download Jom Explore app
Hilangkan Stress Menghirup Kopi Di Slow Wood Coffee

Hilangkan Stress Menghirup Kopi Di Slow Wood Coffee

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 14 Jun 2023
Digital Editor

Stress lah berkerja minggu ni! Rasa nak lepak dekat kafe sambil hirup kopi panas sambil baca buku lah. Haa.. biasalah kan selepas berminggu kerja hujung minggu memang wajib untuk kita mencari tempat untuk hilangkan stress tapi korang dah tak tahu nak lepak dekat mana? Apa kata singgah ke Slow Wood Coffee di Mont Kiara

Tidak dapat dinafikan, budaya kopi di negara kita semakin berkembang telah membuahkan berberapa kedai kopi yang mempunyai keunikkan serta identiti masing-masing.

Walaupun mereka menggunakan konsep sama iaitu menjual secawan kopi dan makanan ringan atau berat, tetapi kaedah mereka daripada memilih biji kopi sehingga lah meletakkan sentuhan terakhir pada cawan kopi korang tu dibuat dengan cermat dan penuh kasih sayang kepada pelanggan.

kafe moden pasti buat korang wow!Photo from IG: slowwood.coffee

Selain itu, selalunya kafe-kafe kopi terutama di Slow Wood ni mempunyai kecantikkan yang memang sesuai sangat untuk korang yang nak mencari tempat lepak baru ataupun berjumpa dengan pasangan untuk pergi dating atau korang ingin menikmati masa bersendirian bersama secawan kopi kegemaran korang.

Haa.. kalau korang seorang pengemar kopi ataupun seorang lelaki yang tengah pening mencari kafe cantik nak bawak pasangan, apa kata korang luangkan masa untuk baca apa yang menariknya di Slow Wood Coffe. Jom!

Ruangan Dalaman Kafe Yang Cantik Menggunakan Motif Kayu Menghasilkan Suasana Tenang & Kreatif!

ruang dalaman kafe ini sahaja dah cantik!Photo from IG: chiam.ds.realestate

Terletak di dalam ruangan rumah komuniti di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Slow Wood Coffee merupakan kafe baru sahaja dibuka sejak 18 Mac. Langkah pertama korang ke dalam kafe ini akan memberikan reaksi wow kerana kecantikkan ruangan mereka yang memberikan identiti tersendiri berbanding kafe lain yang ada.

Mengambil inspirasi kecantikkan alam semulajadi dapat dilihat dalam motif mereka. Mereka menggunakan kayu daripada Terengganu untuk memenuhkan ruang kafe menghasilkan sebuah kafe yang 'insta-worthy'.

Selain itu, persekitaran kafe ini dipenuhi dengan tanaman pokok bunga berwarna-warni melengkapkan seluruh aestetika dan konsep keseluruhan kafe. Bunga pokok itu menghasilkan sebuah tema yang kontra dengan tempat duduk yang menggunakkan bahan konkrit mencipta gaya seni bina yang moden dan elegan.

Kayu Yang Diambil Dari Terengganu Menjadi Motif Utama Kafe NiPhoto from IG: slowwood.coffee

Kafe ini berjaya menciptakan ruang yang tenang dan selesa walaupun korang berada di dalam ataupun luar kafe ini membuatkan korang selesa untuk bersantai, menikmati kopi sambil membaca buku ataupun inginkan saat-saat isirehat daripada penat berkerja.

Walaupun terletak di kawasan bandar yang padat, kafe ini akan membuatkan korang berada dalam ekosistem tersendiri dan gangguan luaran tidak sesekali menggangu masa korang di kafe ini.

Tempat Duduk Selesa Untuk Menikmati Secawan KopiPhoto from IG: imanqistnaa

Reka bentuk dan daya tarikan visual amat penting bagi Slow Wood kerana ia akan menghasilkan sebuah suasana yang sukar digambarkan melalui gambar dan hanya boleh dinikmati apabila korang sampai ke sini dan lepak!

Kualiti Kopi Dan Makanan Ringan Memenuhi Menu Slow Wood Coffee

Kopi Sedap Dipadankan Dengan Makanan Ringan Memang BestPhoto from IG: slowwood.coffee

Tidak dinafikan, kafe Slow Wood Coffee memang menakjubkan bahkan antara yang tercantik berbanding kafe yang lain. Reka bentuk kafe ini menghasilkan sebuah elemen menggabungkan elemen kontemporari dengan hiasan kayu menyebabkan ia semakin trendy di laman media sosial.

Tapi kalau hanya cantik di visual sahaja tetapi minuman serta makanan tidak sedap pun rugi kan? Haa.. korang jangan risau kerana kopi di sini memang berkualiti tinggi tau!

Kopi yang dihasilkan oleh barista yang telah dilatih dengan teliti akan memastikan setiap cawan kopi yang dihasilkan penuh dengan semangat, minat dan cinta kepada budaya kopi. Biji kopi dipilih dengan teliti serta proses pembuatan kopi akan memberi rasa yang berbeza berbanding kopi segera yang biasa korang minum tu.

Kalau Korang Tak Minat Kopi Jangan Risau, Order Non Coffee Drinks!Photo from IG: imanqistnaa

Pengalaman barista mereka menghasilkan kopi dapat dirasai dengan setiap hirupan dan aroma kopi tersebut pasti membuatkan korang tersenyum-senyum! Selain itu, mereka turut mempunyai air istimewa seperti Sparkly Passion, Honey Buzz dan Beachy Sunrise yang direkomen oleh pelanggan mereka.

Kalau korang bukan peminat kopi jangan risau, minuman bukan kopi seperti babychino, matcha latte, hojicha late dan chocolate turut mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan yang pernah mencuba.

Bagel Di Kafe Ni Menjadi Kegemaran RamaiPhoto from IG: kellytan1111

Bukan itu je tau, tak lengkap lah kalau minum kopi takda makanan kan? menu makanan utama di sini adalah Bagel sesuai sangat dipadankan dengan minuman pilihan korang tu.

Dapatkan Hilangkan Semua Stress Dan Bersantai Sepenuhnya Di Hujung Minggu

Suasana Kafe Dipenuhi Dengan Bunga-Bunga Menghasilkan Mood TenangPhoto from IG: slowwood.coffee

Maklumlah siapa je tak stress menghadap hari berkerja kan? Kalau tak stress kerja, stress dengan kehidupan ataupun stress dengan pelbagai masalah kan. Takpa, di kafe Slow Wood Coffee ni korang boleh tolak tepi segala masalah buat sementara dan duduk menikmati permandangan suasana kafe cantik ni.

Kafe ini juga mesra haiwan peliharaan, jadi korang pun boleh bawa oyen di rumah itu untuk bermain bersama sambil menikmati secawan kopi. Takpun, korang juga boleh berborak melihat pelanggan lain yang membawa haiwan peliharaan masing-masing.

Tempat duduk yang disediakan juga memainkan peranan penting tau! Mereka banyak menggunakkan bentuk lengkung berbanding kafe yang menggunakan tempat duduk tradisional petak bersegi.

Setiap Susunan Deko Kafe Ni Memang Akan Menarik VisualPhoto from IG: imanqistnaa

Ruang dan tempat duduk berbentuk lengkung akan memberi gambaran yang unik serta membuatkan korang lebih santai untuk melepak dan membuang masa dan stress korang di kafe ini.

Korang nak melepak berbual, membaca buku atau mengambil masa menikmati setiap visual kecantikkan yang ada pada kafe ini pun memang tak rugi pun tau! Tidak perlu ke pantai nak pergi healing.

Secara keseluruhan, kalau korang inginkan sebuah kafe yang unik dan menyediakan minuman sedap apa kata korang ajak kawan atau pasangan melepak di Slow Wood Coffee di hujung minggu ini.

📍B5-03A, 4, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰Setiap Hari (9am - 7pm)

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok