download Jom Explore app
Kasut Retro Ikonik Yang Tak Ditelan Zaman!

Kasut Retro Ikonik Yang Tak Ditelan Zaman!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 30 Jun 2023
Digital Editor

Kasut merupakan sebahagian asas dalam kehidupan seharian kita dan merupakan antara pakaian paling penting berfungsi secara praktikal dan fesyen. Ia direka untuk melindungi, menyokong serta memberi keselesaan kepada kaki kita. Haa.. sebab itulah hanya kita je tahu betap gembiranya rasa kalau dapat beli kasut idaman kita!

Sebut sahaja pasal kasut terlampau banyak rekaan dan model kasut dikeluarkan daripada pelbagai jenama terkemuka. Tetapi, kini semakin ramai ingin membeli kasut gaya retro yang dikenali sebagai kasut rekaan lama dikembalikan semula pada masak kini.

Kasut retro dapat membangkitkan perasaan nostalgia dan fesyen yang tidak terikat dengan masa. Nilai estetika rekaan kasut retro mempunyai elemen reka bentuk serta siluet yang berbeza menjadi popular pada masa lalu.

Pilihan reka bentuk mencerminkan trend fesyen dan gaya dominan pada era tersebut. Kerana itulah menyebabkan permintaan kasut retro semakin tinggi sehinggakan kebanyakkan jenama memberi fokus kepada kasut retro sahaja berbanding mengeluarkan gaya reka kasut baru.

Kasut Retro Semakin Popular Dan Kekal Popular Pada Masa Kini!Photo from Pinterest

Kerana itulah kelebihan kasut retro yang mempunyai daya tarikan kuat melampaui trend fesyen sementara. Walapun berasal dari era tertentu, populariti berkekalan menunjukkan keupayaan mereka untuk kekal relevan dalam kalangan generasi akan datang.

Haa.. kalau macam tu jom lihat antara kasut retro klasik yang ikonik!

Nike Air Jordan 1

Michael Jordan Bersama Kasut Pertamanya, Nike Air Jordan 1 Yang Sangat PopularPhoto from Pinterest

Diperkenalkan pada tahun 1985 oleh Nike. Ia antara kasut paling berpengaruh dan ikonik yang mempunyai tempat istimewa dalam budaya kasut dan sejarah sukan bola keranjang. Ia merupakan antara kasut pertama yang direka untuk pemain bola keranjang. Sebut sahaja nama kasut ini, sudah pasti orang mengenalinya!

Direka oleh Peter Moore, kasut ini direka khas untuk Michael Jordan, pemain bola keranjang yang sangat popular. Kasut ini mempunyai siulet tinggi, reka bentuk yang berbeza untuk kasut bola keranjang pada masa itu. Warna asal yang dikeluarkan adalah Bred (hitam dan merah) Chicago (putih, hitam dan merah).

Apa yang membuatkan kasut ini sangat popular adalah populariti pemakainya iaitu Michael Jordan. Gaya permainan Michael yang karismatik membuatkan setiap individu inginkan sepasang kasut Nike Air Jordan. Ia merupakan simbol kecemerlangan, gaya dan keunikkan bagi seorang individu.

Selain itu, gaya dan reka bentuk kasut ini masih relevan dan ditiru oleh pelbagai jenama untuk menghasilkan kasut yang dapat menandingi pengaruh Nike Air Jordan 1. Kalau korang tunjuk sahaja gambar kasut ini, kebanyakkan akan mengenali rupanya serta akan mengatakan ia mempunyai gaya reka yang sangat cantik!

Rupanya Dan Gaya Rekaan Yang Sempurna Membuatkannya Masih RelevanPhoto from Pinterest

Siluet tinggi, logo "Wings" dan logo "Jordan Jumpman" membuatkan kasut ini antara kasut paling banyak dikeluarkan sebagai kasut retro pada masa kini.

Adidas Stan Smith

Stan Smith Merupakan Atlet Tenis Yang Mempunyai Kasut Khas Direka UntuknyaPhoto from Pinterest

Kasut ini merupakan acuan untuk menghasilkan sepasang kasut kulit berwarna putih yang cantik, bergaya dan klasik. Adidas Stan Smith diberikan nama sempena pemain tenis, Stan Smith. Kasut ini diperkenalkan pada awal 1970-an dan menjadi siluet paling dikenali oleh jenama terkemuka itu.

Reka bentuk kasut direka sebagai kasut tenis untuk Stan Smith. Reka bentuknya menggunakan kulit halus pada bahagian atas, jalur tiga berlubang pada sisi dan tapak getah diterima dengan baik oleh atlet tenis serta di luar gelanggang tenis.

Ciri utama yang membuatkan Stan Smith sangat popular adalah reka bentuknya yang mampu bersaing dengan model kasut yang direka pada zaman kini. Gaya rekaan yang minimalis, kekurangan logo serta perincian yang rumit membolehkannya ia kekal relevan dan popular selama-lamanya. Ia merupakan antara kasut yang serba boleh sebagai kasual atau formal.

Populariti yang sangat tinggi pada tahun 1980-an dan 1990-an menjadi satu keperluan dalam dunia fesyen. Ia diterima dengan baik daripada sesiapa sahaja tidak kisah sama ada penggemar fesyen ataupun tidak mengukuhkan statusnya sebagai ikon budaya.

Gaya Rekaan Minimalis Menjadi Acuan Untuk Kasut Kulit Berwarna PutihPhoto from Pinterest

Warisan Adidas Stan Smith merupakan bukti reka bentuknya yang tidak ketinggalan zaman dan keupayaanya untuk kekal relevan selama-lamanya. Ia tetap menjadi salah satu kasut yang laris dan paling dikenali dalam katalog mereka mewakili keseimbangan yang sempurna antara kesederhanaan dan gaya.

New Balance 990

Antara Kasut Sukan Yang Ikonik!Photo from Pinterest

Antara model kasut paling selesa sehinggakan mereka direka semula kepada teknologi moden tau! New Balance 990 merupakan antara kasut lari paling ikonik dengan reka bentuk, gayanya serta warna kelabu yang menjadi sinonim dengan identiti jenama daripada Amerika Syarikat.

Diperkenalkan pada tahun 1982 sebagai kasut lari yang berkualiti tinggi, ia dibuat secara tangan di Amerika Syarikat menggunakan bahan berkualiti dengan perhatian terperinci. Komitment jenama terhadap kualiti jelas terlihat dalam pembinaan serta ketahanan kasut ini.

Ia direka untuk memberi keselesaan serta sokongan pada kaki. Ia mempunyai pelbagai teknologi seperti tapak berlapis untuk menyerap hentakan pada setiap langkah dengan baik mengurangkan impak pada bahagian kaki dan sendi.

Selain itu, kasut ini menggabungkan teknologi ENCAP untuk memberi sokongan untuk memberi keselesaan dan kestabilan optimum. Reka bentuknya mempunyai siluet rendah dengan perincina yang minimal menjadikkannya pilihan baik untuk bersukan serta gaya kasual.

Kesederhanaan reka bentuk ini membuatkan ia mempunyai daya tarikan yang tinggi serta mampu berkekalan walaupun tidak tergolong dalam mana-mana trend fesyen.

New Balance 990 menjadi ikonik kerana kebolehserbagunaanya melampaui penggunaan sukan ke dalam gaya hidup harian seseorang yang inginkan sepasang kasut yang sangat selesa tetapi tidak mempunyai gaya sukan yang melampau.

Dipakai Oleh Sesiapa Sahaja!Photo from Pinterest

Bukan itu je, sepanjang sejarah kasut ini telah mengalami pembaharuan dan penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi dan rupa aestetikanya. Iterasi baru memperkenalkan ciri-ciri dan teknologi moden sambil mengekalkan elemen klasik dan dna jenama New Balance.

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok