download Jom Explore app
3 Lokasi Makanan Timur Tengah Sedap & Original Di Shah Alam!

3 Lokasi Makanan Timur Tengah Sedap & Original Di Shah Alam!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 02 May 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Shah alam merupakan bandar yang jarang sekali kita dengar mempunyai kedai makan yang popular dalam kalangan 'foodie' betul tak? Tapi kepada peminat-peminat makanan dari timur tengah, korang wajib singgah Shah Alam untuk menikmati 'Nasi Arab' yang menggunakan resipi asli yang mengekalkan rasa yang sedap!

Kalau korang nak tahu, Nasi Arab ni berasal dari Negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Yaman dan Syria yang sangat popular di dalam negara kita tau. Biasanya menggunakan ayam, daging ataupun kambing dimasak dengan pelbagai rempah ratus untuk menghasilkan sebuah hidangan yang khas dari timur tengah tau.

Selalunya, bila kita makan nasi arab kita dapat rasa rempah seperti jintan, kayu manis, kunyit, bawang putih, bawang merah, safron yang menambah aroma ke dalam hidangan ini. Selain itu, penggunaan minyak zaitun memberikan rasa khas serta unik tau.

Terliur Min Tengok Nasi Arab Ni..Photo from IG: Al-Rawsha

Haa.. kepada peminat Nasi Arab ni korang wajib singgah tau ke lokasi yang Min tulis ni sebab bukan sahaja mereka membawa resipi yang autentik malah mempunyai rasa yang tersendiri yang sukar digambarkan tau!

1. Restoran Sahara Tent, Plaza Shah Alam Seksyen 9

Kambing Yang DImasak Dengan Sempurna Confirm Lembut!Photo from Sahara Tent

Sejak 2011, Restoran Sahara Tent merupakan antara restoran paling terkenal tau di Shah Alam ni. Kalau sampai je bandar Shah Alam sudah pasti korang akan perasan kedai yang menghidangkan makanan autentik timur tengah ni.

Paling menarik tentang restoran ini adalah deko restoran diilhamkan oleh khemah tradisional Bedouin yang dihiasi dengan karpet berwarna-warni, bantal serta langsir yang menghasilkan suasana selesa seperti korang berada di negara timur tengah tau.

Menu yang dihidangkan yang Min boleh rekomen adalah hummus, tabbouleh, kebab dan shawarma. Selain itu, Sahara Tent turut menawarkan daging panggang dan pilihan vegetarian tau.

Deko Yang Membawa Suasana Cozy Sesuai Untuk KeluargaPhoto from Sahara Tent

Kalau korang nak tahu, pengunjung Sahara Tent wajib order 'mix grill' yang mengandungi pelbagai jenis daging panggang seperti kambing, ayam dan daging dicampurkan dengan nasi dan salad tau. Rempah ratus serta aroma bakar memang dapat dirasai dengan setiap suapan ke dalam mulut korang!

Bukan itu je tau, Sahara Tent pun ada berberapa pilihan pencuci mulut iaitu manisan tradisional timur tengah untuk korang pilih dan nikmati.

Kambing Dibakar Dengan Rempah Ratus Yang Asli Timur TengahPhoto from Yen Teoh

? No 2 , Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Section 9 Sahara Tent. Lot F.3, 1st Floor Plaza, Plaza Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor
⏰ Isnin - Ahad (10:00 am - 10:00 pm)

 

 

Restoran Al-Rawsha, Seksyen 7 Shah Alam

Kalau Korang Teringin Nak Makan Macam Raja, Datang Ke Al-RawshaPhoto from foursquare: Al-Rawsha

Korang teringin nak makan dalam istana seperti seorang Raja? Haa.. tak perlu pergi jauh-jauh! Singgah je kat Resotran Al-Rawsha ni yang mempunyai bangunan istana megah menyajikan makanan timur tengah autentik.

Ditubuhkan pada 1996, Al-Rawsha telah menyajikan masakan Timur Tengah menjadi kegemaran rakyat Malaysia lebih dari 25 tahun tau.

Al-Rawsha mempunyai ruang makanan besar yang sesuai untuk korang bawa keluarga beramai-ramai makan bersama-sama untuk meraikan hari istimewa tau.

Bukan Nasi Arab, Shawarma Pun Ada Tau!Photo from Shahdz Dzulkafli

Nasi Arab Al-Rawsha berbeza daripada persaing mereka kerana nasi wangi dimasak dengan rempah menaikkan aroma wangi disajikan bersama pilihan daging korang tau. Daging pilihan akan dimasak dengan pelbagai cara seperti panggang, gril, ataupun di atas api terbuka sehingga sempurna serta lembut.

Selain itu, pelbagai jenis pencuci mulut tradisional turut ada untuk korang pilih serta kuih tradisional Malaysia seperti kuih lapis pun korang boleh nikmati tau.

Haa.. kalau korang ingin jadi raja untuk satu hari, Min syorkan korang makan di sini dan nikmati lah servis yang terbaik serta nasi arab yang khas dari Al-Rawsha.

? 2, Jalan Platinum G7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
⏰ Isnin - Ahad (10:00 am - 12:00 am)

Mozer's, Bukit Jelutong, Shah Alam

Haa.. Korang Tengok Meriah Kan Makan Kat SiniPhoto from IG: mozersrestaurant

Bukan sahaja menawarkan makanan timur tengah yang sedap tapi kafe Mozer's ini turut menawarkan suasana yang tenang yang sesuai untuk korang lepak bersama-sama keluarga ataupun rakan-rakan tau.

Terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Mozer's mempunyai deko yang moden berbanding dua lokasi sebelum ini tetapi ia menyajikan makanan Syria yang asli tau.

Ramai peminat Mozer's selalu rekomen Nasi Arab mereka yang dimasak pelbagai cara seperti Nasi Arab Mandy, Nasi Arab Kabshah ataupun makhlouba. Selain itu, korang kena cuba lamb shank yang meraih populariti antara peminat-peminat nasi arab di kawasan shah alam tau.

Nasi Arab Sini Sangat Popular TauPhoto from IG: mozersrestaurant

Bukan itu je tau, selain makanan autentik dari Syria korang juga boleh mencuba makanan-makanan gaya barat yang mempunyai sedikit kelainan kerana dimasak dengan rempah ratus dari timur tengah tau. Haa.. korang boleh bayangkan sendiri tau betapa sedapnya setiap makanan dimasak dengan penuh teliti dan sempurna tau.

Takkan Korang Tak Terliur Kut?Photo from IG: mozersrestaurant

? 03-0G-01DVIDA BUSINESS CENTRE, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
⏰ Isnin - Ahad (11:30 am - 11:00 pm)

Korang dah terliur belum tu? Bila lagi korang nak buat food hunting bersama kawan ataupun keluarga? Pastikan korang singgah di 3 lokasi ini tau!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok