download Jom Explore app
Pineyard Cafe Di Janda Baik Seperti Berada Dalam Filem!

Pineyard Cafe Di Janda Baik Seperti Berada Dalam Filem!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 06 Jun 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Sebuah kafe tersembunyi di Janda Baik kurang dari satu jam memandu dari pusat bandar sesuai untuk korang inginkan sebuah pengembaraan sambil menikmati keindahan semula jadi pada hujung minggu ini!

Haa.. Pineyard Cafe merupakan antara permata tersembunyi terletak di Janda Baik, Pahang ni tau. Ia meraih populariti terutama di platform media sosial kerana persekitaran dan permandangan yang memukau dan tenang seperti masa terhenti seketika.

Sambil korang menikmati permandangan yang ada korang pun boleh menghirup udara segar tau. Siap boleh makan sedap lagi dekat kafe ni bersama pasangan ataupun keluarga tersayang.

Kafe Cantik Tersembunyi Di Janda Baik!Photo from IG: pineyard.jandabaik

Bagi penggemar cafe ataupun korang yang ingin mencari aktiviti baru di hujung minggu ni apa kata korang baca artikel ni sampai habis baru la tau apa yang menarik di Pineyard Cafe ni. Jom!

Seperti Terjumpa Emas Dalam Hutan! Itulah Gambaran Pineyard Cafe Oleh Pelanggan Mereka

Permandangan Yang Cantik Menjadi Tarikan Utama Di Kafe NiPhoto from IG: pineyard.jandabaik

Menurut pelanggan yang telah kunjungi Pineyard Cafe, kebanyakkan akan mengatakan tentang keindahan semulajadi yang menjadi tarikan utama kafe ini tau. Kafe ini dikelilingi oleh hutan yang hijau subur dan pokok-pokok untuk menghasilkan sebuah suasana tenang menyepi untuk bantu korang berada dalam mood relax.

Selain itu, kerana suasana yang santai dan tenteram. Kafe ini mempunyai konsep kafe terbuka untuk membenarkan udara segar memenuhi ruangan kafe supaya korang akan terasa sejuk dan nyaman sahaja tau.

Perjalanan yang mengambil masa kurang daripada sejam dari KL, kafe ini seperti lubuk emas korang terjumpa dalam sebuah hutan tau! Memang sesuai untuk korang pelan bersama rakan-rakan, pasangan ataupun keluarga untuk lari sekejap dari kesibukkan bandar untuk mencari ketenangan dekat kawasan kafe ini.

Macam Berada Dalam Filem Dengan Suasana SantaiPhoto from IG: pineyard.jandabaik

Haa.. persekitaran kafe ini bakal menyegarkan korang tau! Keindahan semula jadi di sini akan menambah kepada pengalaman korang ketika mengunjungi kafe ini.

Hanya Berberapa Minit Dari Tempat Perlancongan Yang Lain Walaupun Tersembunyi Dari Pusat Bandar!

Konsep Terbuka Membuatkan Korang Rasa Santai JePhoto from IG: pineyard.jandabaik

Kalau korang nak tau, lokasi kafe ini sangat strategik tau. Walaupun korang telah melarikan diri daripada pusat bandar tetapi lokasi kafe ini berdekatan dengan berberapa tempat perlancongan yang terkenal dalam negara.

Selepas menikmati makanan sedap dekat sini, korang pun boleh pergi ke Genting Highlands untuk menghabiskan masa di kawasan membeli belah ataupun taman tema mereka. Ataupun korang boleh kunjungi Bukit Tinggi, bandar Bentong untuk menikmati suasana yang tenang dan santai. Kalau korang nak tinggal di Janda Baik pun boleh tau!

Haa.. menarik kan? Lokasi kafe ini menjadikannya tempat yang sangat sesuai untuk mulakan pengembaraan korang di pagi hari sehingga lah ke lewat malam. Kerana lokasi yang strategik, korang tak perlu fikir nak ke mana selepas makan! Kena ada bajet je kan.

Berbaloi Tau Kalau Pandu Jauh-Jauh Pengalaman CamniPhoto from IG: pineyard.jandabaik

Selain itu, kalau korang nak melepak dekat persekitaran kafe ini pun boleh untuk menghabiskan masa dalam mood santai. Kerana persekitaran kafe ini indah, korang boleh ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan yang sukar dilupakan.

Selain Daripada Suasana, Makanan Western Dengan Sentuhan Rasa Malaysia

Makanan Western Dengan Sentuhan Resipi MalaysiaPhoto from Lassie Issues

Keindahan semula jadi suasana kafe ini memang tarikan utama bagi pelanggan mereka tetapi Pineyard Cafe turut menawarkan makanan yang setampil dengan kecantikkan semula jadi di sini tau.

HIdangan makanan barat dengan sentuhan rasa Malaysia menjadi menu utama mereka untuk korang pilih dan nikmati! Korang boleh dapatkan hidangan seperti all-day breakfast, pasta dan pencuci mulut untuk melengkapkan hari korang.

Antara yang direkomen oleh pelanggan mereka adalah croissant, big breakfast, eggs benedict, lemongrass pasta, curry laksa dan nasi ayam percik. Haa.. korang wajib cuba menu-menu ini barulah puas hati kan dah memandu jauh betul tak?

Selain itu terdapat juga kopi, pastri dan juga teh untuk dijadikan makanan ringan sambil menikmati hidangan berat. Tapi, mesit korang tertanya tenang harga betul tak? Jangan risau, harganya tidak terlalu mahal dan makanan yang ditawarkan berbaloi dengan harga kerana ia dimasak sehingga sempurna dengan resipi tersendiri.

Pastri Panas Untuk Korang Nikmati Bersama Kopi Panas!Photo from Nicholas

Jadi, bukan sahaja korang dapat nikmati kecantikkan alam semulajadi, korang turut dapat menikmati kesedapan makanan dan pastri yang diperbuat dengan penuh kasih sayang tau.

Haa.. tunggu apa lagi tu? Pelan la bersama keluarga ataupun pasangan korang untuk ajak diorang datang ke Pineyard Cafe hujung minggu ini!

📍 C1, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
⏰ Setiap hari (9 am - 6 pm)
📞 09 - 233 0340

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok