3 Makanan Mudah Untuk Cuba Time Lunch!
Lumrah kehidupan perkerja adalah menunggu waktu lunch untuk makan dan berehat setelah bertungkus lumus berkerja. Tapi mesti timbul masalah sama iaitu korang tak tahu nak makan apa menyebabkan asyik makan benda sama sampai naik jemu!
Haa.. min faham biasalah kadang kala waktu kita berkerja kita tidak mempunyai masa untuk fikir nak makan apa lagi-lagi kalau keluar bersama rakan sekerja lagi sakit kepala bertanya soalan sama "wey nak makan apa harini".
Negara kita dimewahkan dengan kepelbagaian budaya menyebabkan terdapat pelbagai makanan yang kita boleh cuba membawa keunikkan serta rasa masing-masing kan. Walaupun dua kedai menjual perkara yang sama tetapi rasa dan teknik masakan yang berbeza membuatkan dua kedai ini unik dan berbeza antara satu sama lain.
Tetapi, kalau korang perasan kita lebih suka menikmati makanan yang mudah, mengenyangkan dengan harga berpatutan berbanding makanan yang kompleks kerana ia mungkin tidak sesuai dengan deria rasa kita. Maklumlah, takkan lah korang sanggup tinggalkan nasi lemak demi sepinggan pasta betul tak?
Photo from Canva
Apa kata kalini korang cuba pula 3 makanan yang simple tetapi tetap mengeyangkan korang untuk memberikan tenaga sampai habis waktu berkerja tetapi masih sedap. Jom!
Nasi Ayam Boleh Makan Setiap Hari Tidak Kira Masa Sekalipun
Photo from cookpad
Kombinasi nasi wangi dengan ayam lembut berperisa dihiasi dengan sayur dan sup menjadikan nasi ayam antara makanan kegemaran ramai tidak kisahlah sesiapa pun. Nasi ayam sangat popular dalam negara dan ke mana sahaja korang pergi memang wajib jumpa kedai jual nasi ayam.
Nasi ayam bermula dengan nasi wangi yang dimasak dalam kuah ayam. Nasi ini biasanya campur dengan halia, bawang putih dan rempah ratus untuk menghasilkan rasa wangi serta berperisa. Nasi akan dimasak dengan sempurna untuk memastikan tekstur ringan melengkapkan komponen lain dalam hidangan ini.
Selain itu, korang boleh pilih ayam roasted atau kukus menghasilkan daging yang lembut, juicy dipenuhi dengan perisa rempah ratus. Ayam yang diperap dengan campuran rempah seperti bawang putih, halia, kicap akan meningkatkan rasa serta aroma ayam. Proses masak perlahan memastikan ayam dimasak sempurna tapi kekal lembap serta penuh dengan rasa.
Photo from Che Nom
Bukan itu je, tak lengkap lah hidangan nasi ayam kalau tiada sos kicap dan sambal cili kan? sos cili memberi sedikit kepedasan pada nasi ayam dan sos kicap memberi sedikit kemanisan akan dilengkapkan dengan kuah ayam pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur melihat sepinggan nasi ayam dimasak dengan sempurna lengkap dengan segala komponennya.
Kepelbagaian tekstur dan aroma membuatkan nasi ayam antara hidangan paling mudah korang boleh makan tetapi tetap memberikan rasa serta mampu buat korang kenyang kalau mintak nasi lebih! Haa.. mana tahu min berjaya buat korang inginkan nasi ayam untuk lunch harini.
Rugi Kalau Tak Pernah Cuba Nasi Kerabu
Photo from honestfoodtalk
Makanan yang berasal daripada negeri pantai timur terutamanya negeri Kelantan dan Terengganu membawa hidangan tradisional yang berbeza berbanding negeri-negeri lain dalam negara. Antara yang wajib korang cuba adalah nasi kerabu!
Rugi tau kalau korang tidak pernah cuba nasi kerabu sekali dalam hidup! Nasi yang berwarna biru yang dihasilkan daripada kelopak bunga telang disajikan bersama pelbagai campuran sayur, sambal dan pilihan protein bukan sahaja mengenyangkan malah bakal membuatkan deria rasa korang meletup dengan kombinasi pelbagai rasa.
Untuk menghasilkan nasi kerabu bermula dengan nasi berwarna biru yang akan menarik perhatian sesiapa sahaja serta aroma nasi kerabu memang akan membangkitkan selera makan kita. Selalunya, nasi kerabu dimasak dengan aromatik seperti serai, halia dan daun pandan untuk melengkapkan aromanya.
Selain itu, sayur-sayuran seperti ulam memberikan rasa segar dan menyumbang kepada profil tekstur dalam hidangan ini. Ia memberikan rasa seimbang sebagai pelengkap pada deria rasa kita.
Photo from foodpanda
Bukan itu je tau, komponen protein memang wajib ada! Korang boleh pilih sama ada ayam goreng, bakar ataupun ikan bakar untuk dipadankan bersama nasi dan sayur pilihan korang. Campuran sambal dan limau memberikan sedikit elemen kepedasan dan rasa masam untuk meningkatkan lagi keseluruhan hidangan dengan setiap suapan.
Haa.. memang kalau bercakap pasal nasi kerabu boleh terliur tau kerana terdapat lebih dari satu elemen yang akan berkerjasama untuk menghasilkan rasa kompleks yang sukar ditandingi oleh masakan lain! Memang sesuai kalau korang dah jemu makan benda sama waktu lunch nanti.
Inginkan Kelainan Boleh Try Nasi Ayam Penyet
Photo from Che Nom
Antara hidangan Indonesia yang popular dalam negara kita yang telah mendapat perhatian serta peminat adalah Nasi Ayam Penyet! Walaupun nampak simple je hidangan ini tetapi ayam yang dipenyekkan sehingga lembut dihidangkan bersama sambal pasti membangkitkan selera makan korang!
Komponen utama Nasi Ayam Penyet bermula dengan ayam yang dimasak dengan sempurna. Ayam yang diperap menggunakan kombinasi rempah meningkatkan aroma ayam tersebut kemudian diketuk sehingga lembut tau. Biasanya ayam digoreng sehingga lapisan luar ranggup sambil mengekalkan kelembuatan bahagian isinya.
Kemudian, sambal cili dipadankan bersama ayam goreng yang diperbuat daripada campuran cili, bawang merah, bawang putih meningkatkan rasa pedas dalam hidangan untuk mencapai keseimbangan sempurna antara rasa pedas, masam dan umami.
Selain itu, sayur segar seperti hirisan timun dan daun selada menambah tekstur sesuai dipadankan bersama sambal cili dan ayam goreng memberikan kepuasan dan rasa seimbang dengan setiap suapan.
Photo from Che Nom
Haa.. apa kata korang cuba lunch nasi ayam penyet pulak ke kalau dah jemu dengan makan nasi campur je hari-hari kan? Mana tahu tersangkut pulak dengan nasi ayam penyet!
Waktu lunch nak dekat dah ni, lepas baca ni korang nak cuba mana satu? Apa kata ajak rakan sekerja cuba jugak kalau asyik tak tahu je nak makan apa kan. Selamat mencuba!