Tips Upgrade Gaya Dengan Bajet Terhad!
Naluri kita untuk meningkatkan gaya hidup kita dianggap perkara yang biasa. Maklumlah, kita ni mudah terpedaya serta cepat bosan lagi-lagi sejak kemunculan pelbagai platform media sosial. Sudah tentu kita pun ingin kelihatan lebih bergaya berbanding sebelum ni kan tapi betul ke ia memerlukan bajet yang banyak?
Haa.. mesti perkara utama yang menghalang korang untuk tukar gaya adalah bajet betul tak? Dalam pemikiran korang, untuk membina almari pakaian yang baru memerlukan sebuah bajet yang besar untuk beli semula pakaian trendy untuk tampil lebih bergaya seperti seorang influencer.
Sebenarnya tidak perlu pun. Korang boleh membina almari pakaian dengan bajet terhad tanpa mengorbankan gaya ataupun kualiti pakaian korang tau. Membersihkan pakaian dan gaya korang yang lama adalah lebih seni daripada sains sebenarnya.
Photo from Pinterest
Kalau korang tersilap langkah, boleh sakit kepala tau kerana ia adalah proses yang memakan masa, menimbulkan stress dan turut mempunyai sedikit elemen emosi kerana setiap pakaian korang mempunyai memori-memori yang akan membangkitkan kenangan pahit ataupun manis.
Haa.. sebab itulah Min sedia membantu korang untuk memberi korang tips mudah supaya korang tampil lebih bergaya dan berjaya untuk 'upgrade' diri dengan percangan serta pembelian yang bijak tau. Jom!
Jangan Buang Semua Pakaian Korang Tu! Lihat Dahulu Apa Yang Boleh Diselamatkan Terlebih Dahulu
Photo from Canva
Gaya pemakaian sesorang terikat kepada satu fasa dalam kehidupan kita. Apabila kita melangkah ke fasa baru, pakaian kita akan berubah secara semula jadi kerana minda serta rasa kita mula berubah. Haa.. sebab itulah korang sentiasa inginkan gaya baru dan tukar sepenuhnya gaya korang tau.
Tetapi, sebelum memulakan proses ini jangan buang semua pakaian korang! Mulakan dengan menilai pakaian korang dan mengenal pasti kekurangan pakaian korang. Lalu, buat senarai barang-barang asas yang korang perlukan untuk mengelakkan pembelian mengikut nafsu.
Selain itu, semak setiap helai pakaian dalam almari dan kategorikan ke dalam dua timbunan iaitu Simpan dan Sumbang. Cara ini akan membantu korang untuk mengenal pasti pakaian yang kerap pakai dan jarang korang pakai tu!
Photo from Canva
Paling penting adalah korang kena jujur dengan diri sendiri, terima kenyataan untuk melepaskan pakaian dan teruskan walaupun proses ini sukar untuk dilakukan.
Bukan itu je tau, mungkin terdapat berberapa pakaian yang boleh disimpan bersesuaian dengan gaya baru korang tu jadi korang perlu pertimbangkan nilai pakaian ni supaya korang tidak akan berulang kembali proses yang sama seperti ini! Kalau korang teragak-agak Min syorkan untuk sumbang terus daripada bertimbun.
Sediakan Sebuah Bajet Untuk Beli Pakaian Baru Supaya Tidak Terlebih Belanja
Photo from Pinterest
Proses paling menyeronokkan ketika menukar gaya korang adalah membeli pakaian baru! Siapa je tak suka pergi ke pelbagai kedai dan pilih pakaian baru dan mencuba pakaian baru kan?
Haa.. proses ini akan menjadi susah apabila korang tidak menguruskan perbelanjaan wang dengan bijak. Apabila korang tidak mempunyai bajet yang disediakan, korang akan lebih cenderung untuk melakukan kesilapan pertama iaitu membeli mengikut nafsu sekaligus menyebabkan almari korang akan penuh dengan pakaian yang korang tidak akan pakai.
Sebab itulah korang perlu memiliki bajet yang telah ditetapkan untuk mencegah daripada perkara ini berlaku. Korang pun boleh catatkan pakaian yang perlu diganti ataupun beli supaya korang lebih peka serta bijak dalam menguruskan pembelian korang itu!
Photo from Pinterest
Selain itu, pastikan korang fokus kepada pakaian yang berkualiti tinggi tau kerana ia akan tahan lebih lama serta nampak lebih baik. Utamakan dalam pakaian asas yang kerap dipakai seperti t-shirt, jeans yang boleh digayakan secara formal ataupun kasual tau.
Haa.. korang sebenarnya tidak perlu tergesa-gesa untuk membeli pakaian baru tau kerana membina gaya baru memerlukan masa dengan asas pakaian yang kukuh supaya gaya baharu itu dapat dicapai.
Bina Satu Moodboard Untuk Ketahui Gaya Apa Korang Inginkan Supaya Gambaran Lebih Jelas Tau
Photo from Pinterest
Moodboard adalah alat visual untuk membantu korang dalam berkomunikasi dan menyusun idea, konsep dan inspirasi untuk sesuatu projek. Ia merupakan koleksi gambar, tekstur, warna, teks secara kolektif menggambarkan suasana, tema atau estetika yang diinginkan.
Apabila korang ingin mengubah gaya pakaian, moodboard akan banyak membantu korang untuk memahami konsep gaya yang diinginkan tau. Ia membolehkan korang meneroka elemen visual, menguji warna serta menentukan gaya korang membuatkan lebih unik.
Selain itu, ia membantu korang untuk mengumpulkan inspirasi dari pelbagai sumber dan menggabungkannya menjadi satu visi yang kohesif. Jadi, gaya yang korang inginkan akan menjadi lebih konsisten serta membantu untuk korang lakukan keputusan lebih bijak tau.
Haa.. apabila dah ada moodboard korang akan gunakannya sebagai rujukan dan panduan untuk membuat keputusan ketika membeli pakaian ataupun memahami elemen estetika dalam gaya baru itu. Bukan itu je tau, proses ini turut memakan masa kerana ia akan menghasilkan sebuah gaya unik yang hanya korang sahaja yang dapat melihatnya.
Photo from Pinterest
Jadi, apa kata korang belajar buat moodboard pulak ke? Mana tahu selepas ini korang lebih bergaya berbanding rakan-rakan korang tu!
❤️ Cinta Jarak Jauh: Menyelami Ombak Hubungan di Tepian Waktu - Tips dan Inspirasi | Jom Explore
❤️ Pemakaian Kasut Kulit Lelaki: Trendy di Media Sosial | Jenis Kasut Kulit yang Wajib Dalam Koleksi Anda | Jom Explore