Terokai Dunia Koboi di Eagle Ranch Resort, Port Dickson: Staycation Istimewa yang Berbeza!
Mesti korang pernah tengok cerita atau drama Hollywood yang berada pada zaman koboi kan? kadang teringin nak merasai dunia mereka dan menginap rumah-rumah ala koboi kan. Tapi jangan risau dekat Port Dickson dah ada dah Staycation seperti dunia koboi. Eagle Ranch Resort, Port Dickson adalah tempat yang sempurna untuk mereka yang mencari percutian yang benar-benar berbeza dan istimewa. Dengan suasana perkampungan ala koboi yang menakjubkan, resort ini menawarkan pengalaman percutian yang tidak dapat Anda temui di tempat lain.
Photo from Eagleranchresort
Sesampainya di Eagle Ranch Resort, Anda akan merasakan atmosfer yang memukau dengan landskap yang menyerupai perkampungan koboi di luar bandar. Dari bangunan bertema kampung koboi hingga dekorasi dan hiasan juga seperti dunia koboi, resort ini menawarkan pengalaman yang autentik dan menghibur.
Penginapan Yang Berbeza
Photo from Eagle Ranch Resort
Yang menariknya billik yang disediakan bukan sahaja dengan satu tema malah dengan berbagai tema yang boleh korang pilih jika ingin menginap disana. Di Eagle Ranch Resort ini, anda ditawarkan lebih kurang 123 bilik yang terbahagi kepada 7 jenis bilik yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda dan keluarga.
Pelbagai jenis Resort yang disediakan
Photo from Eagle Ranch Resort
Resort yang menjadi pilihan orang ramai yang pertama adalah berkonsepkan Teepee. Merupakan penginapan berkonsep Native American atau orang asli Amerika yang lebih dikenali sebagai Red Indian. Rumah Teepee ini kelihatan seperti sebuah kemah yang berbentuk kon.
Photo from Eagle Ranch Resort
Seterusnya mereka juga menyediakan rumah yang atas rumah bawah kolam yang dinamakan sebagai Kampung House. Merupakan sejenis penghormatan kepada budaya tempatan, bilik Kampung house adalah jenis rumah kayu yang dibina di atas perairan. Anda boleh memilih antara katil Queen atau katil Twin.
Photo from Eagle Ranch Resort
Selain itu, mereka juga menyediakan bilik yang berkonsepkan wagon atau gerabak. Anda boleh memilih untuk mendapatkan bilik di atas atas ataupun bawah. Ianya dinamakan sebagai Bandwagon sangat sinonim dengan kehidupan koboi yang sering mengembara.
Photo from Eagle Ranch Resort
Mereka juga menyediakan Log Cabin. Bilik yang lebih kelihatan seperti rumah kayu Amerika. Kabin kayu yang banyak dibina di Amerika menjadi simbol kepada kehidupan cowboy. Jadi tentulah perlu ada bilik jenis ini di sini. Anda boleh memilih antara katil Queen atau katil Twin.
Fasiliti yang disediakan disini
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan asas seperti penghawa dingin, bilik mandi, air panas, cerek, TV, peti sejuk mini, tuala dan toiletries. Walau apa jenis bilik anda pilih, pastinya ia menawarkan keselesaan dan suasana rehat yang relaks. Supaya pengunjung bila balik mendapat kepuasan yang terbaik dari Eagle Ranch Resort.
Photo from Eagle Ranch Resort
Kolam renang merupakan antara fasiliti utama di mana-mana pusat percutian keluarga. Di sini, mereka turut menyediakan sewaan pelampung untuk anda dan keluarga. Rakit juga mereka sediakan supaya pengunjung dapat merasai pengalaman yang berbeza disini. Bukan sekadar hanya mandi kolam.
Aktiviti yang disediakan dan juga restoran yang disediakan
Di Eagle Ranch Resort, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan kepada para tetamu untuk pengunjung tidak bosan untuk kesini lagi, aktiviti yang mereka sediakan adalah menunggang kuda, memanah, sukan air, flying fox dan pelbagai jenis lagi aktiviti yang boleh dilakukan disini.
Photo from Eagle Ranch Resort
Di sini anda akan dimanjakan dengan pilihan kedai makanan yang banyak. Terdapat 4 restoran di sini yang boleh anda pilih. Watering Hole dan Rock Mountain menghidangkan makanan pelbagai jenis, dari makanan lokal ke makanan western. Restoran D’Barrel dan Melting Pot Pula menawarkan hidangan jenis buffet yang membawakan pelbagai pilihan makanan. Apabila anda menginap di sini, anda tentu tidak perlu bersusah-susah mencari makanan.
Photo from Eagle Ranch Resort
Ia adalah destinasi yang sempurna bagi mereka yang mencari percutian yang berbeza dan istimewa. Dapatkan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan di Eagle Ranch Resort, dan sertailah perjalanan melintasi masa ke zaman koboi yang penuh dengan kegembiraan dan kenangan yang indah.
📍544, Jalan Pantai, Batu 14, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
📞06-661 0495