download Jom Explore app
Jangan Beli Dulu Kereta Terpakai, Baca Tips Ni!

Jangan Beli Dulu Kereta Terpakai, Baca Tips Ni!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 09 Jun 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Permintaan kereta terpakai masih popular di kalangan orang muda yang ingin membeli sebuah kereta tanpa membebankan perbelanjaan bulanan berbanding kereta baru. Sama seperti membeli kereta baru, ia turut mempunyai risiko jika korang tiada pengetahuan yang betul boleh menyebabkan korang lagi rugi dan hilang banyak duit tau!

Haa.. kadang-kala kalau kita lihat di pelbagai platform maya jual beli kereta terpakai memang semuanya indah tiada cacat cela. Kereta yang berharga mahal korang boleh dapatkan separuh daripada harga asal ataupun kereta idaman korang turut ditawarkan dengan harga tidak masuk akal!

Sebab itulah berlakunya kes penipuan ataupun lebih teruk lagi, kereta 'baru' korang itu sebenarnya mempunyai sejarah kerosakan terlampau banyak sehinggakan korang sendiri kena mengeluarkan duit lebih bagi menampung semula segala kerosakan.

Memiliki Sebuah Kereta Ini Idaman Semua OrangPhoto from Canva

Sebelum korang lakukan sebuah pembelian besar, apa kata korang berhenti dulu dan baca artikel ini sampai habis untuk memahami serta pelajari tips-tips yang perlu dilakukan sebelum korang beli kereta terpakai tau!

Jangan menyesal pulak bila dah salah beli, menangis tak berhenti korang kalau sudah terkena.

Sediakan Bajet Khas Untuk Pembelian Kereta! Jangan Habiskan Semua Duit Korang Dekat Satu Bahagian Sahaja

Jangan Main Beli Je Kereta Kalau Bajet TakdaPhoto from Canva

Membeli kereta terpakai ini memerlukan pengetahuan am tentang kereta. Walaupun kereta terpakai ini selalunya lebih murah berbanding harga pasaran kerana susut nilai tetapi korang masih mermelukan budget khas untuk membeli sebuah kereta!

Jangan main beli sahaja sampai akaun bank korang tinggal telur sahaja. Itu akan menimbulkan lebih banyak masalah pada hidup korang nanti. Sebaiknya, korang simpan 15-20% pendapatan untuk budget khas ini.

Sediakan Tabung Untuk Pembelian KeretaPhoto from Canva

Selain itu, nilai semula status kewangan korang dan melalui situ korang boleh tentukan berapa yang diperlukan untuk perbelanjaan kereta terpakai ini. Korang juga perlu mengetahui anggaran kos perbelanjaan lebihan seperti insurans, pendaftaran, cukai, pembaikian dan lain-lain.

Haa.. sebab itulah korang kena tetapkan bajet! Kalau tidak, korang tidak akan sedar korang akan mengeluarkan duit lebih banyak untuk tutup semula kos kereta korang macam tu sahaja.

Jangan Terus Beli, Lakukan Pemerhatian Sepenuhnya Terlebih Dahulu

Lakukan Pemerhatian Sepenuhnya Sebelum Beli KeretaPhoto from Canva

Kalau kita lihat kereta idaman kita ataupun kereta terpakai yang mempunyai harga sesuai dengan bajet mestilah kita teruja untuk beli betul tak? Dalam sangkaan kita, walaupun kereta terpakai tetapi iannya masih berfungsi sama sahaja seperti membeli telefon, kasut, komputer riba.

Kadang-kala kereta terpakai yang ditunjukkan ini lebih indah khabar dari rupa je tau! Jangan sesekali terperdaya dengan penjual yang ingin menjual kereta terpakai dengan harga sangat murah. Mesti ada udang disebalik batu yang menyebabkan harganya terlampau murah.

Apa yang perlu dilakukan adalah korang perlu berjumpa dengan tuan kerete tersebut untuk lakukan pemerhatian secara sepenuhnya tau. Bawa seorang rakan atau mekanik yang dipercayai serta berpengetahuan untuk periksa setiap bahagian kereta dengan teliti.

Bukan lihat bahagian enjin kereta je tau, bahagian badan luar dan dalam kereta untuk tanda kerosakan, karat ataupun penyelenggaran kurang baik. Selain itu, perhatikan sudut-sudut kereta yang tersembunyi atau jarang nampak seperti penghawa dingin, lampu, brek, suspensi, tempat duduk, ciri keselamatan kereta untuk melihat sebarang isu yang tidak disebutkan oleh penjual.

Pandu Uji Kereta Dulu Baru Lah Tahu Keadaan KeretaPhoto from Canva

Pastikan korang uji pandu juga kereta itu untuk menilai prestasi dan pengendaliannya. Perhatikan bunyi engin, brek, respon ketika membelok serta keselesaan dan keselamatan. Uji setiap aspek kereta seperti penghawa dingin, radio, lampu, tingkap untuk memastikan semuannya fungsi dengan baik.

Korang pun boleh periksa sejarah kenderaan untuk memastikan tiada kerosakkan yang besar pernah berlaku pada kereta tersebut supaya tidak tertipu dengan penjual korang tu!

Jangan Membeli Kalau Tiada Pengetahuan Am!

Pengetahuan Am Tentang Kereta Sangat Penting Untuk Elak DitipuPhoto from Canva

Sebelum korang setuju untuk beli kereta pastikan korang ada pengetahuan am terlebih dahulu tau. Kaji pasaran kereta terpakai untuk mengetahui harga pasaran terpakai.

Terokai setiap laman, senarai tempatan untuk lakukan bandingna harga bagi model kereta yang korang inginkan itu untuk memastikan korang tidak kena tipu dengan penjual. Melalui ini, korang akan lebih memahami nilai pasaran kereta terpakai.

Selain itu, setiap jenama dan model kereta mempunyai masalah-masalah tersendiri yang mungkin korang tak tahu kalau tiada pengetahuan ataupun sebarang pembacaan. Pastikan korang ketahui sedikit sebanyak sebarang pengetahuan am tentang model yang korang ingin beli itu.

Supaya korang tidak mudahlah ditipu depan-depan oleh penjual kereta tu. Sentiasa pertimbangkan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang keputusan besar lagi-lagi waktu membeli kereta terpakai!

Ada Pengetahuan Tentang Kereta Semakin Mudah Kita Memahami Tentang Penjagaan KeretaPhoto from Canva

Lebih baik korang ambil masa sepenuhnya dalam proses ini dan jangan terburu-buru tanpa pertimbangkan yang sewajarnya. Korang nak beli kereta kena lah berpuas hati betul tak? Takkan lah nak menanggung rugi je setiap kali memandu!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok