download Jom Explore app
3 Tips Untuk Lelaki Pilih Baju Pergi Dating Nampak Hensem!

3 Tips Untuk Lelaki Pilih Baju Pergi Dating Nampak Hensem!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 19 May 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Antara masalah setiap lelaki adalah mencari pakaian yang bersesuaian untuk temu janji pertama betul tak untuk memberi kesan yang baik kepada bakal pasangan kan! Haa.. takyah pening dah korang ikuti 3 tips yang Min share ni

Maklumlah, lelaki kan jarang berfesyen berbanding wanita betul tak? Sudah lazim bagi para lelaki selalunya menghadapi masalah ini dan memakai pakaian yang salah tau!

Nak Bergaya Ni Mudah Sahaja Sebenarnya!Photo from Pinterest

Sebenarnya senang sahaja untuk memilih pakaian ini kerana kunci utamanya adalah untuk mencapai keseimbangan antara kelihatan bergaya dan mesra.

Haa.. para lelaki yang sedang membaca artikel ni pastikan korang baca sampai habis dan ikut setiap tips yang Min kongsikan ni tau barulah pasangan kita tu nak bertemu kita lagi.

Jangan Datang Dating Baju Tak Bergosok Pulak! Wajib Gosok Baju

Pakai T-shirt Pun Boleh Kemas Kalau Korang Gosok!Photo from Pinterest

Perkara pertama paling wajib untuk korang para lelaki adalah kelihatan kemas dan rapi. Perempuan akan perhatikan tahap kemasan korang tau.

Jadi pastikan setiap pakaian korang digosok dengan kemas, bersih daripada segala kesan kotoran serta bau yang wangi tau!

Nak gosok pakaian pula ada cara, pastikan korang tidak terlebih gosok sehingga kain pakaian korang tu rosak pulak. Selain itu, elakkan pakaian yang lusuh atau pudar supaya date korang tak sakit mata.

Pastikan Korong Gosok Baru lah Bergaya Dan Kemas!Photo from Pinterest

Bukan itu sahaja, tidak kisah korang berpakaian kemeja ataupun t-shirt pastikan iannya mengikut saiz serta siluet badan korang tu.

Pilih Kombinasi Warna Yang Mudah Dan Efektif

Antara Kombinasi Tona Warna Mudah Untuk Korang 'Earthy Tones'Photo from Pinterest

Antara masalah yang sering kali lelaki hadapi ketika memilih pakaian adalah tidak memahmi kombinasi warna yang bersesuaian sekaligus menghancurkan outfit korang tu!

Untuk temu janji pertama korang lebih baik kekalkan kombinasi warna yang mudah dan efektif seperti hitam, putih, kelabu, biru gelap dan hijau.

Selain itu, korang pun perlu memahami teori warna dan roda warna untuk mengetahui kumpulan warna yang bersesuaian dan berlawanan untuk mengelakkan korang daripada memakai banyak warna.

Pilih 3 Warna Sahaja Supaya Warna Tak Bertembung!Photo from Pinterest

Min rekomen korang untuk pilih 3 warna yang berpadanan antara satu sama lain seperti hitam, putih, kelabu ataupun putih, biru, hitam.

Ini akan lebih memudahkan proses untuk korang memilih pakaian serta mengajar korang untuk kekal dalam 3 kumpulan warna ini sahaja.

Pilih Warna Yang Lembut Untuk Memikat Pasangan KorangPhoto from Pinterest

Pemilihan Kasut Yang Betul Pun Penting Tau!

Tak Semua Kasut Sesuai Dipakai Untuk Gi DatingPhoto from Pinterest

Tidak semua kasut bersesuaian untuk dipakai ketika date pertama korang! Sebelum memilih kasut, pastikan korang ketahui aktiviti date korang terlebih dahulu tau.

Barulah korang dapat memilih kasut yang bersesuai dengan aktiviti date korang. Haa.. janganlah pergi dating pakai kasut sukan pulak memang menangis lah perempuan tu.

Selain itu, kalau korang suka pakai 'sneakers'. Min rekomen untuk pilih warna putih dan bentuk yang tirus kerana ia lebih formal serta kemas berbanding gaya 'sneakers' yang lain.

Jangan Pilih Warna Kasut Berwarna Warni Tau!Photo from Pinterest

Bukan itu je tau, korang pun boleh pakai kasut kulit seperti boot, wingtips, loafers atau monkshoes untuk tampil lebih kemas dan rapi. Paling penting sekali adalah memilih warna kulit yang bersesuaian dengan pakaian korang.

Haa.. kalau korang ikut tips ini sudah pasti korang boleh memenangi hati pasangan korang tu kerana kelihatan kemas dan rapi serta memberi tanggapan bahawa korang mengambil berat tentang penampilan kornag tau!

Jadi, lepas ni dah tak sakit kepala la kan kepala korang tu.

Pakai Kasut Kulit Pun Sesuai Untuk Gi Dating!Photo from Pinterest

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok