download Jom Explore app
Jom Ngopi? Jumpa Pukul 4 Kat Empat Petang!

Jom Ngopi? Jumpa Pukul 4 Kat Empat Petang!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 17 May 2023
Digital Editor

Korang dah sampai bandar Temerloh tetapi tak tahu nak lepak dekat mana? Haa.. apa kata korang ajak kawan-kawan lepak di Kedai Kopi Empat Petang untuk nikmati secawan kopi sambil berkongsi cerita bergelak ketawa mencipta memori indah!

Haa.. Temerloh merupakan sebuah bandar yang dipenuhi dengan pelbagai keindahan semula jadi, tapak bersejarah serta tradisi tempatan di Pahang. Bandar ini merupakan antara bandar utama korang akan jumpa sebelum ke Kuantan ataupun negeri Terengganu tau.

Kalau Melawat Bandar Temerloh Memang Terkenal Dengan Sungai PahangPhoto from pdttemerloh

Bandar ini memang terkenal dengan makanan tradisi negeri Pahang seperti ikan patin dan keindahan Sungai Pahang tetapi terdapat kedai kopi yang sesuai untuk korang singgah dan melepak bersama rakan-rakan tau!

Mesti korang sedang membaca ni ingin tahu apa yang menarik di kedai kopi ni kan? Kalau nak tau, pastikan korang baca artikel ini sampai habis tau!

Menghirup Secawan Kopi Sambil Menikmati Persekitaran Bandar Temerloh!

Kalau Sampai Temerloh Kena Cari Kedai Ini!Photo from Empat Petang Temerloh

Walaupun ramai orang kita kenal bandar Temerloh sebagai destinasi utama untuk makan Ikan Patin Masak Tempoyak tapi sejak wujudnya kedai Kopi Empat Petang semakin ramai penduduk bandar dan orang luar sudah mula datang untuk nikmati secawan kopi sambil menghirup angin bandar Temerloh ni tau.

Nama kedai 'Kopi Empat Petang' merujuk kepada waktu kebanyakkan penduduk habis bekerja dan mencari kedai untuk merehatkan diri sambil menikmati secawan kopi. Jadi memang sesuai lah kedai ini untuk korang singgah berehat, berbual ataupun menikmati waktu berlalu dengan kopi di tangan korang tu kan.

Kedai Kelihatan Simple dan Kemas Tapi Kopi Sedap!Photo from Empat Petang Temerloh

Selain itu, korang boleh duduk melepak di kedai ini sambil melihat persekitaran bandar Temerloh ini melihat budaya bandar ini, gaya hidup serta mengenal penduduk-penduduk tempatan untuk membuka minda dan mata korang kepada kawasan ini tau!

Kopi Yang Dihasilkan Daripada Biji Kopi Melalui Cara Tradisional Untuk Menaikkan Aroma Biji Kopi!

Roster Yang Dipakai Memastikan Setiap Cawan Kopi Adalah Kualiti Tinggi!Photo from Empat Petang Temerloh

Haa.. peminat-peminat kopi sudah pasti akan beritahu korang bahawa aroma bau kopi itulah yang membuatkan korang jatuh cinta pada kopi tau! Aroma yang terhasil daripada biji kopi akan menghasilkan bau yang unik bergantung kepada sumber biji kopi itu.

Perbezaan kedai Kopi Empat Petang terletak pada kaedah penyediannya tau. Kopi Espresso di kedai ini menggunakan dua jenis biji kopi tau iaitu 'blend' dan 'single origin'.

Kopi yang dihasilkan daripada 'blend' menggunakan roster mereka manakal 'single origin' biji kopi akan ditukar setiap seminggu atau dua minggu bergantung pada stok kopi untuk menghasilkan pelbagai rasa sebenar kopi tanpa menggunakan bahan pengawet ataupun gula tau!

Korang Tengok Sendiri Kopi Yang Dikeluarkan Memang Buat Min Nak Satu TauPhoto from Empat Petang Temerloh

Selain daripada menghirup secawan kopi, korang pun boleh menikmati makanan ringan seperti biskut yang sesuai dipadankan bersama kopi korang tu!

Walaupun Kecil, Empat Petang Pastikan Korang Sentiasa Selesa!

Sambil Tunggu Kopi Korang Siap, Korang Boleh Lepak DuluPhoto from Empat Petang Temerloh

Bila korang singgah sahaja ke kedai ini, bukan sahaja kopi yang korang akan suka tapi persekitaran dekat kedai ni tau! Walaupun kedai ini sedikit kecil tetapi persekitarannya sangat selesa membuatkan korang rasa tenang seketika tanpa memikirkan sebarang masalah tu.

Korang pun boleh hirup kopi korang sambil melepak bersama-sama kawan di luar kedai tau. Bukan itu je, kedai kopi empat petang ini dihiasi dengan deko moden dan simple membuatkan kedai ini lebih unik tetapi masih kekal tema bandar Temerloh.

Kombinasi warna biru, oren dan putih membuatkan kedai ini lebih menonjol dengan gaya rekaan tersendiri termasuklah menu minuman kopi yang korang boleh pilih. Haa.. harga pun berpatutan tau! Sesuai sangat untuk korang singgah dan beli.

Nak Tunggu Di Luar Pun Boleh Tau Jangan Risau!Photo from Empat Petang Temerloh

Haa.. jika korang berada di bandar Temerloh apa kata korang singgah sekejap ke kedai Kopi Empat Petang dan nikmati kopi yang dibuat dengan penuh kasih sayang dan teliti untuk membuatkan korang jatuh cinta dengan kopi ciptaan mereka!

📍A13 Bawah, Kedai LKNP, Jalan Ahmad Shah, Bandar Lama, 28000 Temerloh, Pahang
⏰ Setiap Hari (9 am - 7pm) Jumaat (9am - 12.30pm) (3pm - 7pm)

📞 017-361 3245

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok