download Jom Explore app
Revolusi Gaya Fesyen di Tempat Kerja: Terokai Kehebatan Athleisure yang Trendy dan Selesa!

Revolusi Gaya Fesyen di Tempat Kerja: Terokai Kehebatan Athleisure yang Trendy dan Selesa!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 21 Jun 2023
Digital Editor

Kitaran trend dalam dunia fesyen bergerak dengan sangat pantas menjadikkan trend pakaian kita berubah secara drastik. Tidak semua trend bersesuaian dengan gaya hidup kita. Tapi, ada satu gaya yang sangat sesuai untuk korang yang nak kekal bergaya tetapi masih berada dalam keadaan selesa walaupun berada dalam ofis!

Haa.. korang pernah dengar trend fesyen bernama 'Athleisure' yang menggabungkan elemen pakaian sukan dengan pakaian kasual harian. Ia mengubah cara pemakaian sesoerang invidu yang inginkan pakaian selesa serta fungsi tanpa mengorbankan gaya. Ia bukanlah gaya untuk pergi ke gim tetapi ia masih sesuai untuk korang yang kerja tempat formal.

Istilah athleisure datang daripada gabungan perkataan athletic (sukan) dan leisure (santai) mencerminkan gaya trend ini. Trend ini terhasil melalui peningkatan untuk pakaian yang boleh adaptasi daripada gim ke tempat sosial lain membolehkan individu masih bergaya dan selesa sepanjang hari.

Ciri utama untuk dapatkan gaya ini adalah pemilihan pakaian yang betul yang selalunya menggunkan kain fabrik yang selesa, fleksibel serta menyerap peluh untuk memberikan keselesaan maksimum dan pergerakan bebas. Selain itu, pakaiannya menggabungkan elemen ini dengan gaya pakaian kasual harian yang selalu korang pakai.

Inilah Gaya Athleisure!Photo from Pinterest

Atleisure menjadi semakin popular kerana lebih ramai orang memberi fokus kepada tahap kesihatan dan ingin mengekalkan gaya hidup aktif. Melalui trend ini mereka dapat kekal fit dan aktif walaupun berada di mana-mana sahaja serta kekal bergaya.

Haa.. menarik kan trend ini? Nak tahu bagaimana korang nak dapatkan gaya ini senang je. Korang baca sampai habis dulu. Jom!

Kunci Utama Adalah Mencari Pakaian Yang Selesa

Paling Penting Dalam Dunia Athleisure Adalah KeselesaanPhoto from Pinterest

Sebelum korang membeli pakaian baru, korang kena memahami gaya athleisure terlebih dahulu. Athleisure bermula dengan keseimbangan kekal selesa tetapi masih bergaya tanpa usaha yang tinggi. Gaya ini ideal untuk korang yang mempunyai gaya hidup sibuk.

Pakaian gaya ini membolehkan korang pergi ke mana-mana sahaja seperti dari ofis ke gim ke tempat melepak tanpa kelihatan asing. Haa.. sebab itu sebelum membeli pakaian pastikan pakaian pilihan korang memberi keselesaan tidak kira dekat mana pun korang berada.

Jenis pakaian athleisure bukanlah pakaian sukan semata-mata, kerana ia bergabung dengna pakaian kasual korang perlu mencari pakaian seperti baju, seluar, jaket yang menggunakan aspek pakaian sukan. Sebagai contoh, sweatpants yang selesa mempunyai cutting slim-fit kelihatan lebih kemas dan sesuai untuk acara formal berbanding sweatpants biasa.

Setiap Pakaian Athleisure Kena SelesaPhoto from Pinterest

Selalunya, kain yang digunakan lebih selesa berbanding pakaian kasual korang. Kemeja, hoodie dan baju t-shirt akan menggunakan fabrik teknikal yang bersesuaian untuk pergi bersukan tetapi kelihatan lebih sesuai untuk berpakaian dalam ofis.

Cari Pakaian Yang Minimal Serta Tidak Mempunyai Logo Besar

Pakaian Minimal Kurang Logo Sesuai Dengan AthleisurePhoto from Pinterest

Kebanyakkan pakaian yang kita sering terjebat untuk beli mempunyai logo untuk menunjukkan brand tersebut tetapi untuk gaya athleisure ni korang kena pilih pakaian yang lebih minimalis yang tidak mempunyai logo memberi fokus kepada kualiti serta gaya potongan pakaian tersebut.

Selalunya, pakaian gaya minimalis mempunyai potongan serta siluet yang kemas dan tailored untuk mencantikkan lagi struktur badan korang tau. Korang akan kelihatan lebih kemas dan formal tetapi masih selesa membuatkan penampilan korang nampak begitu sahaja.

Pakaian yang lebih minimal membuatkan korang boleh padankan dengan pelbagai jenis pakaian memberikan korang lebih daripada satu jenis gaya walaupun memakai pakaian yang sama!

Selalunya Pakaian Minimal Lebih Berkualiti Tinggi!Photo from Pinterest

Bukan itu je tau, pakaian yang minimal selalunya akan diperbuat daripada kualiti yang lebih tinggi kerana ia memberi fokus kepada siluet dan gaya berbanding fokus kepada logo semata-mata.

Haa.. nak cari pakaian macam ni senang je terdapat pelbagai jenama menjual pakaian gaya minimalis, korang hanya perlu cari yang bersesuaian dengan gaya korang sahaja.

Gaya Athleisure Pentingkan Keseimbangan Untuk Menghasilkan Gaya Ini!

Kekemasan Dan Keseimbangan Adalah Penting Untuk Gaya AthleisurePhoto from Pinterest

Dalam dunia athleisure ia tidak tertakluk pada satu jenis gaya sahaja, ia mempunyai pelbagai jenis gaya dan kombinasi tetapi masih perlu dikawal supaya tidak menjadi gaya yang lain.

Korang boleh pakai baju t-shirt longgar bersama tailored sweatpants ataupun kemeja bersama jaket teknikal untuk menghasilkan gaya athleisure paling senang. Selain itu korang perlu pentingkan tentang keseimbangan pemilihan pakaian korang tau.

Jika korang pakai baju yang longgar, korang perlu seimbangkan dengan seluar yang kemas dan bertentangan daripada longgar untuk menghasilkan gaya elemen atheleisure. Jika tiada keseimbangan, gaya athleisure memang tidak akan terhasil tau!

Walaupun kebanyakkan pakaian sukan direka untuk aktiviti fizikal, korang perlu pandai memilih pakaian untuk dipadankan dengan gaya yang bersesuaian untuk diadaptasi untuk pelbagai acara tidak kisah kasual ataupun formal.

Athleisure Bermula Dengan Keseimbangan Pakaian KorangPhoto from Pinterest

Korang juga boleh melihat selebriti yang menggayakkan gaya athleisure yang semakin trendy di platform media sosial untuk mendapatkan inspirasi. Athleisure merupakan trend fesyen yang teleh merevolusi cara orang berpakaian.

Ia menawarkan keseimbangan yang sempurna antara keselesaan, fungsi, dan gaya, membolehkan individu mengamalkan gaya hidup aktif sambil tetap kelihatan secara bergaya dengan mudah. Sama ada untuk senaman, urusan harian, atau bersantai gaya athleisure memang sesuai kalau korang nak tingkatkan gaya tetapi masih ingin kekalkan keselesaan dalam apa-apa situasi.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok