Destinasi Wajib Kat Ipoh, Nasi Ganja Yong Suan
Selain daripada bandar KL dan Penang, bandar Ipoh yang terletak di Perak pun menjadi destinasi wajib bagi kaki foodie untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang popular. Tetapi, ada satu kedai memang wajib korang singgah tiap kali sampai ke bandar bersejarah ini. Kalau tak, memang rugi gila! Psst.. kedai ni memang terkenal dalam geng-geng peminat nasi kandar tau.
Haa.. sebagai sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan juga budaya. Bandar Ipoh memang dimurahkan dengan kekayaan sejarah, warisan seni bina kolonial, keindahan semula jadi dan makanan yang sedap jugak tau!
Kalau dah sampai bandar Ipoh ni memang tak sah lah kalau tak pusing dalam bandar dia kan? Melihat keindahan bangunan bersejarah yang mengekalkan seni bina kolonial seperti Dewan Bandar Ipoh, Stesen Keretapi Ipoh. Tapi untuk kaki makan dan peminat nasi kandar, sebut je Ipoh memang tak sah lah kalau tak singgah Kedai Kopitiam Yong Suan yang memang takkan pernah lah kosong!
Apa yang menariknya Kedai Kopitiam Yong Suan ni sampaikan penduduk Ipoh sendiri rekomen dekat setiap pelancong? Korang pernah dengar tak kisah 'Nasi Ganja' yang katanya diperbuat daripada bahan terlarang boleh buat korang ketagih sampai takleh lupakan langsung!
Photo from IG: cikjetty89
Biar betul nasi diperbuat daripada bahan terlarang? Haa.. sebab itulah korang kena baca sampai habis untuk ketahui apa yang menyebabkan kedai kopitiam ini orang sanggup beratur untuk dapatkan sepinggan nasi ganja. Jom!
Kalau Dah Kena Sekali, Tak Sah Kalau Tak Pekena Lagi Sekali
Photo from Amirul 4747official
Nasi Ganja merupakan hidangan berasal dari Ipoh, walaupun namanya agak aneh membuatkan ramai orang tertanya tetapi nasi ini tidak ada kaitan dengan bahan terlarang tersebut.
Ia diberikan gelaran kerana sekali dah kena, memang wajib korang pesan lagi satu menyebabkan korang ketagih dengan nasi yang dihasilkan oleh Kassim Mohammad iaitu pencipta nasi ganja.
Haa.. beliau berpindah ke Malaysia dari Tamil Nadu pada tahun 1957 untuk menghasilkan sebuah kedai bernama "Nasi Kandar Ayam Merah". Kini dimiliki oleh Mohd Nihmathullah Syed Mustafa masih menggunkkan resipi yang dihasilkan oleh datuknya tau.
Teknik masakan yang menggunakan periuk tembaga besar masih kekal dalam kedai ini tau. Kalau korang nak tau, Nasi Ganja ni sebenarnya adalah Nasi Kandar je tau jadi korang boleh bayangkan aroma, resipi dan rasa kompleks yang terhasil melalui kepelbagaian campuran kari untuk melengkapkan hidangan ini.
Apa yang membuatkan kedai ini lebih menarik adalah ia tidak mempunyai cawangan yang lain tau. Kalau korang nak menikmati nasi ganja, korang wajib pergi ke Ipoh untuk menikmatinya! Jangan tertipu dengan macam-macam 'nasi ganja' di tempat lain.
Selain itu, menurut penduduk bandar Ipoh memang tak sah kalau korang tak singgah untuk makan nasi ganja kerana ia merupakan antara perkara wajib yang dilakukan oleh setiap pelancong yang bercuti di bandar ini tau.
Photo from IG: alfrznl
Haa.. sudah 66 tahun Nasi Kandar Ayam Merah bertapak di kedai yang sama menyajikan peminat serta pelancong yang ingn merasai kenikmatan dan keunikkan nasi ganja!
Ayam Masak Merah Wajib Order Rugi Beb Kalau Tak Dapat!
