Dari Dehidrasi ke Sunburn: Bagaimana Kulit Kita Tercedera di Bawah Cuaca Panas Malaysia?
Majoriti rakyat Malaysia masih tidak mengetahui kepentingan menjaga kulit kita walaupun negara terletak di garisan khatulistiwa yang menyebabkan kita dapat menikmati sinaran matahari yang cantik dan juga boleh membawa maut kalau tidak dijaga!
Kalau korang nak tahu kulit kita berfungsi untuk memberi perlindungan daripada elemen luar seperti sinaran UV, bakteria dan faktor persekitaran yang berbahaya.
Jadi, penjagaan kulit yang betul bukan sahaja dapat menguatkan kulit kita malah dapat mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan seperti iritasi dan kerosakan pada kulit.
Photo from Canva
Selain itu, kulit yang sihat akan memastikan kesejahteraan keseluruhan badan kita tau. Ia memainkan peranan penting seperti mengawal suhu badan dan memastikan tahap kesihatan fungsi secara optimum.
Haa.. sebab itulah korang kena ketahui cara-cara mudah untuk melindungi kulit tau. Nak tahu bagaimana? mudah je. Korang baca sampai habis je tau!
Memakai Pakaian Yang Sesuai Dan Elakkan Daripada Kulit Korang Terdedah Pada Tempoh Lama
Photo from Canva
Malaysia ni bukan sahaja terkenal dengan budaya makanan yang sedap sahaja. Negara kita juga terkenal dengan cuaca panas membahang kerana terletak di garisan khatulistiwa.
Haa.. tidak dapat dinafikan matahari memang cantik waktu terbit dan terbenam lagi-lagi kita sentiasa mendapat sinaran matahari kan? Tapi sinaran matahari ini sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan pada kulit kita tanpa sedar tau!
Sinaran matahari mempunyai sinar ultraviolet (UV) yang boleh menembus kulit lalu menyebabkan sunburn atau peningkatan risiko kanser kulit. Sebab itulah korang tidak boleh mendedahkan kulit pada satu tempoh yang lama tau.
Seeloknya adalah mencari tempat teduh untuk menghadkan masa korang di bawah sinaran matahari terutamanya di antara pukul 10 pagi hingga 4 petang kerana waktu puncak sinaran matahari paling kuat. Selain itu, korang juga boleh bawa payung jika tiada tempat sesuai untuk dijadikan tempat berteduh.
Photo from Canva
Bukan itu je tau, pastikan korang memakai pakaian yang bersesuaian supaya dapat melindung kulit daripada sinaran matahari. Seeloknya korang memakai pakaian yang diperbuat daripada kain nipis tetapi berlengan panjang supaya tiada bahagian kulit terdedah.
Min pun rekomen korang untuk memakai kacamata hitam yang menawarkan perlindungan dari sinar UV ketika memandu ataupun berada di luar untuk melindung bahagian muka dan mata!
Jangan Lupa Untuk Kekal Minum Air Dan Menjaga Pemakanan Korang
Photo from Canva
Antara perkara sering kali kita lupa adalah untuk kekal badan kita hidrasi ketika menjalani rutin harian kita. Kadang kala kita kurang peka akan keadaan badan kita kerana kita terlalu fokus kepada menyiapkan tugasan harian.
Lagi-lagi bila dah sibuk berkerja memang cepat lupa lah kan nak berhenti sekejap untuk makan atau minum. Haa.. bahaya tau kalau korang tidak memastikan badan korang hidrasi dengan betul!
Apabila kita terasa panas kerana cuaca, badan kita akan mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Semakin banyak peluh kita keluar, semakin kurang kandungan air ada pada badan kita.
Untuk memastikan kita kekal hidrasi, korang kena minum air putih yang disyorkan oleh doktor iaitu 6-8 gelas air putih. Ini akan menjaga kelembapan kulit kita sekaligus mengelakkan badan menjadi kurang air.
Photo from Canva
Selain itu, korang pun kena menjaga pemakanan korang tau. Pasti kan diet korang dipenuhi dengan makanan seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur, bijiran, protein dan makanan rendah lemak untuk memastikan badan mendapat nutrien dan antioksidan secukupnya untuk meningkatkan kesihatan kulit korang.
Jangan main bantai nasi kandar je hari-hari sekali sekala takpalah kan. Merokok pun bahaya tau kerana ia dapat mempercepatkan kulit korang nampak kusam dan tua serta meningkatkan risiko kanser kulit.
Paling Penting Sekali Adalah Memakai Krim Pelindung Matahari Yang Korang Boleh Dapatkan Di SaSa Malaysia!
Photo from Jom Explore
Haa.. selain daripada menjaga pemakanan dan memastikan korang berteduh serta memakai pakaian bersesuaian. Korang juga perlu mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul tau.
Antara rutin paling mudah yang min boleh rekomen adalah membersihkan kulit menggunakan pelembap ataupun toner dua kali sehari. Sapukan pelembap yang bersesuaian dengan kulit korang untuk menjaga kelembapan kulit untuk mencegah kulit menjadi kering ataupun mengelupas.
Selain itu, paling penting sekali adalah menggunakan krim pelindung matahari yang bersesuaian tau! Krim pelindung matahari ni ada pelbagai variasi iaitu spektrum luas dengan nilai SPF 30 atau lebih bergantung pada keadaan kulit korang.
Apa yang korang perlu lakukan adalah sapukan setiap dua jam atau lebih jika korang berpeluh untuk memastikan kulit sentiasa terlindung. Tapi, korang tahu korang boleh dapatkan pelbagai jenis krim pelindung matahri di SaSa Malaysia? Haa.. diorang siap buat promosi lagi tau!
Photo from Jom Explore
Kalau korang tengah mencari krim pelindung matahari, min syorkan korang pergi ke SaSa kerana terdapat pelbagai jenis jenama yang mempunyai variasa nilai SPF yang bersesuaian dengan keadaan kulit korang tau. Siap ada promosi diskaun sehingga 50% tau!
Korang boleh tekan link ini! untuk membeli krim pelindung matahari di SaSa. Apa lagi jom ke SaSa sekarang!
❤️ Upgrade Gaya Hidup T20 dengan Produk Kecantikan Terbaik dari Sa Sa Malaysia | Jom Explore
❤️ Keajaiban Buah Tempatan: Khasiat dan Kenikmatan yang Jarang Diketahui | Jom Explore