download Jom Explore app
3 Gaya Jam Tangan Wajib Korang Kena Tahu!

3 Gaya Jam Tangan Wajib Korang Kena Tahu!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 09 May 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Jam tangan merupakan aksesori paling popular yang dipakai oleh setiap lapisan masyarakat dari muda sehingga ke tua. Tapi, korang tahu tak terdapat pelbagai jenis jam tangan yang dicipta untuk pelbagai fungsi mengikut acara santai sehingga acara rasmi tau.

Haa.. sebab itulah korang kena baca artikel ini sebelum korang membeli jam tangan baru supaya korang lebih mengetahui jam tangan apa yang sesuai untuk gaya hidup korang!

Memakai Jam Tangan Sudah Menjadi Kebiasaan Untuk Lelaki!Photo from Canva

Sebelum ini, jam tangan hanya dibawa dalam poket tau yang direka untuk mengukur masa. Ia merupakan antara teknologi penting dalam kehidupan kita dan telah berkembang pesat dari segi reka bentuk, fungsi, teknologi dan seni bina.

Selain itu, jam tangan boleh dikelaskan kepada dua jenis utama iaitu analog dan digital. Analog merujuk kepada menggunakan jarum tangan manakal digital menggunakan paparan untuk menunjukkan masa. Haa.. baru korang faham apa itu jam tangan kan? Ni Min nak kongsikan 3 gaya jam tangan wajib korang ketahui!

Cari Jam Tangan Gaya Harian Yang Sesuai Untuk Dipakai Setiap Hari Tanpa Rasa Jemu!

Gaya Jam Tangan Harian Sesuai Dipakai Untuk Setiap Hari Tanpa JemuPhoto from Canva

Jam tangan datang dalam pelbagai reka bentuk dan gaya dari klasik tradisional hinggan moden. Setiap gaya reka bentuk mempunyai fungsi tersendiri tau.

Antara gaya paling popular adalah jam tangan gaya harian adalah jam tangan yang direka untuk korang pakai harian serta boleh digayakan dengan pelbagai jenis pakaian formal ataupun casual. Selalunya, jam tangan ini mempunyai rekaan klasik yang mudah dipakai tau.

Contoh Jam Tangan Mempunyai Gaya Klasik Sesuai Dipakai HarianPhoto from teddybaldassarre

Antara ciri-ciri gaya jam ini adalah paparan analog atau digital menunjukkan masa, tarikh ataupun hari mengikut rekaan. Selain itu, terdapat ciri tamabahan seperti lampu, alarm dan stopwatch jugak tau.

Korang pun boleh mendapatkan gaya jam ini dalam pelbagai bentuk dan saiz mengikut pilihan korang tau! Min rekomen untuk korang pilih gaya reka yang klasik yang mudah untuk korang pakai seharian tanpa rasa jemu tau.

Terdapat Pelbagai Warna Untuk Korang Pilih Jugak TauPhoto from teddybaldassarre

Inginkan Jam Yang Tahan Lasak Dan Cantik? Mungkin Korang Jatuh Cinta Dengan Gaya 'Dive Watch'

Aktiviti Menyelam Seperti Ini Memerlukan Jam Yang Tahan Lasak!Photo from Canva

Gaya 'dive watch' adalah jam tangan yang direka khas untuk aktiviti melibatkan air seperti berenang ataupun menyelam. Ia dibina untuk menahan tekanan dan persekitaran yang kasar dalam laut membolehkan korang menjejaki masa dengan tepat dan kekal selamat dalam air tau.

Antara ciri utama adalah bezel berputar satu hala yang korang akan perasan dekat jam tnagan ini tau! Bezel ini digunakan untuk menandakan masa menyelam dan menjejaki masa berlalu sewaktu menyelam tau.

Inilah Contoh Dive Watch Yang Klasik TauPhoto from teddybaldassarre

Selain itu, dial jam tangan ini mempunyai kontras tinggi membolehkan korang baca waktu dengan mudah dalam keadaan cahaya rendah. Bukan itu sahaja tau, mereka dibina dengan bahan yang tahan lasak seperti keluli tahan karat ataupun titanium untuk melindungi jam tangan ini tau.

Haa.. kalau korang yang selalu lasak tu Min rekomen untuk pilih jam tangan ini kerana faktor ketahanan lasak yang tidak dapat pada gaya jam tangan yang lain tau.

Gaya Untuk Majlis Formal Pun Ada Tau! Jadi Tak Perlulah Korang Pakai Satu Gaya Sahaja Tau

Dress Watch Sesuai Dipakai Waktu Acara FormalPhoto from Canva

Kalau korang nak tahu tidak semua jam tangan sesuai dipakai pada majlis formal tau sebab itulah korang perlukan satu jam tangan yang khas iaitu gaya 'dress watch'.

Gaya yang elegan dan sederhana direka untuk melengkapkan pakaian formal menampilkan kesopanan serta keanggunan tau. Biasanya, dress watch memiliki saiz yang kecil serta tipis dilengkapkan dengan tali diperbuat dari kulit tau.

Ciri utama gaya jam tangan ini adalah gaya reka klasik dengan dial warna putih atau hitam dan angka romawi sebagai penanda waktu. Bezel yang minimalis berbanding gaya lain memberikan rupa bersih dan elegan jugak tau.

Selain itu, gaya jam tangan ini kurang memiliki fungsi tambahan berbanding 'dive watch' untuk mempertimbangkan kesesuaian dengan pakaian formal.

Korang Pun Boleh Pilih Tali Seperti Gambar Ini Kalau Tidak Berminat Tali KulitPhoto from teddybaldassarre

Haa.. sebab itu korang perlu memilih jam tangan formal yang sesuai untuk dipakai khas ketika majlis formal ataupun ketika menghadiri sesi temuduga untuk memberikan gaya yang bersih dan kemas tau!

Paling Penting Adalah Memilih Gaya Yang Paling Korang Selesa Barulah Tak Jemu!

Memilih Jam Tangan Yang Korang Suka Paling Penting TauPhoto from Canva

Tidak dinafikan memilih gaya jam tangan yang bersesuaian dengan gaya hidup korang amat penting kerana jam tangan akan melengkapkan kehidupan korang serta mengekspresikan diri korang tau.

Sebab itulah Min rekomen untuk korang memilih gaya yang paling selesa dengan gaya hidup korang termasuklah rekaan yang paling korang suka barulah tak jemu serta rasa terpaksa untuk memakai jam tangan.

Selain itu, pilihlah dan lakukan perbandingan antara berberapa jenama popular untuk memilih jam tangan yang terbaik untuk korang tau!

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok