Nasi Lemak Paling Sedap Di Kg Baru, KL!
Terletak di tengah kota raya di Kg Baru, Kuala Lumpur, Nasi Lemak Kak Chuk tetap dipenuhi dengan pelanggan yang sanggup beratur untuk menikmati antara Nasi Lemak paling sedap sejak tahun 2000 lagi tau! Ini port wajib bagi orang KL untuk menikmati nasi lemak yang mempunyai keunikkan tersendiri.
Sudah 23 tahun Nasi Lemak Kak Chuk membuka kedainya untuk menghidangkan nasi lemak kepada pelanggan di kawasan Kg Baru yang memang terkenal sebagai destinasi wajib untuk mencari makanan Malaysia dengan harga yang berpatutan.
Sejak tular di platform media sosial, semakin ramai mengetahui kedai ni yang dahulunya lebih dikenali melalui mulut ke mulut menjadikkan pencita nasi lemak menobatkan kedai ini antara yang terbaik berbanding saingannya.
Haa.. kalau sebut pasal nasi lemak ni setiap orang Malaysia memang wajib makan lah! Tak sah kalau tak dapat nasi lemak dalam hidup ni sampaikan setiap orang mempunyai kriteria serta pendapat masing-masing untuk menentukan bagaimana nasi lemak boleh jadi sedap atau tidak.
Photo from IG: nasilemakkakchuk
Kalau tanya min, min lebih suka nasi lemak yang tidak berberapa pedas dengan ayam goreng berempah lembut! barulah puas hati nak melantak pagi sebelum gi kerja kan. Tapi, korang tahu tak ada rahsia kenapa Nasi Lemak Kak Chuk ni digilai ramai tau.
Korang wajib baca sampai habis kalau nak tahu rahsia kedai ini. Jom!
Hidangan Utama Nasi Lemak Ayam Goreng Dengan Sayur Kangkung Membawa Keunikkan Tersendiri
Photo from Iqbal Hidayat Hamizul
Kalau tanya setiap rakyat Malaysia, makanan paling digemari dan paling ikonik semestinya adalah nasi lemak yang mempunyai tempat istimewa dalam hati masing-masing. Dari kecil sehingga ke dewasa, nasi lemak merupakan asam garam identiti budaya makan di negara kita.
Hidangan yang wangi dan aromatik bermula dengan nasi yang dimasak dalam santan dan daun pandan untuk menghasilkan tekstur krimi serta aroma wangi membezakkan nasi lemak daripada nasi lain.
Kriteria wajib untuk hidangan nasi lemak sempurna mesti wajib ada kawan-kawannya seperti telur, timun, ikan bilis, kacang dan paling pentingg adalah sambal! Sambal adalah jiwa kepada nasi lemak yang dihasilkan dengan mengisar cili merah dengan bawang serta rempah ratus untuk memberikan sedikit 'ummph'
Photo from IG: nasilemakkakchuk
Haa.. kalau di Nasi Lemak Kak Chuk, menurut pelanggan tetap mereka. Nasi lemak di sini bukan sahaja aromatik, wangi, berlemak dan sedap malah sambal dia memainkan peranan penting tau menambah lebih rasa unik kepada hidangan ini. Paling penting sekali adalah, korang wajib makan dengan sayur kangkung tau! Kalau takda sayur kangkung bukan Nasi Lemak Kak Chuk la.
Selain itu, kalau korang ingin kunjungi kedai ini. Korang wajib datang awal kerana memang ramai pelanggan sanggup beratur untuk mendapatkan sepinggan nasi lemak disini untuk memulakan hari mereka tau. Kalau datang lambat memang habis lah jawabnya kan.
Resipi Turun Temurun Menggabungkan Resipi Indonesia Dan Melaka
Photo from FB: nasilemakakchuk
Untuk menghasilkan nasi lemak yang sedap, tukang masak perlu mencipta resipi tersendiri yang menjadikkan nasi lemak mereka berbeza dari penjual nasi lemak yang lain.
Menurut pelanggan mereka, Kak Chuk membawa masakkannya menggunakan resipi turun temurun dari bapanya yang mempunyai latar belakang Indonesian. Haa.. sebab itu terdapat berberapa lauk Minang seperti ayam kalio turut menjadi kegemaran ramai tau.
Selain itu, sayur kangkung merupakan resipi belah ibunya daripada budaya Melaka menghasilkan sebuah kombinasi yang dipenuhi dengan rasa yang sedap sahaja.
Lauk-pauk yang dihasilkan oleh Kak Chuk bermula dengan resipi keluarganya sendiri. Ayam goreng berempah yang menjadi kegemaran ramai digoreng sehingga lembut dipadatkan dengan pelbagai jenis rempah ratus untuk memastikan setiap gigitan tersebut akan dipenuhi dengan nikmati rasa yang kompleks.
Photo from Gabriel Ho
Korang juga boleh menikmati pelbagi jenis sambal tau seperti sambal sotong, sambal ayam, rendang ataupun paru-paru goreng yang ranggup untuk melengkapkan hidangan nasi lemak korang.
Sambal yang dimasak pula tidak terlalu pedas tetapi masih cukup rasa dan bersesuaian dengan setiap deria rasa masing-masing! Min faham kadang kala korang tidak berapa suka nasi lemak yang sambalnya terlalu pedas kan! boleh potong stim.
Kalau Terlepas Shift Pagi, Shift Malam Pun Ada Tau!
Photo from FB: nasilemakakchuk
Haa.. mesti korang baca sampai sini dah terliur dan tak sabar nak pergi ke Kg baru untuk melantak nasi lemak Kak Chuk kan? Tapi korang jangan risau tau kerana kalau korang terlepas di waktu pagi. Korang juga boleh menikmati nasi lemak pada sebelah malam pula.
Sebelum ini, Nasi Lemak Kak Chuk hanya buka pada lewat malam sehingga pagi keesokkannya untuk memenuhi pelanggannya yang inginkan nasi lemak panas pada waktu malam. Namun, sejak era pandemik. Korang boleh dapatkan nasi lemak bermula pagi untuk sarapan atau belah malam untuk makan malam.
Nasi lemak yang dihidangkan pun segar dan panas-panas tau! Bila korang sampai sahaja ke kedai Kak Chuk, korang dapat sepinggan nasi lemak yang segar dan panas tidak kira lah dah pukul berapa pun.
Selain itu, harga yang ditawarkan pun berbaloi dan berpatutan jugak tau. Setiap hidangan nasi lemak akan dicaj bergantung lauk yang diambil oleh korang jadi korang bolehlah lakukan sebuah bajet sebelum makan disini.
Photo from James Oh
Bukan itu je tau, terdapat tempat duduk di kedai Kak Chuk tetapi sedikit terhad dan selalunya pelanggan mereka lebih gemar bungkus berbanding makan di kedai.
Keseluruhannya, kalau korang inginkan nasi lemak panas tidak kisah pagi atau malam apa kata korang singgah ke Nasi Lemak Kak Chuk ni dan nikmati sendiri keunikkan nasi lemak bersama sayur kangkung yang digilai ramai!
📍1, Jalan Daud, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰Selasa - Ahad (6:30 am - 11:30 am / 5:30 pm - 10 pm) Tutup Hari Isnin
❤️Restoran Mamak Terbaik di Lembah Klang untuk Lepak Malam | Jom Explore
❤️Slow Wood Coffee: Kafe Cantik di Mont Kiara untuk Hilangkan Stress & Nikmati Kopi yang Berkualiti | Jom Explore