download Jom Explore app
3 Jenis Pakaian Asas Wajib Lelaki Ada!

3 Jenis Pakaian Asas Wajib Lelaki Ada!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 20 Jun 2023
Digital Editor

Memiliki gaya fesyen tersendiri bukan satu perkara mudah. Untuk lelaki yang ingin tampil bergaya perlu memberi fokus kepada pemilihan pakaian yang akan menghasilkan gaya tersendiri bebas daripada trend. Haa.. sebab itulah korang perlukan pakaian asas dahulu untuk membina gaya serta personaliti lebih menarik

Fesyen bukan lah sebuah perkara asing bagi lelaki. Di platform media sosial, terdapat pelbagai content yang mengajar lelaki untuk memahami fesyen serta membeli pakaian mengikut trend untuk nampak lebih bergaya.

Sebenarnya, fesyen ini adalah kitaran roda. Trend akan pergi dan kembali dan apa yang korang pakai harini mungkin tidak trendy keesokannya. Tetapi, gaya serta personaliti tersendiri akan membezakan korang daripada yang lain dan membuatkan korang tetap bergaya walaupun tidak mengikut trend!

Ia semuanya bermula dengan memilih pakaian asas korang dengan betul mempunyai sifat 'longevity' yang mampu berkekalan untuk selama-lamanya. Korang akan kelihatan segar, bergaya tidak kira pada masa sekalipun. Paling penting sekali adalah mengetahui perkara apa yang korang perlu beli dan tidak perlu beli.

Gaya Fesyen Tersendiri Bermula Dengan Pemilihan Pakaian AsasPhoto from Pinterest

Haa.. menarik kan? fesyen ini mudah sahaja kalau korang tau apa yang perlu dilihat dan diberi fokus tapi mesti korang nak tahu jugak jenis pakaian asas yang wajib ada dalam almari. Jom!

Memiliki Pelbagai Koleksi T-shirt Berkualiti Tinggi!

Baju T Shirt Sangat Penting Untuk Membina Gaya KorangPhoto from Pinterest

Memiliki gaya tersendiri mermelukan pefahaman tentang jenis pakaian serta fesyen untuk menghasilkan sebuah gaya unik mengikut personaliti korang. Kalau korang melihat pakaian sebagai pelengkap dan jika digabungkan mampu mencipta sebuah gaya nescaya korang dapat memahami proses untuk membina gaya korang.

Pakaian yang perlu diberi fokus adalah pakaian asas yang korang pakai secara kerap. Antara pakaian asas wajib korang miliki dalam almari adalah koleksi t-shirt yang berkualiti tinggi dalam pelbagai warna dan gaya.

Baju T-shirt merupakan pakaian paling popular yang dipakai hampir setiap hari oleh sesiapa sahaja. Memilih yang berkualiti tinggi akan menjimatkan bajet korang serta membuatkan pakaian korang tahan lebih lama.

Selain itu, baju t-shirt merupakan hiasan untuk melengkapkan outfit korang kerana ia boleh dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian yang lain tanpa merosakkan keseluruhan gaya korang.

Baju T Shirt Senang Untuk Dipadankan Dengan Pakaian LainPhoto from Canva

Pastikan korang membeli warna asas seperti hitam, putih dan kelabu dahulu sebelum membeli warna neutral dan pastel seperti biru, hijau, coklat, merah untuk kembangkan gaya mengikut situasi.

Jangan lupa, pastikan baju t-shirt memiliki saiz yang korang inginkan, adakah korang suka oversize fit? ataupun classic fit yang membuatkan korang lebih kemas dan maskulin.

Hidup Takkan Lengkap Kalau Tiada Sepasang Seluar Jeans

Sepasang Seluar Jeans Ibarat Kawan Baik Bagi Seorang LelakiPhoto from Pinterest

Sepasang seluar jeans ibarat kawan rapat bagi seorang lelaki. Setiap tahun jeans akan sentiasa muncul dalam dunia fesyen kerana ia tidak akan pernah lapuk. Ia merupakan salah satu pakaian ikonik membawa simbol selesa, tahan lasak dan bergaya. Hidup korang memang takkan lengkap kalau tiada sepasang jeans yang selesa dengan korang!

Jeans juga merupakan antara pakaian asas yang korang wajib ada dalam almari korang tetapi memahami reka bentuk jeans yang sesuai dengan bentuk kaki korang merupakan antara tugasan paling susah sekali untuk seorang lelaki. Antara siluet jeans yang min rekomen adalah classic straight cut, slim-fit dan skinny fit.

Setiap siluet ini direka mengikut bentuk kaki korang. Min rekomen untuk korang pilih gaya klasik straight cut kerana ia tidak terlalu ketat atau lebar dan amat mudah untuk setiap bentuk kaki. Selain itu, gaya klasik ini memang cantik dipandankan dengan pelbagai jenis kasut seperti but, sneakers ataupun kasut kulit.

Gaya klasik ini juga akan membuatkan korang nampak lebih maskulin dan bergaya di mata perempuan. Paling penting sekali adalah memilih warna indigo asli yang sinonim dengan jeans. Warna ini adalah warna asal jeans sebelum melalui proses bleaching yang akan melunturkan warna gelap indigo menghasilkan warna biru cair.

Seluar Jeans Indigo Mempunyai Gaya Klasik Dan Tak Lapuk Sepanjang ZamanPhoto from Pinterest

Warna indigo amat sesuai dipadankan dengan setiap jenis pakaian yang korang ada. Bukan itu je tau, jeans berwarna indigo pun boleh dipakai secara kasual ataupun formal!

Memang pelengkap utama untuk membuatkan gaya korang lebih klasik tetapi masih kekal dengan personaliti tersendiri.

Suit Hitam Untuk Pergi Dating!

Suit Hitam Yang Versatail Boleh Dipakai Hampir Setiap HariPhoto from Pinterest

Kalau korang perasan memiliki sepasang suit penting tau sebagai seorang lelaki kerana ia boleh dipakai untuk situasi yang memerlukannya. Haa.. takkan lah kalau korang pergi ke interview kerja tidak berpakaian kemas kan?

Min syorkan untuk korang beli sepasang suit berwarna hitam yang berkualiti tinggi supaya ia akan berkekalan sepanjang hayat dan tidak mudah rosak. Selain itu suit yang berkualiti mempunyai style dan cutting yang lebih sesuai mengikut bentuk badan korang.

Haa... suit ni bukan boleh pakai waktu formal je tau, korang boleh pakai secara berasingan untuk menghasilkan style yang digelar 'street smart' atau 'smart casual' yang diminati oleh ramai.

Korang nak pergi dating pun sesuai pakai suit barulah pasangan korang untuk menawan hati mereka dengan penampilan serta gaya korang.

Nak Pergi Dating Memang Sesuai Sangat Pakai SuitPhoto from Pinterest

Haa.. pakaian asas ini akan sedikit sebanyak membantu kornag untuk mencipta sebuah gaya yang unik mengikut personaliti korang serta gaya hidup korang akan menentukan bagaiman gaya korang akan terhasil.

Paling penting adalah untuk kekal ekspresi kan diri melalui personaliti dalam gaya korang!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok