Anyeong! Jom Cuba Menu Sihat Telur Dadar Versi Telur Gulung Korea.
Hari ini, kami ingin berkongsikan menu sihat bagi penggemar telur. Mesti korang dah bosan kan dengan telur dadar yang biasa-biasa je kan. Apa kata korang cuba resepi telur dadar gulung dari korea ini, (Omellete roll). Resepi yang sihat juga tau!
Bahan tak banyak tapi cara membuatnya agak tricky
Bahan-bahan nak buat ni tak banyak, cara nak membuatnya agak tricky dan kena hati-hati supaya gulungan telur terbentuk elok dan tak pecah. Bahan-bahan dalam gulungan telur ni boleh letak apa saja yang dirasakan sesuai. Kalau nak cuba buat, resipinya di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan sangat senang dicari iaitu:
- 2 Biji Telur
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Lada Merah
- Kacang Panjang
- Daun Bawang
- Sosej
- Pecahkan 2 biji telur
- Masukkan kesemua bahan tadi
- kacau sehinnga sebati
- tambahkan garam dan perasa ayam
- Masukkan bahan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan gulungan yang cantik
- Gulung telur secara perlahan-lahan
- Ulangi langkah yang sama sehingga mendapat bentuk gulungan yang cantik
Dah siap! Telur gulung versi korea. Jadi Korang boleh cuba resepi ini untuk mendapatkan telur dalam versi yang lain. Bahannya juga senang dan sesuai untuk orang bujang atau pun pelajar asrama. Yang pastinya dikombinasikan dengan nasi pasti sedap!
? Sumber Foto: Ameerasmsddn (Lemon8)
Anda mungkin suka: