download Jom Explore app
3 Resipi Mudah Untuk Yang Mula Belajar Memasak

3 Resipi Mudah Untuk Yang Mula Belajar Memasak

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 19 Jun 2023
Digital Editor

Tidak semua orang mempunyai skil kemahiran asas seperti memasak kerana selalunya tidak diajar oleh ibu bapa. Maklumlah, nak memasak ini kena la pandai dulu kan tapi untuk orang tak reti masak korang boleh cuba ikuti resipi mudah yang min tulis untuk mula belajar memasak!

Maklumlah, memasak merupakan antara kemahiran penting yang akan banyak membantu kita dalam kehidupan sebagai contoh ia dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan daripada asyik makan dekat luar je. Kalau korang tahu asas-asas memasak lauk yang korang biasa makan tu sebenarnya mudah sahaja!

Selain itu, memasak juga boleh dijadikan sebagai sebuah hobi baru untuk korang belajar memeskpresi kan kreativiti individu melalui resipi-resipi tersendiri tau. Korang bukan sahaja dapat belajar resipi baru malah menukar mengikut citarasa tersendiri untuk mencipta resipi baru yang akan memenuhkan waktu-waktu bosan.

Memasak Merupakan Antara Skill Penting Wajib Korang BelajarPhoto from Canva

Haa.. menarik kan belajar memasak ni? Asalkan korang tahu beli bahan, menggunakan pisau dan dapur api korang ikut je langkah-langkah dan bahan yang min dah tulis untuk mula belajar memasak resipi yang sesuai untuk memulakan karier kulinari korang. Jom!

Nasi Goreng Berlauk Ayam Paprik!

Nasi Goreng Ayam Paprik Ni Nampak Susah Tapi Mudah JePhoto from flickr

Selalunya untuk korang yang baru nak belajar masak ni memang sesuai sangat untuk mengenali resipi asas seperti nasi goreng. Memang rugi kalau tak pandai masak nasi goreng kerana langkahnya mudah sahaja sebenarnya.

Perbezaan kalini adalah ayam paprik yang akan menambah sedikit aroma serta nikmat ke dalam nasi goreng korang tau. Ia bukan sahaja melengkapkan lagi hidangan korang malah ia juga akan membuatkan hidangan nampak lebih professional macam korang makan di kedai tau.

Bahan-bahan yang korang perlukan adalah:
2 cawan nasi (lebih baik lebihan nasi semalaman)

200g daging ayam tanpa tulang

1 Buah Cili merah

1 Bawang Besar dihiris

3 Ulas Bawang Putih dihiris nipis

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar kicap soya

1 sudu besar sos tiram

1/2 sudu teh lada hitam & garam

2 sudu besar minyak masak

Bawang daun cincang & Bawang goreng (hiasan)

Langkah-langkah untuk masak mudah sahaja, ikut langkah ini:

Panaskan minyak masak dalam kuali dengna api sederhana. Kemudian, masukkan bawang putih cincang dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali dan tumis selama satu ke dua minit sehingga naik bau harum dan bawang menjadi layu.

Seterusnya, masukkan daging ayam yang dihiris ke dalam kuali dan tumis sehingga ayam masak dengan sedikit keperangan. Jangan terlebih masak! Nanti ayam korang boleh jadi kering tau.

Masukkan lada merah dan lada hijau yang dihiris dan teruskan tumis selama beberapa minit sehingga lada sedikit lembut.

Dalam mangkuk kecil, campurkan sos tomato, sos cili, kicap soya, sos tiram, gula, garam, dan lada hitam sehingga sebati tau. Tuangkan campuran sos ke dalam bahan dalam kuali.

Kalau Dah Pandai Masak Lepas NI Mudah Lah Hidup KorangPhoto from foodpanda

Tumiskan semua bahan-bahan sehingga campuran sos digaul pada setiap ayam dan sayur. Teruskan menumis sehingga sebati dan masukkan nasi ke dalam kuali pula.

Hancurkan segala ketulan nasi dan tumis selama berberapa minit untuk berkenalan dengan campuran ayam dan sayuran tersebut.

Pastikan segala bahan dicampur dengan baik dan teruskan menumis selama 3-4 minit lagi untuk memastikan nasi korang panas dan setiap bahan dimasak dengan baik tau.

Seterusnya tambah sedikit perasa seperti lada hitam, gula dan garam mengikut citarasa korang dan hidangkan bersama hiasan yang ada.

Kuey Teow Goreng

Kuey Teow Goreng Memang Sedap!Photo from ajinamoto food

Kalau korang pergi ke Penang memang wajib korang cuba masakan ini selain daripada Nasi Kandar betul tak? Kuey Teow goreng memang terkenal di negeri tersebut dan senang sahaja untuk masak tau.

Sama seperti resipi nasi goreng sebelum ini, korang juga boleh menambah bahan lebihan seperti ayam, daging, kerang ataupun udang untuk menambah sedikit tekstur dan kelainan dalam resipi korang.

Paling penting dalam memasak adalah mencuba! Jangan takut kalau untuk kali pertama masakan korang tidak menjadi kerana itulah proses belajar memasak.

Bahan-bahan yang korang perlukan:

250g kuey teow (rendam dalam air panas sehingga lembut & toskan)

200g ayam atau daging atau udang yang dihiris

2 ulas bawang putih, dicincang halus

1 ulas bawang kecil, dihiris

2 biji telur, dipukul

1 cawan taugeh

1 cili mereha, dihiris (kalau korang ingin sedikit kepedasan)

2 sudu besar sos soya

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap manis

1 sudu teh cili giling

1/2 sudu teh gula & garam

Minyak masak

Langkah-langkah untuk masak mudah sahaja, ikut langkah ini:

Seperti biasa panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali menggunakan api sederhana tinggi. Tambahkan bawang putih cincang dan bawang ke dalam minyak panas.

Tumis selama satu minit sehingga naik bau dan bawang menjadi lutsinar. Masukkan ayam atau daging dan tumis sehingga masak sedikit. Kalau korang menggunakkan udang, masak sehingga berubah menjadi warna merah muda tau.

Kemudian, tuangkan telur di bahagian tengah dan kacau sehingga masak dan masukkan kuey teow dan gaulkan semua bahan bersama-sama untuk sesi berkenalan.

Selepas itu, campurkan bahan sos dan gula dan garam ke dalam satu mangkuk kecil dan tuangkan campuran itu ke dalam kuali korang.

Dapat Sepinggan Panas-Panas Puas HatiPhoto from maggie

Tambahkan taugeh dan cili merah yang dihiris (jika digunakan) ke dalam kuali dan teurskan menumis selama beberapa minit sehingga taugeh layu sedikit tetapi masih ranggup.

Tambahkan perasa jika diperlukan mengikut citarasa korang dan hidangkan panas bersama hiasan seperti taugeh dan perasan limau nipis.

Ayam Goreng Kunyit

Ayam Goreng Kunyit Lauk Paling Versatail Untuk BelajarPhoto from resipichenom

Kalau pergi makan malam dekat kedai tomyum, lauk wajib kita order untuk makan dengan nasi putih adalah ayam goreng kunyit! Tipu lah tak pernah menikmati lauk yang mudah tapi sangat sedap kan.

Ayam goreng kunyit bukan sahaja mudah untuk masak malah antara lauk paling versatail untuk korang belajar tau kerana ia memang sesuai dipadankan dengan pelbagai hidangan lain.

Bahan-bahan yang korang perlukan adalah seperti:

500g ketul ayam pelbagai bahagian (seperti peha, sayap, daada)

2 sudu besar serbuk kunyit

1 sudu kecil serbuk cili (kalau korang nak sedikit pedas)

1 sudu besar serbuk ketumbar 

1 sudu kecil serbuk jintan manis

4 ulas bawang putih dicincang halus

2 bawang kecil dicincang halus

1 sudu kecil sos tiram

1 sudu kecil gula, garam & lada hitam

Minyak masak

Langkah-langkah untuk masak mudah sahaja, ikut langkah ini:

Dalam sebuah mangkuk, campurkan serbuk kunyit, serbuk cili (jika digunakan), serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, bawang putih cincang, bawang kecil cincang, sos tiram, gula, garam dan lada.

Gaul sehingga rata sehinggan menjadi aduan untuk perap ayam korang tau. Kemudian, masukkan ketulan ayam untuk diperap dan pastikan setiap ketulan ayam diperap sepenuhnya tau.

Korang perlu perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit, lebih lama lebih baik tau! sebelum korang mula proses masakkan.

Lauk Simple Camni Pun Dah Sedap Tau!Photo from maggie

Panaskan minyak ke dalam kuali dengan api sederhana dan masukkan ketulan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Goreng ayam korang selama 10-12 minit sehingga dimasak sepenuhnya dan elakkan terlebih masak tau.

Kemudian hidangkan ayam goreng kunyit korang bersama sepinggan nasi putih untuk dinikmati bersama tau! Baru lah puas hati nak makan sampai kenyang.

Haa.. mudah je kan nak belajar masak ni kan? Apa kata korang cuba dahulu resipi mudah ini untuk memulakan perjalanan karier kulinari korang. Selamat mencuba!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok