download Jom Explore app
Resipi Masakan Cina Tradisi Yang Halal Di Ipoh?

Resipi Masakan Cina Tradisi Yang Halal Di Ipoh?

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 18 Apr 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Restoran Pakcik Wong merupakan sebuah kedai makan yang menyediakan masakan Cina Muslim yang paling sedap dalam negara hanya terdapat di Ipoh je tau!

Haa.. kalau korang nak tau makanan Cina Muslim merupakan gabungan unik dari masakan kulineri Cina dan Islam.

Masakan Cina Muslim juga amat terkenal dengan campuran pelbagai rempah ratus untuk menghasilkan rasa yang unik seperti jintan, cili, ketumbar dan rempah-rempah Cina yang lain. Bahan ini dapat menambah rasa dan aroma dalam sebuah hidangan tau.

Tak Terliur Ke Tengok Lauk Banyak Macam TuPhoto from Sumber Gambar: FB | Restoran Pakcik Wong

Jadi, korang nak tahu kenapa Restoran Pakcik Wong ni merupakan antara kedai Cina Muslim yang terbaik? Korang kena baca artikel ni sampah habis!

Hidangan Unik Tersendiri, Menu Masakan Style Cina Muslim Yang Original!

Salted Caramel Squid Yang Menjadi Kegemaran RamaiPhoto from Sumber Gambar: FB | Restoran Pakcik Wong

Kalau korang nak tahu, Restoran Pakcik Wong ni menggunakan resipi asli masakan Cina tau serta memastikan setiap bahan-bahan digunakan adalah halal mengikut piawaian ditetapkan.

Bukan sahaja korang dapat merasa resipi yang asli tapi setiap menu dimasak dengan teliti bagi menjaga kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggan tau.

Korang Tengok Kualiti Makanan Yang Dihidangkan TuPhoto from Sumber Gambar: FB | Restoran Pakcik Wong

Menurut pelanggan tetap, rata-rata mengatakan kualiti makanan yang dihidangkan dijaga dengan sangat baik.

Selain itu, antara menu wajib korang cuba adalah 'Salted Egg Squid', 'Ayam Masak Thai', 'Daging Masak Halia' dan 'Mee Wantan Itik'.

Servis Pantas Dengan Harga Yang Sangat Berpatutan!

Harga Pun Berpatutan Tau!Photo from Sumber Gambar: FB | Restoran Pakcik Wong

Kalau korang nak tahu, bukan makanan sahaja tau dimasak dengan teliti tapi Restoran Pakcik Wong juga dikenali dengan perkhidmatan servis yang cepat, teratur dan kakitangan yang mesra!

Sebab itulah kedai ni sentiasa penuh tau lagi-lagi waktu puncak dan juga waktu hari minggu.

Selain itu, kedai ni juga terkenal dengan harga yang berpatutan menjadikan ia destinasi popular untuk mereka yang ingin makan tanpa perlu mengeluarkan bajet yang besar tau.

Hidangan lauk bermula dengan harga RM8.80 tau dan dihidangkan bersama sepinggan nasi. Kalau tanya Min, berbaloi sangat tu!

Cari Papan Tanda Ni Kalau Kat Ipoh!Photo from Sumber Gambar: FB | Restoran Pakcik Wong

Bukan itu sahaja, korang akan dapat portion makanan yang banyak untuk harga yang sangat berpatutan tau!

Suasana Kedai Yang Mesra Sesuai Untuk Bawa Seisi Keluarga Makan Bersama

Suasana Yang Meriah Memang Seronok!Photo from Sumber Gambar: FB | Restoran Pakcik Wong

Restoran Pakcik Wong ni bukan terkenal dengan makanan yang sedap dan servis yang pantas je tau. Kalau korang nak tahu suasana serta atmosfera restoran ini menyebabkan ramai pelanggan tetap di kedai ni tau.

Haa.. selain daripada servis yang bagus dan juga harga berpatutan. Suasana di Restoran Pakcik Wong ini memberikan korang pengalaman yang sukar dilupakan tau.

Menurut pelanggan mereka, ramai mengatakan suasana yang tenang seperti disambut dengan mesra meninggalkan kesan positif ketika menikmati makanan mereka.

Apa Kata Korang Pelan Bawak Makan Satu Keluarga Kat Sini Pulak!Photo from Sumber Gambar: FB | Restoran Pakcik Wong

Bukan itu sahaja tau! kedai ni sangat sesuai untuk korang bawa keluarga korang untuk menikmati masa berkualiti bersama-sama.

Haa.. memang wajib lah untuk korang kunjungi Restoran Pakcik Wong ni tiap kali korang bercuti di Ipoh tau!

Terliur Min Tengok Sambil MenulisPhoto from Sumber Gambar: FB | Restoran Pakcik Wong

Bukan senang untuk menikmati masakan Cina autentik yang menjaga resipi serta kualiti masakan dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk korang nikmati.

Jadi, korang dah amik cuti untuk pergi ke Ipoh belum tu?

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok