Keunikan Makanan China di Ampang: Mee Tarik Jalan Sultan Memikat Rasa dan Perhatian Ramai
Psstt ada satu kedai dekat Ampang semakin trendy di media sosial kerana menjual makanan yang menggunakan resipi asli dari China membuatkan ramai orang sanggup beratur untuk menikmati semangkuk mee tarik dan dumpling!
Haa.. korang pernah tak dengar Mee Tarik Jalan Sultan yang popular di kawasan Pasar Seni? Mereka telah buka cawangan baru di Ampang supaya setiap orang dapat menikmati keunikkan makanan yang disajikan oleh mereka.
Kalau korang peminat makanan cina ataupun ingin merasai rasa rempah berbeza daripada budaya makanan kita. Korang wajib singgah di cawangan Ampang kerana mereka memastikan setiap makanan yang dikeluarkan hanya menggunakan resipi dan bahan berkualiti tinggi sahaja.
Photo from Xeeron Xinglong
Selain itu, kedai yang baru sahaja dibuka mempunyai ruang makan yang selesa dan moden supaya korang dapat melepak sambil menikmati makanan sedap dan suasana yang meriah. Haa.. kedai ini pun menjual makanan halal tau! Memang seronok dapat merasai kenikmatana makanan yang sangat berbeza daripada apa yang selalu kita makan kan.
Tapi ada macam-macam lagi membuatkan Mee Tarik Jalan Sultan destinasi wajib untuk korang dapatkan makanan original dari China. Jom!
Apa itu Mee Tarik? Apa Perbezaan Mee Tarik Dengan Mee Kita Selalu Makan!
Photo from Wyman Wong
Haa.. hidangan utama yang wajib korang cuba dekat kedai ini adalah Mee Tarik tau. Kepada mereka yang tidak pernah cuba mee tarik mesti tertanya apakah perbezaan mee tarik dan mee yang selalu kita makan tu kan?
Mee tarik ini juga dikenali sebagai 'Lamian' yang berasal dari China. Perbezaan ketara mee tarik adalah mee ini dihasilkan menggunakan teknik unik iaitu mee ditarik menggunakan tangan untuk menghasilkan mee tersebut.
Cef mahir akan mengulur dan menarik adunan berulang kali sehingga ia membentuk hirisan mee yang panjang dan nipis dengan tekstur kenyal. Selain itu, pelbagai jenis mee boleh dicipta melalui teknik ini bergantung kepada kemahiran cef serta proses menarik dan mengulur adunan tersebut.
Photo from Wyman Wong
Mee yang ditarik dengan tangan datang dalam pelbagai ketebalan dari nipis hingga tebal. Ia bergantung kepada citarasa peribadi dan variasi kawasan. Manakala, Mee Tarik Jalan Sultan memastikan mee mereka tidak terlalu nipis dan tebal supaya korang dapat menikmati rasa asli mee tersebut yang dihasilkan oleh Cef Muslim dari China tau.
Menurut pelanggan tetap, korang wajib cuba Beef Noodle Soup yang diperbuat daripada mee tarik, kuah pekat dan hiasan seperti daun bawang dan hirisan daging untuk menghasilkan hidangan yang tiada tandingan tau!
Setiap mangkuk yang dihasilkan hanya menggunakan mee yang segar dimasak sehingga sempurna untuk memastikan setiap gigitan dipenuhi dengan rasa dan kenyal untuk korang nikmati.
Selain Daripada Mee Tarik, Korang Juga Dapat Menikmati Pelbagai Makanan Asli Dari China
Photo from IG: ssyafiqahmohamad
Apa yang membuatkan kedai ini istimewa dan berbeza adalah menu yang mereka hidangkan untuk pelanggan mereka. Korang bukan sahaja dapat menikmati mee tarik asli daripada China malah korang juga berpeluang untuk menikmati pelbagai makanan klasik yang popular dari negara tersebut tau.
Waktu korang melangkah je masuk ke dalam restoran ini, korang dapat melihat kepelbagaian makanan yang dihidangkan yang pasti membuatkan korang terliur setiap kali melihatnya.
Antara makanan yang wajib korang cuba adalah Lamb Cumin yang merupakan antaa hidangan popular dari China. Hirisan kambing yang diperap menggunakan rempah campuran jintan, bawang putih, garam, lada dan berberapa rempah lain digoreng untuk menghasilkan aroma yang pasti membuatkan korang nak pesan lagi satu!
Selain itu, dumping yang boleh dipesan secara goreng atau kukus pun menjadi kegemaran ramai tau. Korang boleh pilih isi dumpling pilihan iaitu daging, ayam dan kambing dicampurkan bersama sayur, herba dan rempah untuk menghasilkan dumpling yang asli.
Photo from Soraya Yahya
Dumpling yang dihidangkan bersama chilli oil dan cuka memang sesuai dipadankan bersama mee tarik korang tau. Bukan itu je, korang pun boleh pesan scallion pancakes dan bbq skewers yang dihasilkan melalui hirisan daging atau kambing diperap dengan rempah ratus dibakar sehingga sempurna.
Jangan lupa untuk pesan roti mantou iaitu roti lembut dan gebu digoreng sehinggan ranggup keemasan sesuai dicicah bersama kuah mee tarik korang ataupun makan begitu sahaja.
Boleh Dijadikan Port Lepak Bersama Kawan Ataupun Keluarga
Photo from Wyman Wong
Lokasi cawangan baru di Ampang memang membuatkan kedai ini wajib korang kunjungi untuk makan dan melepak bersama kawan ataupun keluarga. Bukan sahaja korang dapat menikmati makanan kulinari yang berbeza malah turut dapat menikmati masa gembira dengan suasana meriah.
Aroma yang dipenuhi dengan makanan sedap pasti membuatkan korang terliur menjadikan kedai ini sesuai untuk memenuhi ruang perut yang kosong tu! Oh, kedai ini juga dibuka dari tengahari sehingga lewat malam jadi korang pun boleh susun jadual untuk makan tengahari, malam ataupun lewat malam tau.
Ruang makan yang selesa, bersih dan moden kadang kala dihidupkan lagi dengan buskers di tepi jalan menambah kepada suasana yang meriah memang sesuai sangat kalau korang dah takda idea nak makan di mana waktu hujung minggu nanti. Menu yang dihidangkan pun bakal memenuhi citarasa masing-masing tidak kisahlah siapa pun.
Kalau tak suka makanan berkuah, korang juga boleh pesan mee tarik goreng tau. Haa.. memang seronok sangat makan dekat kedai ini dengan variasi menu dihasilkan menggunakan resipi asli.
Photo from Wyman Wong
Kesimpulannya, apa kata kalini korang cuba pula makanan dari negara China yang sangat terkenal dengan kepelbagaian rasa dan budaya makanan mereka. Bukan sahaja dapat makan mee tarik, dapat makan dumpling, bbq pun sudah cukup untuk membuatkan korang pasti nak singgah kali kedua untuk menikmati makanan yang tiada tandingan!
📍 30, Jalan Memanda 7, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
⏰ Setiap Hari (12pm - 2am)
❤️ Pilihan Makan Tengah Hari yang Sedap dan Memuaskan: Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Nasi Ayam Penyet | Jom Explore
❤️ Resipi Mudah Untuk Mula Belajar Memasak | Jom Explore