3 Gaya Masakkan Hidangan Laut Wajib Order!
Kalau korang tanya peminat hidangan makanan laut, sudah pasti mereka akan menceritakan seribu satu menu yang sesuai untuk udang, sotong, ketam dan ikan. Terdapat pelbagai jenis masakan yang ada di restaurant yang hidang makanan laut ni kan. Boleh jadi pening kalau korang tak tahu nak order mana satu!
Haa.. sebab itulah Min tulis artikel ini untuk korang tau. Lepas ni korang dah tak perlu pening kepala lagi nak fikir nak order apa yang sesuai dengan pilihan makanan laut korang tu. Maklumlah, negara kita ni memang terkenal dengan kemewahan pilihan makanan laut yang segar dan sedap kan!
Kalau korang tak pandai order boleh rugi tau pengalaman korang kerana ada kemungkinan teknik masakan itu tidak bersesuaian dengan pilihan hidangan laut korang pilih tu.
Sebab itulah korang kena baca artikel ni sampai habis supaya lepas ni korang dah tau nak order apa dekat kedai yang terkenal dengan masakan laut lagi-lagi waktu korang bercuti di negeri seperti Sabah!
Inginkan Sedikit Aroma Dan Kepedasan? Korang Wajib Order Masak 'Kam Heong'!
Photo from cookingsbymaria
Hidangan Malaysia-Cina yang klasik ini antara masakan popular kerana menggabungkan rasa pedas dan aromatik tau. Kam Heong akan digoreng dengan cepat mengandungi pilihan makanan laut bersama daun kari dan pelbagai rempah. Ia sangat sesuai untuk dimakan dengan nasi putih ataupun mi
Kam Heong bermaksud 'golden fragrance' yang korang dapat bau melalui aroma hidangan ini. Bahan yang digunakan selalunya adalah bawang putih, bawang merah, halia, pes cili, serbuk kari dan kicap. Penggunaan udang kering dan daun kari memberikan hidangan ini rasa dan aroma yang unik itu.
Teknik masakan Kam Heong ini sangat popular dan boleh didapati di kebanyakkan restoran hidang makanan laut. Menu ni sangat sesuai kalau korang inginkan sedikit kepedasan dan aroma melazatkan bakal memikat selera makan korang!
Photo from seasaltwithfood
Secara keseluruhan, Min rekomen untuk korang cuba masak Kam Heong kerana gabungan bahan dan rempah yang unik sangat sesuai sebagai permulaan masakan hidangan laut.
Inginkan Masakan Yang Kompleks Membawa Tiga Rasa Yang Berbeza Pada Satu Hidangan? Korang Kena Order Masak 'Tiga Rasa'
Photo from Che Nom
Masak Tiga Rasa adalah hidangan tradisional yang terkenal dengan kombinasi rasa manis, masam dan pedas tau! Hidangan ini sangat sesuai bersama ikan seperti siakap atau kerapu.
Ikan akan dimasak dalam sos terdiri daripada tiga bahan utama iaitu asam jawa, gula kelapa dan cili. Kalau korang nak tahu, hidangan ini dipercayai berasal dari negeri Terengganu dan menjadi antara masakkan popular digemari orang ramai.
Haa.. sos untuk masak tiga rasa ini akan digaulkan bersama ikan yang dibersihkan dan digoreng sehingga rangup bersama api perlahan sehingga ia menjadi pekat dan likat. Pes cili ditambahkan ke dalam sos tersebut untuk memberikan rasa pedas.
Kombinasi rasa manis, masam dan pedas menjadikkan masakkan ini unik kerana setiap bahan utama memainkan peranan masing-masing untuk memberikan rasa seimbang pada sos itu.
Photo from Dayang Suri
Min rekomen untuk korang order ni sebagai menu pertama kerana ia sangat sesuai untuk makan bersama nasi dan kerana popularitinya pelbagai restoran mampu menhidangkan mengikut resipi tersendiri.
Korang Tak Suka Masak Pedas? Jangan Risau, Korang Order Masak 'Masam Manis'
Photo from Dapur Kita
Min faham ada sesetengah orang tidak boleh makan pedas ataupun korang kurang gemar masakan yang pedas ni. Haa.. jangan risau! Korang pesan je nak masak 'Masam Manis'.
Masak masam manis ni merupakan antara hidangan klasik negara kita tau dengan menggabungkan rasa manis dan masam yang bakal memikat selera korang tau. Kebanyakkan ikan sangat sesuai tapi Min rekomen ikan siakap yang dimasak dalam sos terdiri daripada campuran asam jawa dan gula melaka.
Sos Masam Manis ini disediakan dengan menggaul campuran asam jawa, gula melaka dan berberapa bahan seperti bawang putih, bawang merah pada api kecil sehingga ia sebati menjadi pekat. Sos ini mempunyai rasa masam manis yang seimbang kerana bahan utama tersebut memainkan peranan mereka tau.
Photo from Kuali.com
Gabungan rasa masam manis dan ikan segar pasti meningkat selera makan korang tu! Aroma melazatkan memang sesuai dihidangkan bersama nasi dan menu-menu sampingan.
Min rekomen untuk korang yang tak makan pedas untuk order masak masam manis ini kerana ia bukan sahaja membawa rasa yang unik tetapi kombinasi dua rasa yang seimbang itu memang sukar untuk korang lupakan tau.
Photo from sgmytrips
Haa.. lepas ni korang dah tahu nak order apa dah dekat restoran yang hidangkan masakan laut ni. Selain itu, korang juga boleh mencuba berberapa gaya masakkan lain yang direkomenkan oleh kedai yang korang makan tu lagi-lagi bila dekat Sabah!
Psst.. korang tahu tak Malaysia Airlines (MAS) ada buat MHVacaypass tau yang menawarkan pas untuk korang bercuti sakan di pelbagai lokasi. Jadi, lepas ni lah boleh lah korang pelan bercuti di Kota Kinabalu yang terkenal dengan Masakan Hidangan Laut Yang Murah Dan Sedap! Nak info lanjut? Korang kena tekan link ini!
❤️ Blue Mansion: Ikon Sejarah di Georgetown, Pulau Pinang | Jom Explore
❤️ Restoran Pakcik Wong - Menyediakan Masakan Cina Muslim Terbaik di Ipoh dengan Harga Berpatutan! | Jom Explore