download Jom Explore app
Trend Dadcore Bergaya Walaupun Nampak Ala Kadar

Trend Dadcore Bergaya Walaupun Nampak Ala Kadar

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 22 Jun 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Dunia fesyen takkan terpisah daripada mengambil inspirasi daripada kehidupan seharian. Apa-apa sahaja yang menjadi trend selalunya diilhamkan daripada trend atau gaya lama. Sebagai contoh, trend dadcore mendapat perhatian di media sosial kerana inspirasi trend tersebut datang daripada gaya ayah kita sendiri tau!

Haa.. mesti tak percaya kan gaya fesyen bapa-bapa kita pun boleh jadi trend fesyen yang mendapat perhatian jugak tau sampaikan ada berberapa pereka fesyen menjadikan ilham untuk keluarkan satu koleksi pakaian lagi.

Istilah dadcore merupakan trend anti-fesyen yang dicipta oleh golongan muda mengambil inspirasi daripada gaya seorang ayah cara memakai pakaian seperti memakai kasut sukan dengan jeans lusuh yang dipakai ke pinggang diikat dengan tali pinggang.

Tapi gaya fesyen ini sangat sesuai kalau korang ingin upgrade gaya korang kepada gaya yang tidak terlalu trendy sangat tapi masih kekal bergaya walaupun kelihatan ala kadar ataupun bersahaja. Keistimewaan gaya ini adalah korang tidak perlu pandang jauh untuk mencari inspirasi untuk gayakan trend ini!

Trend Dadcore Pun Bergaya Kalau Korang Pandai Guna TauPhoto from Pinterest

Selain itu, walaupun gaya trend ala kadar sahaja tetapi ia masih terkawal dalam keadaaan teratur untuk memastikan korang masih tampil kemas walaupun nampak gaya macam nak pergi main golf.

Bajet yang diperlukan pun tak banyak korang boleh sahaja pergi bundle ataupun menyelam ke dalam almari ayah sendiri untuk mencari pakaian yang sesuai dengan trend ini. Tapi, korang kena tahu dulu pakaian bagaimana yang menentukan trend dadcore ini. Jom!

Tak Sah Kalau Takda Kasut Sukan Yang Selesa!

Kasut Sukan Yang Sering Kali Dipakai Oleh Ayah Kita Sangat Selesa Sebenarnya!Photo from Pinterest

Kalau kita buka laman sosial media untuk melihat trend fesyen yang baru, mata kita selalunya akan melihat kasut terlebih dahulu. Kasut yang trendy pasti akan menangkap mata sesiapa sahaja baik peminat fesyen atau bukan peminat fesyen.

Kasut memainkan peranan penting untuk menentukan seseorang itu trendy ataupun tidak. Tetapi untuk gaya dadcore kasut paling wajib korang kena ada dalam koleksi adalah kasut sukan selesa. Seorang ayah memang wajib beli sepasang kasut sukan yang mempunyai gaya rekaan retro yang sangat nostalgic berbanding rekaan kasut masa kini.

Bukan setakat gaya reka sahaja yang cantik, tetapi kasut ini selalunya mempunyai keselesaan yang optimum untuk memastikan kaki korang tak sakit sangat kalau nak berjalan satu hari di padang golf ataupun pusing-pusing bandar kan.

Selalunya kasut sukan mempunyai kombinasi warna yang sederhana seperti putih, hitam, kelabu, biru dan kadang kala merah supaya korang dapat padankan dengan pelbagai pakaian lain tanpa merosakkan gaya korang. Haa.. korang takkan dapat lah warna-warna trendy dekat kasut gaya macam ni.

Kasut Sukan Mempunyai Gaya Retro Membuatkan Ia Sesuai Dengan Vintage LookPhoto from Pinterest

Selain itu, kasut gaya macam ni mempunyai rekaan retro seperti tahun 90an dan 80an membuatkan pakaian vintage sangat sesuai untuk dipakai bersama! Yang penting korang perlu menjadi kreatif untuk mencari spektrum korang dalam trend dadcore.

Seluar Jeans Lusuh, Berwarna Biru Dan Longgar Wajib Ada Dalam Almari!

Walaupun Nampak Lusuh Tapi Gaya Jeans Ni Style TauPhoto from Pinterest

Seorang ayah pasti memiliki sepasang seluar jeans yang sudah lusuh, berwarna biru muda cair yang kelihatan usang tetapi masih disayanginya kerana ia membuatnya kelihatan lebih muda walaupun gaya ini sudah lapuk.

Walaupun makin ramai beralih kepada jeans cutting slim-fit atau skinny fit yang lebih ketat, gaya seluar longgar semakin trendy tau! Lagi-lagi kalau dipadankan bersama kasut sukan korang tu.

Selalunya, seluar jeans kegemaran ayah kita mempunyai gaya potongan klasik yang dikenali sebagai straight fit tetapi kadang kala korang juga akan terjumpa gaya wide fit atau relaxed fit. Gaya potongan ini lebih longgar dan akan dipakai di bahagian pinggang ataupun atas pinggang berbanding gaya potongan seluar yang ketat.

Haa.. walaupun seluar korang longgar tapi kerana ia dipakai di atas pinggang ia akan memberikan ilusi kaki korang kelihatan panjang membuatkan korang lebih tinggi tau! Korang wajib pakai gaya macam ni kalau nak pikat pasangan korang yang sukakan lelaki tinggi.

Bukan itu je, seluar gaya potongan ini lebih selesa dan membuatkan siluet badan korang nampak lebih menarik tau! Cuma korang kena pastikan korang pakai saiz seluar yang betul untuk elakkan terlebih longgar yang dapat menghancurkan keseluruhan gaya korang.

Ini Salah Satu Cara Korang Boleh Dapatkan Ilham Untuk Gayakan Wide Fit JeansPhoto from Pinterest

Untuk gayakkan seluar jeans yang longgar mudah sahaja, korang boleh pakai baju oversized fit untuk gandakan gaya longgar baggy ataupun menjadikan seluar jeans itu sebagai visual utama dan padankan bersama baju t-shirt kosong supaya tidak bertentangan dengan seluar tersebut.

Kena Ada Sehelai Baju Polo-T Macam Korang Nak Pergi Main Golf

Baju Polo-T Bukan Untuk Pergi Main Golf JePhoto from Pinterest

Hobi seorang ayah selalunya akan memancing, bercucuk tanam ataupun bermain sukan. Sukan kegemaran seorang ayah? Mestilah main golf! Walaupun mereka tidak pernah sampai ke padang golf tetapi tiap-tiap minggu memang wajib pergi ke driving range untuk menikmati sesi golf bersama rakan mereka.

Haa.. antara pakaian wajib seorang ayah pergi main golf adalah baju polo-t yang sering kali mereka beli dalam kuantiti banyak dalam pelbagai warna untuk padankan bersama seluar mereka.

Ciri paling utama baju polo-t adalah kolar dan butang untuk memberikan gaya yang lebih formal dan teratur berbanding baju t-shirt biasa. Selalunya baju polo-t memberikan penampilan yang lebih formal dan dianggap sebagai alternatif yang lebih kasual kalau korang malas nak pakai kemeja berbutang.

Baju polo-t memang sesuai dipadankan sama ada seluar panjang ataupun seluar pendek. Walaupun korang tidak berminat untuk bermain golf tetapi korang masih boleh mendapat ilham daripada cara atlet ataupun ayah korang berpakaian untuk sesi golf mereka tau.

Apa kata korang padankan baju polo-t dengan seluar jeans longgar ataupun baju polo-t dengan kasut sukan korang? Kreativiti korang perlu memainkan peranan untuk mengayakkan baju polo ini tau!

Korang juga boleh pilih sama ada inginkan baju polo-t kelihatan mewah quiet luxury ataupun jadikkannya oversized fit untuk tampil lebih kasual! Yang penting adalah konfiden dan kreativiti korang untuk menggayakannya.

Trend gaya dadcore memang tidak dapat dinafikan mempunyai tarikan tersendiri berbanding trend lain. Ia mungkin kelihatan pelik dan kelakar tetapi ia juga akan mengembangkan minat korang terhadap dunia fesyen untuk sentiasa kembangkan inspirasi dan ilham untuk menghasilkan gaya tersendiri.

Baju Polo-T Memang Cantik Kalau Digayakkan Macam NiPhoto from Pinterest

Bukan itu je tau, trend ini sesuai untuk korang yang inginkan perubahan dalam gaya korang tetapi tidak ingin nampak terlalu trendy dan masih ingin membezakan diri korang daripada orang lain dengan gaya tersendiri. Walaupun nampak bersederhana dan ala kadar tetapi trend dadcore pasti membuatkan korang jatuh cinta dengan gayanya tersendiri.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok