah berberapa suduh mengikut selera korang
  2. Letakkan air panas sebanyak 80ml dan jangan letakkan air mendidih keran boleh menghangitkan kopi korang. Kacau guna sudu perlahan-lahan.
  3. Tekan french press secara perlahan-lahan untuk 3-4 minit. Elakkan rendam terlalu lama kerana boleh menghasilkan rasa hangit.
  4. Panaskan susu korang sehingga naik asap. Kemudian tuang dalam french press dan tekan french press sehingga buih sama banyak dengan kuantiti susu.
  5. Tuang susu dan kopi ke dalam cawan dan kacau perlahan. Nikmati kopi cappuchino korang!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok