Resepi Kek Pisang Coklat Yang Mudah Dan Dapatkan Tekstur Yang Gebu!
Kek Coklat Pisang adalah salah satu jenis kek yang mudah dan cepat untuk dibuat. Terdapat pelbagai versi resepi kek pisang, tetapi jika anda ingin mencuba sesuatu yang sedikit berbeza daripada kek pisang biasa, anda boleh mencuba resepi Kek Coklat Pisang yang dikongsikan oleh Muhammad Ali. Yang paling menarik, resepi ini tidak memerlukan penggunaan mixer boleh menggunakan blender. Walaupun begitu, kek ini tetap lembap dan yang paling penting, rasanya sedap.
Bahan - Bahan:
Photo from Muhammad Ali
- 4biji telur gred A
- 1 setengah cawan gula perang
- 4 biji pisang jelai berangan
- 1 cawan minyak masak atau minyak jagung
- Sedikit esen vanila
- 1 sudu kecil garam
- 2 cawan tepung
- 1 sudu kecil soda bicarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil ovalet
- 2 sudu makan serbuk koko
- 100 gram dark chocolate compound atau callets atau chocolate chips
Cara Membuat Kek Pisang:
- Untuk memulakan, ambil sebuah bekas dan masukkan pisang yang telah dihancurkan, gula, minyak, telur, dan esen vanila ke dalamnya. Setelah semua bahan itu berada dalam bekas, gunakan alat pengacau atau senduk kayu untuk mengadun mereka secara menyeluruh.
Photo from Muhammad Ali
- Campuran bahan kering ini merujuk kepada tepung gandum dan garam yang telah diayak dan digaul rata bersama. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa semua bahan kering tercampur dengan baik dan tidak terdapat gumpalan yang besar dalam adunan.
Photo from Muhammad Ali
- Bahagikan kepada dua bahagian untuk mendapatkan satu mangkuk lagi warna coklat untuk membuat layer pada kek pisang itu.
Photo from Muhammad Ali
- Selepas adunan serbuk koko telah sebati, boleh tambahkan coklat kompaun supaya mendapakan tekstur dan rasa coklat pada kek pisang yang telah dibakar nanti.
Photo from Muhammad Ali
- Tuangkan adunan ke dalam loyang kek yang telah disediakan, sapukan mentega pada keliling loyang supaya tidak melekat dan masukkan selang-seli warna putih dan coklat, kalau nak lebih menarik pecah coklat cadburry dan masukkan ke dalam loyang tersebut.
Photo from Muhammad Ali
- Bakar kek pisang pada suhu 170 selama 45 minit bergantung pada oven masing-masing, selepas masak boleh cucuk guna lidi supaya lihat masak atau tidak kek itu
Photo from Muhammad Ali
Kek Coklat Pisang ini amat sesuai dinikmati dengan secawan kopi atau teh panas. Anda boleh menikmatinya sebagai hidangan pencuci mulut atau hidangan santai di waktu petang. Selamat mencuba!