Nasi Ayam Authentik Tersembunyi Di Ampang
Siapa sini penggemar nasi ayam? Korang tahu tak terdapat sebuah kedai tersembunyi di Ampang menyajikan Nasi Ayam Hainan authentik sebijik macam resipi asli punya tau siap menggunakan bahan halal lagi dan yang tahu je tahu tau kewujudan kedai ini.
Selain daripada nasi lemak antara makanan yang rakyat Malaysia secara tak sedar yang ramai makan hampir setiap hari adalah Nasi Ayam tau! Kombinasi mudah nasi dan ayam bukan sahaja dapat mengenyankan kita malah mempunyai aroma serta rasa tersendiri.
Photo from SH CL
Korang pergi lah mana-mana, memang wajib jumpa kedai yang akan jual nasi ayam! Tetapi kan, kalau korang singgah ke Ampang. Kim Kee Nasi Ayam Hailam aroma ayam bakar pasti membuatkan korang terliur.
Haa.. mesti korang nak tahu kan apa yang menariknya tentang kedai yang tersembunyi serta antara port rahsia orang Ampang sembunyikkan dari orang ramai. Jom!
Nasi Ayam Hainan Authentik Hanya Di Kim Kee Nasi Ayam Hailam!
Photo from IG: kimkee_nasiayamhainan
Nasi ayam merupakan antara hidangan paling popular dalam negara kita. Setiap negeri dan kedai akan menjual variasi nasi ayam mengikut resipi masing-masing tau. Tetapi, mereka masih mengikut komponen utama hidangan ini iaitu nasi wangi, ayam bakar atau rebus dan sayur sebagai pelengkap hidangan.
Apa yang membuatkan hidangan mudah ini istimewa adalah kombinasi komponen utama untuk menghasilkan sebuah hidangan lengkap. Ayam merupakan elemen penting selain daripada nasi. Ia akan direbus, panggang atau kukus sehinggan menjadi lembut dan juicy serta dipenuhi dengan rempah ratus untuk tingkatkan aroma dan rasa tersendiri.
Selain itu, ayam tersebut akan dicampurkan dengan kicap, halia, bawang putih atau herba lain untuk melengkapkan hidangan ini. Jangan lupa pelengkap hidangan ini seperti sup dan sambal cili untuk mengimbangkan serta menambah lebih banyak rasa membuatkan korang jatuh cinta kepada hidangan ini.
Haa.. sebab itulah bintang utama di kedai ini adalah nasi ayam mereka tau. Korang boleh dapatkan dua jenis ayam iaitu ayam panggang atau kukus. Ayam yang dihidangkan akan dipastikan lembut, dipenuhi rasa serta tidak kering untuk memastikan setiap suapan korang padat dengan rasa.
Photo from SH CL
Bukan itu je tau, resipi yang digunakan oleh pemilik kedai ini adalah resipi asli daripada Pulau Hainan, China yang dikatakan tempat kelahiran nasi ayam. Kalau korang ingin tahu bagaiman rasa sebenarnya nasi ayam, min rekomen sangat untuk korang melantak dekat sini.
Setiap pesanan nasi ayam akan didatangkan bersama sayur taugeh yang dilimpahkan dengan kuah kicap sesuai dipadankan bersama nasi wangi memikat korang dengan bau aromatiknya. Memang sukar digambarkan kalau korang sendiri tak cuba makan dekat sini!
Menurut pelanggan tetap mereka, ada yang mengatakan nasi ayam di Kim Kee adalah nasi ayam yang authentik menggunakan barang halal di bandar KL tau.
Belah Pagi Nasi Ayam, Belah Malam Menu Western Pun Ada
Photo from Blitz 7
Jarang sekali kita dengar kedai nasi ayam menjual menu makanan barat kan? Haa.. korang jangan terkejut tau kerana belah pagi korang boleh menikmati sepinggan nasi ayam yang aromatik. Manakala belah malam pula dipenuhi dengan berberapa pilihan menu western yang turut digemari oleh penduduk di kawasan Ampang ni tau.
Haa.. pelbagai jenis menu western yang korang boleh pilih tau mengikut selera korang. Adakah korang peminat pasta? chicken chop? steak seperti rib-eye? ataupun korang inginkan makanan sampingan seperti sup cendawan atau fish and chips? Pilihan semua terletak pada korang dan korang perlu pilih sahaja.
Selain itu, ramai pelanggan mereka mensyorkan makanan western klasik seperti chicken chop yang dihidangkan bersama sos pilihan korang iaitu black pepper sos atau mushroom sos. Chicken cordon bleu pun ada tau iaitu ayam yang diisi dengan keju dimasak sehingga sempurna membuatkan setiap suapan korang dipenuhi dengan keju cair melimpah ke dalam mulut.
Photo from Brandon Leong
Antara hidangan paling utama untuk menu western adalah beef wellington yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Kalau korang nak tahu, beef wellington menjadi semakin trendy sejak diperkenalkan oleh cef selebriti terkenal, Gordon Ramsay. Haa.. kalau korang nak rasa-rasa makan mewah boleh lah menikmatinya di kedai ini tau!
Setiap menu western mereka hanya menggunakan bahan yang berkualiti serta mereka mengambil berat tentang kebersihan makanan jadi korang jangan risau tentang sebarang keracunan makanan tau. Setiap hidangan dihias dengan cantik dan bersih pasti membuatkan korang berpuas hati dengan setiap suapan.
Harga Yang Berpatutan Memang Patutlah Jadi Port Rahsia Orang Ampang Kan
Photo from Azimeer Manaf
Setiap makanan yang dihidangkan dekat kedai ini berada pada harga yang berpatutan tau. Korang boleh menikmati bukan sahaja satu pilihan makanan malah pelbagai jenis pilihan makanan mengikut selera serta bajet perbelanjaan korang tau.
Manakala, portion setiap hidangan adalah banyak dan tidak kedekut! Biasalah siapa je suka bayar mahal tapi dapat portion kecil kan. Dekat kedai ini korang nak order nasi ayam satu ekor pun boleh tau. Barulah puas hati nak makan sampai kenyang.
Selain itu, kedai ini masih tidak diketahui oleh orang ramai dan merupakan antara port rahsia orang di sekitar kawasan Ampang ini. Mereka turut mempunyai pelanggan tetap yang mengatakan makanan di sini bukan sahaja sedap malah berbaloi lagi tau.
Photo from IG: kimkee_nasiayamhainan
Hidangan utama mereka adalah nasi ayam dan ramai pelanggan mereka turut rekomenkan untuk mencuba sepinggan nasi ayam di sini dahulu untuk mengetahui resipi sebenar nasi ayam yang authentik yang sukar untuk cari di kedai lain.
Nasi ayam di kedai ini digilai oleh setiap pelanggan tetap mereka dan setiap bahan yang digunakan adalah halal akan pasti membuatkan korang turut akan jatuh cinta dekat kedai ini.
📍 1, Jalan Kolam Air Lama, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
⏰ Isnin - Sabtu (10:30 am - 10 pm)