Photo from Nasi Ganja Ipoh
Walaupun nasi ganja ini adalah nasi kandar ia masih mempunyai keunikkan tersendiri yang korang tidak akan jumpa di kedai nasi kandar lain yang terkenal. Ada yang mengatakan nasi kandar ayam merah lebih sedap berbanding kedai nasi kandar terkenal di Penang tau.
Haa.. nasi ganja ini dihasilkan bermula dengan sepinggan nasi putih gebu panas dipadankan bersama telur masin dan timun. Selepas itu, kuah campur yang terhasil daripada pelbagai jenis kari yang dimasak menggunakkan pelbagai jenis rempah akan menghasilkan rasa pedas, sedikit masam dan masin bakal meningkatkan deria rasa korang.
Hidangan utama di kedai ini adalah ayam masak merah tau! ayam yang digoreng sehingga sempurna dicampurkan dengan kuah merah pekat menghasilkan satu kombinasi yang korang takkan dapat di kedai lain tau. Hanya mereka sahaja menyediakan ayam goreng seperti ini.
Ayam tersebut mungkin sedikit kering tetapi rempah yang dapat dirasai dengan setiap gigitan tu pasti membuatkan korang tersandar selepas makan. Menurut penduduk bandar Ipoh, korang akan rasa mengantuk selepas melantak nasi ganja ini tau, memang wajib! Tak sah lah kalau tak mengantuk akibat terlalu sedap.
Bukan itu je tau, korang juga boleh pesan lauk lain seperti ikan goreng, daging, kambing, udang, sotong dan macam-macam lagi lah! Paling penting adalah korang tidak lupa untuk pesan ayam masak merah sangat sinonim dengan peminat nasi ganja.
Selain itu, pastikan korang minta sambal kelapa lebih tau kerana sambal kelapa ini pelengkap nasi ganja dengan membawa rasa serta tekstur creamy dan pedas sangat sesuai dipadankan dengan nasi putih dan lauk pilihan korang.
Photo from Brian
Haa.. memang terliur lah kalau bercakap pasal nasi ganja ni sehinggakan min sendiri nak singgah ke bandar Ipoh hujung minggu ni.
Jangan Terkejut Kalau Korang Makan Dalam Kopitiam Tau
Photo from Akmal B
Selain daripada makanan sedap, korang jangan terkejut kalau korang berada dalam kedai kopitiam tau! Haa.. yang menariknya tentang nasi ganja adalah ia terletak dalam Kedai Kopitiam Yong Suan.
Haa.. melangkah masuk je dalam kopitiam korang dapat melihat keindahan kepelbagaian budaya bangsa dalam satu masa tau. Kedai kopitiam ini turut menyediakan hidangan klasik kopitiam.
Tetapi, korang wajib cuba kopi ais mereka tau! Kopi ais yang menggunakan resipi turun-temurun yang terkenal di bandar Ipoh memang digemari oleh orang ramai terutama peminat kopi. Selain itu, korang turut boleh menikmati minuman lain untuk dipadankan bersama nasi ganja korang.
Bukan itu je tau, menurut pelanggan mereka, tak sah kalau tak cuba Caramel Pudding sebagai pencuci mulut selepas melantak nasi ganja! Pudding yang disajikan sejuk membawa kemanisan ke dalam mulut korang sangat sesuai selepas menikmati rasa yang berat dalam nasi ganja.
Photo from Izyan Shazwani
Apa kata hujung minggu ni korang pergi ke Ipoh untuk mencuba nasi ganja di Kedai Kopitiam Yong Suan? Mana tahu korang sendiri tersangkut dengan kesedapannya!
📍2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30250 Ipoh, Perak
⏰Setiap Hari (9am - 5pm)
❤️ Pilihan Makan Tengah Hari yang Sedap dan Memuaskan: Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Nasi Ayam Penyet | Jom Explore
❤️ Dapatkan Mee Tarik dan Dumpling dengan Resipi Asli dari China di Ampang | Jom Explore