download Jom Explore app
Perasmian Galeri Rumah Lat Di Batu Gajah

Perasmian Galeri Rumah Lat Di Batu Gajah

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 10 Jul 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Korang ingat tak rumah kampung dalam cerita Kampung Boy dulu-dulu tu? Haa.. kini Galeri Rumah Lat sudah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Petak, Tuanku Zara Salim bersama Datuk Lat bagi menyimpang koleksi beliau sepanjang kariernya.

Sebut sahaja namanya, sudah pasti setiap rakyat Malaysia tidak kira generasi mana pun pasti mengenali kartun beliau. Datuk Lat telah menyentuh hati setiap kanak-kanak Malaysia dengan menghasilkan sebuah kartun yang dicintai ramai.

Galeri Rumah Lat yang terletak di Batu Gajah, Perak yang dibina atas tanah keluasan 0.0412 hektar untuk menyimpan semua hasil seni yang telah diciptakan oleh Datuk Lat sepanjang karier beliau.

Galeri Rumah Lat Yang Dirasmikan Oleh Sultan Perak & PermaisuriPhoto from Galeri Rumah Lat

Rumah kayu replika tradisional Perak menjadi lambang galeri ini turut menempatkan pelbagia barangan peribadi dan koleksi keluarga beliau. Haa.. rumah ini memang dibina dengan penuh teliti untuk memastikan ia menepati kriteria serta ciri-ciri rumah kayu tradisional yang semakin pudar untuk dicari.

Bukan ini je tau kisah tentang Galeri Rumah Lat. Nak tau lebih? Baca sampai habis dulu. Jom!

Seniman Diraja, Datuk Lat

Datuk Lat Bersama Sultan Perak Dan Permaisuri Ketika Majlis PelancaranPhoto from Utusan Malaysia

Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1951 di Kota Bharu Kelantan, Datuk Mohd Nor Khalid atau dikenali sebagai Datuk Lat merupakan seorang kartunis dan seniman yang disayangi dan berpengaruh dalam negara.

Perjalanan seni Datuk Lat bermula sejak usia muda ketika beliau menemui minat terhadap bidang seni melukis. Lukisan awalnya sering menggambarkan kehidupan harian yang dapat mencerminkan budaya dan gaya hidup masyarakat Malaysia pada waktu itu.

Karya-karyanya yang menceritakan tentang kehidupan rakyat dengan semangat, nilai kepelbagaian serta keunikkan dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat. Beliau mengeluarkan kartun strip pertama pada tahun 1974 berjudul 'Kampung Boy' diterbitkan dalam Berita Minggu.

Kampung Boy berkisar kehidupan seorang budak Melayu bernama Mat yang membesar di sebuah kampung tradisional di Malaysia. Kejayaan kartun strip membuatkan nama beliau menjadi terkenal!

Kebolehan beliau untuk melukis cerita dengan menangkap suasana kehidupan seharian masyarakat membuatkan ia sangat dekat dalam hati masyarakat. Kartu beliau bukan menghibur semata-mata, ia berfungsi sebagai cerminant masyarakat Malaysia memlalui aspek budaya, dinamik keluarga dan peristiwa politik.

Ilustrasi Daripada Datuk Lat Yang Popular Dalam NegaraPhoto from Izat Emir Uzer

Beliau juga mampu menghasilkan lawak dalam apa-apa situasi biasa dan menyampaikannya dengan cara mudah terima.

Galeri Rumah Lat Untuk Generasi Masa Hadapan

Meja Kerja Datuk Lat Dalam Galeri Rumah LatPhoto from Izat Emir Uzer

Apa yang membuatkan Galeri Rumah Lat menarik adalah replika rumah kayu tradisional itu dibina berdasarkan rumah Mat dalam Kampung Boy tau. Rumah ini dibiayi oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang menelan perbelanjaan sebanyak RM3.81 juta.

Selain daripada kehadiran Sultan Perak bersama Permaisuri. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Mohd Zamri Mat Zain, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengerusi Lembaga Pengarah, Lembaga Muzium Negeri.

Pengunjung dapat menikmati gambaran tentang kehidupan dan perjalanan seni Dato' Lat. Galeri ini mempamerkan pelbagai jenis karya seni asli beliau seperti sketsa, kartun, lukisan dan memorabilia peribadi.

Selain itu, Galeri Rumah Lat berfungsi sebagai pusat budaya yang mengembangkan penghargaan yang lebih mendalam terhadap sumbangan Datuk Lat kepada warisan Malaysia.

Pengunjung Dapat Menikmati Segala Karya Dihasilkan Oleh Datuk LatPhoto from Mohamad Amir

Ia dibina bagi memastikan segala hasil karya beliau dapat dipamerkan kepada generasi kini dan seterusnya supaya mereka dapat mengenali jasa dan bakat beliau yang hanya satu sahaja dalam negara.

Legasi dan Anugerah Datuk Lat

Anugerah Telah Dimenangi Oleh Datuk Lat Dipamerkan Di GaleriPhoto from Helmy Maarof

Sumbangan Datuk Lat dalam bidang kartun dan ilustrasi telah diiktiraf dan disambut secara meluas. Tanpa beliau, nescaya tiada kartun yang dapat mengambarkan bagaimana suasana rakyat Malaysia ketika pada satu masa dahulu.

Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan dalam kariernya. Antaranya adalah Southeast Asian Writers Award, Fukuoka Asian Culture Priza dan Ijazah Kehormat dalam Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia.

Datuk Lat memainkan peranan penting dalam mempromosikan perpaduan dan pemahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Karya beliau dapat melampaui batas sempadan etnik dan budaya membina identiti dan kebanggan kebangsaan.

Hasil Karya Kampung Boy Menjadikan Beliau Seorang Lagenda Dalam NegaraPhoto from ITBM

Melalui watak dan ceritanya, beliau menekankan pengalaman bersama dan nilai yang menyatukan Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka.

📍 Lot 365404, 31000 Batu Gajah, Perak
📞 013-404 0327

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok