download Jom Explore app
Keseronokan Tanpa Henti Sepanjang Hari Di Legoland Malaysia

Keseronokan Tanpa Henti Sepanjang Hari Di Legoland Malaysia

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 05 May 2023
Digital Editor

Dah tak tahu nak bawa satu keluarga pergi mana bercuti dalam negara ni? Haa.. apa kata korang bawa sekeluarga ke Legoland Malaysia dekat Johor Bahru untuk menikmati keseronokan tanpa henti lagi-lagi waktu cuti sekolah nanti!

Legoland Malaysia dibuka sejak September 2012 lagi tau dan menjadi salah satu taman tema yang popular dalam negara kita ni. Antara sebab kenapa ia popular adalah taman ini direka khas untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun sehingga 12 tahun tau.

Tetapi korang jangan risau, taman tema ini turut menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh dinikmati oleh setiap lapisan umur tau.

Haa.. memang sesuai sangat untuk korang bawa sekeluarga menikmati percutian dekat taman tema ini tau! Min rekomen sangat untuk ibu bapa yang mencari sebuah destinasi yang sesuai untuk kanak-kanak lari berkeliaran.

Korang Boleh Tengok Peta Legoland Malaysia Besar Tau Taman Tema inI!Photo from marcusgohmarcusgoh

Tapi, korang nak tahu apa yang menarik di Legoland Malaysia ni? Pastikan korang baca artikel ini sampai habis untuk ketahui sebabnya tau!

Lebih 40 Jenis Permainan Dengan 8 Tema Berbeza Di Taman Tema Seluas 76 Ekar Ini!

Memang Sesuai Bawa Family Di Sini!Photo from rabeeayeung

Kalau korang nak tahu, Legoland Malaysia ini adalah taman tema antarabangsa yang pertama dalam negara kita tau dan mempunyai lebih daripada 40 jenis permainan dengan 8 tema Lego khas di Iskandar Puteri, Johor.

Setiap permainan dibina dengan tujuan untuk biarkan kanak-kanak berseronok bersama keluarga sepanjang hari. Setiap permainan yang dibina memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak, berlari dan menjadi aktif dalam kawasan terkawal.

Selain itu,  terdapat 8 kawasan yang berbeza seperti Lego City, Land Of Adventure, Imagination, Miniland, Ninjago World, Lego Kingdoms, Lego Technic menawarkan setiap tarikan yang berbeza tau mengikut tema masing-masing.

Setiap Bangunan Di Sini Dibina Dengan Lego TauPhoto from IG: yiju_www

Setiap kawasan ini direka unutk memberikan pengalaman yang unik kepada setiap pengunjung dan permainan, pertunjukan serta tarikan khas mengikut tema kawasan tersebut.

Sebagai contoh, korang dapat menikmati dunia fantasi raja-raja di Lego Kingdoms manakala korang dapat membina kereta lego bersama anak di Lego Technic. Best kan?

Antara Tarikan Yang Diminati Oleh Kanak-kanak!Photo from IG: jf_lee

Kalau macam tu apa kata korang usha gambar-gambar Min sediakan!

Jelajah Satu Dunia Melihat Bangunan-Bangunan Ikonik Di Miniland!

Siapa Je Tak Kenal Mercu Tanda Ni Kan?Photo from IG: jf_lee

Antara tarikan utama di Legoland Malaysia adalah taman 'Miniland' yang merupakan sebuah kawasan mempamerkan bangunan-bangunan ikonik dan mercu tanda di negara kita dan terkenal di asia dalam versi miniatur tau.

Setiap bangunan miniatur ini dibina dengan menggunakan Lego sahaja tau menjadikan taman ini sangat unik berbanding taman lain di Malaysia.

Korang berpeluang untuk menikmati pelbagai mercu tanda seperti Menara Kembar Petronas, Patung Merlion Singapura, Taj Mahal India, Tembok Besar China atau Kuil Angkor Wat di Kemboja.

Angkor Wat Yang Dibina Dengan Lego!Photo from IG: jf_lee

Selain itu, korang juga turut berpeluang untuk melihat setiap butiran yang dibina oleh pakar-pakar Lego yang memastikan setiap perincian, struktur-struktur banguna miniatur ini tepat dan realistik tau. Dari bahagian jalan raya, kereta sehingga orang berjalan di taman Miniland dipenuhi dengan butiran realistik.

Bukan itu sahaja tau, taman berkeluasan 1.5 ekar mempunyai lebih daripada 30 juta Lego tau memberikan korang berberapa elemen interaktif untuk mengawal berberapa mercu tanda di taman ini. Haa.. taman ini dibina khas untuk korang yang suka 'OOTD' dengan landskap bangunan yang cantik.

Korang Dapat Lihat Setiap Sudut Bangunan Diberikan Perincian Yang Teliti TauPhoto from IG: jf_lee

Secara keseluruhan, taman Miniland menawarkan korang pengalaman untuk melihat kreativiti dan kemahiran pembina Lego yang luar biasa tau serta dapat memberi anak-anak korang inspirasi untuk membina sebuah mercu tanda dengan Lego di rumah.

 

Masih Tak Puas Di Legoland Malaysia? Apa Kata Korang Singgah Ke Legoland Water Park Pulak!

Kat Sini Pulak Sediakan Baju Renang!Photo from IG: sgenies

Haa.. terletak dalam Legoland Malaysia terdapat taman tema air iaitu Legoland Malaysia Waterpark yang menambah pengalaman korang dengan aktiviti-aktiviti di kolam air.

Kalau korang nak tahu, antara tarikan utama di taman air ini adalah membolehkan korang membina sebuah rakit menggunakan Lego bersama anak-anak korang dan melihat adakah rakit tersebut berjaya terapung di sungai yang disediakan tau.

Pengalaman ini pasti membuatkan kanak-kanak korang takkan lupa tau kerana ia menawarkan pengalaman yang menyeronokkan serta interaktif bersama seisi keluarga.

Besar Tau Taman Tema Air Kat Sini!Photo from IG: fahmi_xray

Bukan itu je tau! Taman air ini turut menawarkan kawasan air untuk kanak-kanak yang dilengkapi dengan meriam air, permainan untuk menambah keseronokan!

Selain itu, tarikan seperti Joker Soaker, Wave Rider, Red Rush bakal mengisi masa korang di taman air ni tau. Secara keseluruhan, Min syorkan untuk korang bawa seisi keluarga untuk menghabiskan masa di Legoland Malaysa ini kerana terdapat pelbagai tarikan serta permainan yang sesuai sangat untuk kanak-kanak.

Resort Pun Dibina Dengan Lego TauPhoto from IG: marcellaseftianne

Haa.. kalau macam tu, pelan cuti awal-awal!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok