Tips Untuk Membeli Jeans Sempurna Dengan Mudah
Tidak kisahlah sesiapa pun, lelaki dan jeans memang takkan terpisah. Wajib ada sepasang yang akan dipakai sehingga koyak barulah nak beli baru. Tapi antara masalah yang dihadapi oleh para lelaki adalah mencari sepasang seluar jeans sempurna untuk dipakai buat selama-lamanya.
Jeans merupakan antara pakaian yang ikonik kerana sejarahnya serta keunggulan mereka tidak ditelan zaman masih berkekalan dalam almari pakaian sesiapa sahaja. Ketahanan, serba boleh dan gaya klasik membuatkan iannya memang disayangi oleh sesiapa pun.
Salah satu aspek menarik tentang jeans adalah keupayaanya untuk membentuk dan menyesuaikan dengan kaki kita dengan setiap pemakaian. Kainnya akan menjadi lebih lembut dan selesa yang hanya diri kita sahaja dapat menikmatinya. Kepelbagaiaan saiz membuatkan sesiapa sahaja dapat membelinya.
Photo from Pinterest
Haa.. walaupun banyak saiz sedia ada masih ramai tidak pandai memilih jeans yang bersesuaian mengikut bentuk badan serta kaki mereka menyebabkan mereka nampak pelik ketika menyarungkan sepasang jeans. Sebab itulah pentingnya untuk korang ketahui cara betul untuk membeli jeans sempurna dengan bentuk badan korang membuatkan korang lebih konfiden, menarik dan bergaya.
Baca sampai habis untuk ketahui tips yang Min nak kongsikan dekat korang ni. Jom!
Sebelum Membeli Sepasang Jeans Baru, Sediakan Sebuah Bajet Untuk Memudahkan Proses!
Photo from Pinterest
Siapa je tak suka membeli belah pakaian baru lagi-lagi kalau ada orang nak belanja, maklumlah kadang kala jeans yang kita ada ni akan dipakai sehingga lunyai barulah nak beli baru. Biasalah, hidup seorang lelaki selagi boleh pakai, kita pakai.
Haa.. alangkah terkejutnya korang apabila melangkah je masuk ke dalam kedai, boleh terbeliak mata melihat terdapat pelbagai jenama yang menjual seluar jeans dengan harga yang berbeza. Ada yang murah, sederhana, mahal dan juga harga kayangan.
Korang pun boleh rambang mata melihat pelbagai harga yang ditawarkan menyebabkan lebih susah untuk korang melakukan keputusan kerana khuatir akan menjumpa jeans yang harga lebih baik berbanding sekarang.
Sebab itulah korang perlukan sebuah bajet sebelum melangkah masuk ke dalam kedai. Bajet yang ditetapkan bergantung kepada perbelanjaan korang tau. Jadi, jika korang merasakan korang mampu untuk membeli jeans yang premium tiada masalah.
Kadang kala walaupun korang merasakan korang boleh dapat harga yang lebih murah, tidak salah untuk menghadiahkan diri sendiri dengan membeli yang sedikit mahal mengikut bajet korang kerana ia akan membuatkan korang lebih gembira dan menghargainya lebih membuatkan korang lebih kerap memakainya tau.
Photo from Pinterest
Selain itu, korang juga boleh membuat perbandingan harga antara jenama untuk memudahkan korang melakukan sebuah keputusan tanpa membuang masa yang banyak.
Cutting Seluar Jeans Adalah Perkara Paling Penting Sekali!
Photo from Pinterest
Menurut kajian yang dilakukan oleh Lifestyle Monitor tentang faktor utama yang menentukan pembelian seluar jeans bagi seorang lelaki. Mereka mendapati bahawa empat kriteria yang disenaraikan adalah fit, keselesaan, ketahanan dan kualiti berbanding faktor lain.
Selain itu, faktor paling utama adalah 'fit' bahasa mudahnya adalah potongan seluar merujuk bagaimana rupanya ketika disarungkan. Haa.. potongan seluar jeans pun boleh membuatkan korang pening tau.
Setiap jenama mempunyai nama potongan masing-masing yang tidak sama dengan persaingan mereka untuk memastikan mereka dapat menjual gaya potongan yang korang inginkan. Haa.. korang pun boleh pening kalau ingin melakukan perbandingan kerana setiap jenama tidak akan menggunakan gaya potongan yang sama.
Tetapi, apa yang korang perlu tahu dan ingat adalah gaya potongan seluar jeans bermula daripada paling longgar iaitu regular fit sehingga paling ketat iaitu skinny fit. Walaupun setiap jenama akan mengubah nama potongan tetapi secara asasnya mereka akan mengikut gaya ini. Korang perlu membaca informasi pada setiap jenama untuk mengetahui gaya potongan tersebut.
Bukan itu je, terdapat berberapa gaya potongan moden yang muncul untuk memenuhi kriteria berberapa pelanggan seperti wide fit, regular taper fit, slim taper fit dan slim straight fit. Haa.. boleh pening kepala dibuatnya.
Apa yang perlu korang fokus adalah memahami bagaimana gaya potongan idaman korang untuk menentukan gaya potongan jeans bersesuaian dengan korang. Adakah korang menyukai gaya seperti rockstar ketat seperti skinny fit? Ataupun korang sukakan gaya klasik seperti straight fit? Atau korang lebih santai dan mahukan gaya kemas seperti slim fit?
Photo from Pinterest
Pemahaman tentang gaya korang akan menentukan gaya potongan apa yang menjaminkan keselesaan kepada korang. Seluar jeans yang mempunyai gaya potongan ideal akan memberi impak yang besar membuatkan korang akan lebih suka untuk memakainya tau.
Jenama Bukanlah Segala-galanya Tau
Photo from Pinterest
Seluar jeans telah bukanlah pakaian yang baru sahaja dicipta. Ia dicipta untuk pelombong emas yang inginkan sepasang seluar berkerja yang tidak mudah koyak serta mampu bertahan selama-lamanya. Ini menyebakan telah muncul berberapa jenama yang menjadikan seluar jeans adalah keutamaan mereka membuatkan mereka lebih terkenal berbanding jenama yang lain.
Korang sering kali akan direkomenkan oleh rakan untuk membeli jenama khusus untuk seluar jeans kerana sejarah jenama tersebut yang dikait rapat dengan jeans menjadikan mereka pengeluar jeans utama yang berkualiti tinggi. Ini adalah perkara yang patut korang elakkan terlebih dahulu!
Tidak semua jenama yang korang selalu nampak mengeluarkan jeans yang berkualiti tinggi menggunakan kain jeans yang bermutu tinggi. Kadang-kala mereka menggunakan kain murah yang mudah koyak serta lembut untuk menjimatkan kos tetapi memasarkan sebagai 'jeans premium'.
Haa.. kerana itulah korang perlu melakukan perbandingan jenama serta melakuakan sedikit penyelidikan untuk menentukan jenama apa yang menjual jeans berkualiti tinggi bersesuaian dengan bajet korang. Tidak semua jenama adalah sama dan mungkin ada jenama yang mengeluarkan jeans berkualiti tinggi dengan harga yang masih mampu milik.
Photo from Pinterest
Paling penting adalah korang tidak beli jeans kerana jenama semata-mata, pastikan korang beli kerana keselesaan yang akan membuatkan korang akan kerap memakainya daripada disimpan dalam almari. Selain itu, ia juga akan menjadi kawan baik korang menemani kemana sahaja korang berada memastikan korang kekal bergaya tidak kisahlah apa sekali situasi pun!
❤️Tanda-tanda Hubungan Toksik Kenali dan Hindari Hubungan yang Membahayakan Untuk Diri Sendiri | Jom Explore
❤️Trend Fesyen Dadcore: Memeluk Gaya Kasual dan Bergaya Seperti Ayah | Jom Explore