5 Kedai Makan Wajib Korang Cuba Di Kelantan
Kalau korang seorang 'food hunter' Malaysia merupakan sebuah syurga untuk korang kerana kepelbagaiaan makanan yang ada. Lagi-lagi negeri Kelantan yang terkenal dengan masakan pantai timur dengan harga berpatutan tau.
Selain itu, korang wajib singgah di kedai-kedai makan yang Min syorkan untuk korang cuba kerana makanan-makanan yang ada memang sedap!
Photo from Sumber Gambar: Canva
Haa.. kalau nak tahu lokasi kedai makanan itu, korang kena baca artikel ini sampai habis!
1. Restoran Pohon Neko, Kota Bharu
Photo from Sumber Gambar: IG| pemburucafe, kelantan.eats
Siapa je tak suka ayam kampung kan? Kalau korang penggemar ayam kampung, korang wajib singgah Restoran Pohon Neko tau!
Menu utama yang korang wajib cuba adalah Menu Nasi Kuah Kari Ayam Kampung tau yang sangat popular di kalangan pelangan.
Nasi putih panas gebu disajikan bersama ayam kampung yang digoreng ranggup sehingga warna emas keemasan tau. Pastikan korang jangan lupa kuah kari pekat supaya setiap suapan korang kekal padu!
Photo from Sumber Gambar: IG | pemburucafe, kelantan.eats
Kalau korang nak tau, restoran ini telah dianugerahkan Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) pada 2016 kerana harga menu makanan yang ditawarkan sangat berpatutan.
?No. Lot 1057, Tingkat Bawah, Jalan Che Su, 15050, Kota Bharu, Kelantan, 15000
? 013-977 8666
2. Restoran Nasi Kerabu Panji
Photo from Sumber Gambar: FB | Nasi Kerabu Panji
Negeri Kelantan memang terkenal dengan 'Nasi Kerabu' iaitu nasi berwarna biru yang harum dihidangkan bersama lauk-lauk memberikan rasa yang sangat berbeza dengan juadah nasi yang ada di negara kita.
Kalau korang nak dapatkan nasi kerabu terbaik di Kelantan, korang wajib cuba di Nasi Kerabu Panji ni tau!
Korang boleh nikmati nasi kerabu bersama ayam goreng yang ranggup, kambing bakar, ayam kampung ataupun puyuh antara pilihan yang korang boleh pilih.
Photo from Sumber Gambar: FB | Nasi Kerabu Panji
Selain itu, mereka turut menawarkan ayam percik yang Min rekomen untuk korang cuba juga. Ayam bakar yang lembut disaluti dengan sos santan dan rempah yang pedas serta daging bakar yang lembut memikat selera makan korang!
?Lot 947, Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan
? 017-967 1960
3. Roti Tempayan, Kuala Krai
Photo from Sumber Gambar: FB | Kedairotippaye Kuala Krai - Roti Tempayan, Naan Cheese
Kalau korang nak tau, gerai ini menawarkan roti tempayan yang dipanggang menggunakan arang mengikut tradisi resipi lama tau.
Roti tempayang ini bukan sahaja lembut! Tapi wangi dan berperisa tau. Roti ini juga dihidang bersama berberapa pilihan kari seperti kari ayam, daging, ikan ataupun kambing.
Photo from Sumber Gambar: FB | Kedairotippaye Kuala Krai - Roti Tempayan, Naan Cheese
Selain itu, waurng ini juga menyediakan makanan ala mamak seperti murtabak dan roti canai dengan harga berpatutan tau. Haa.. Min rekomen sangat untuk korang cuba warung ini dengan resipi tradisi roti tempayang mereka!
? Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Kuala Krai, Kelantan (Belakang Pasaraya Pantai Timor)
? 013-959 6393
4. Mencari Nasi Campur Dengan Harga Berpatutan? Korang Kena Singgah Menu Sha!
Photo from Sumber Gambar: Sha Mohd Razali
Haa.. Sha Mohd Razali ni memang terkenal dalam kalangan pelanggannya dengan menu Siput Sedut dan berberapa lauk seperti ikan bakar dan ayam bakar pada harga yang sangat berpatutan tau.
Kalau korang inginkan makanan tengahari seperti lauk Nasi Campur, Min rekomen korang untuk cuba beli dari Menu Sha ini kerana Siput Sedut memang berbaloi tau!
Photo from Sumber Gambar: Sha Mohd Razali
Bukan itu sahaja, kalau korang ada RM5 je dekat tangan jangan risau kerana sudah cukup untuk korang menikmati pelbagai juadah yang disajikan oleh Menu Sha ni!
? 6018-9136532
5. Restoran Ikan Bakar Kukup, Kota Bharu
Photo from Sumber Gambar: FB | Restoran Ikan Bakar Kukup
Haa.. kalau korang mencari masakan ikan bakar yang sedap, korang wajib singgah Restoran Ikan Bakar Kukup di Kota Bharu ni tau!
Terdapat pelbagai jenis ikan yang korang boleh order macam siakap, jenahak, pari dan bawal. Bukan itu sahaja tau, makanan laut seperti sotong, kerang dan lala juga ada untuk korang cuba!
Selain itu, yang lagi best korang boleh pilih cara masakan sendiri mengikut citarasa korang. Dari yang nak pedas sampailah ke kurang pedas.
Photo from Sumber Gambar: FB | Restoran Ikan Bakar Kukup
Suasana restoran ini pun memang santai, sesuai untuk korang kalau nak lepak serta menikmati hidangan yang membuka selera bersama rakan-rakan ataupun pasangan keluarga. Haa.. sedap tau dapat ikan bakar bersama nasi putih panas ni!
?Jalan Dusun Muda, Kampnug Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan
⏰ 5pm - 1 am
? 017-982 7283
Jadi, bila korang nak pelan cuti ke Kelantan untuk cuba 5 restoran ini?