download Jom Explore app
[Ramadhan 2024] 5 Tips Masak Rendang Daging Dengan Cepat Dan Lembut

[Ramadhan 2024] 5 Tips Masak Rendang Daging Dengan Cepat Dan Lembut

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 15 Mar 2024
Digital Editor

Suasana di pagi raya takkan lengkap kalau tiada rendang di atas meja makan. Cuma ramai keluh apabila mengenang untuk masak kerana mengambil masa lama untuk memastikan daging dimasak sehingga lembut dan empuk. Ada cara lebih mudah ke min?

Rendang antara menu kegemaran ramai memang wajib dihidangkan. Hidangan istimewa antara makanan tradisional menyelerakan yang sentiasa berjaya memikat selera makan sesiapa melihatnya.

Namun, masak rendang bukan satu perkara mudah dan memerlukan banyak usaha untuk pastikan dimasak dengan baik. Ramai takut bila dah siap masak, rasa rempah tidak dapat terasa dan tekstur daging jadi kenyal serta keras.

Siapa je tak terpikat dengan aroma dan baunya kan?Photo from Astronauts.id

Tetapi korang jangan risau. Sebab min akan kongsi dekat korang 5 tips untuk pastikan rendang dimasak dengan lebih cepat dan daging jadi lebih lembut serta empuk.

1. Pilh Daging Yang Tepat Serta Berkualiti

Kena pandai pilih daging supaya tak ditipu macam tu sahajaPhoto from Pasar Moden Shah Alam

Selalunya kalau ke pasar, daging lembu sudah siap dipotong dalam beberapa bahagian. Korang juga wajib ambil tahu kebaikkan serta keburukkan setiap satu bahagian tersebut. Ini dapat mengelakkan korang daripada ditipu dengan penjual.

Bahagian paling lembut digemari ramai ialah bahagian batang pinang. Ia memang terkenal dengan tekstur lembut tetapi korang juga boleh pilih bahagian peha pun dapat memberikan rasa cukup enak.

Kalau ada penjual cuba jual bahagian rusuk atau dada jangan gopoh beli terus! Ambil tahu dulu tekstur bahagian ini bagaiman dahulu sebelum beli. Kemudian, minta tukang potong untuk potong daging sama arah dengan seratnya.

Contoh bahagian daging batang pinangPhoto from Supplybunny

Supaya ia tidak jadi keras dengan saiz sederhana sahaja. Bahagian peha daging peha yang lebih dekat dengan resipi asal kerana isinya lebih padat. Selain itu, isinya tidak mudah hancur daripada proses masak yang lama.

Bila masak dengan lama dan betul barulah rempah boleh meresap sampai ke bahagian dalam.

Penjual Daging Chow KitPhoto from Malaysia Gazzette

Andai kata korang tersalah beli daging yang teksturnya liat. Perap daging itu dahulu dengan serbuk penaik (baking soda) untuk semalaman. Keesokan harinya daripada liat terus berubah jadi lembut.

2. Pastikan Tumis Rempah Ratus Dengan Betul

Nak masak rendang kena tumis betul betul rempah tuPhoto from Liputan6

Bahagian watak sampingan iaitu rempah ratus akan mengeluarkan rasa sedap jika dimasak dengan kaedah betul. Penggunaan rempah ratus amat penting bagi menyempurnakan masakan korang.

Sebelum menumis, pastikan korang menggiling atau tumbuk dahulu yang ingin digunakan. Elakkan guna mesin blender kerana ia tidak dapat mengeluarkan rasa rempah sepenuhnya.

Bila rasa rempah tak dapat dikeluarkan ia akan mempengaruhi keseluruhan masakan korang. Rempah yang segar dapat keluarkan rasa sepenuhnya dengan cara menggiling atau menumbuk jadi lebih sedap berbanding diproses oleh blender.

Contoh menggiling itu macam ni rupanyaPhoto from Berita Harian

Ingat, keluarkan rasa rempah untuk tambah rasa lebih enak, mendalam dan kaya dalam rendang korang.

3. Gunakan Santan Berkualiti Serta Asli

Sebaiknya guna juga santan asli bukan dah siap dalam kotakPhoto from Kosmo Digital

Perasan tak rasa rendang ada rasa berlemak? Untuk pastikan rasa lemak terhasil ia bergantung kepada penggunaan santan. Zaman sekarang memang mudah kita nak beli santan yang sudah siap tetapi kita sendiri tak tahu kandungannya.

Daripada korang membazir beli yang tak berkualiti, lebih baik korang habiskan duit kepada bahan berkualiti betul tak? Haa.. kalau nak hasilkan rendang sedap memang kena guna kuantiti santan yang banyak untuk hasilkan rasa berlemak itu.

Perahan SantanPhoto from Travel Kompas

Justeru itu cuba elak beli dah siap dalam kotak. Pergi ke pasar dan pilih santan asli yang selalunya akan ada setelah dah siap beli daging tu. Nisbah penggunaan pula sekilo daging bersamaan lima biji kelapa.

Tambahan pula, jangan lupa tapiskan santan untuk elak ia menjadi basi dan mampu bertahan lebih lama.

4. Masak Dulu Santan Dengan Rempah Tau

Nak buat rendang daging lembut dan empuk tidak semestinya perlu hancurkan isinya. Sebaliknya, masak terlebih dahulu santan dengan rempah sehingga naik mendidih dan warna bertukar jadi coklat.

Kemudian baru kita masukkan daging. Bagi masa untuk bahan tersebut sudah mengenali sesama sendiri dan akan mula mengeluarkan bau-bau wangi. Ini bermaksud cara korang dah betul dan boleh teruskan proses memasak seterusnya.

Masak Rendang DagingPhoto from My Resepi

Tak lupa jua pastikan api tu pasang tahap kecil sahaja. Teruskan memasak sehingga warna mula berubah jadi warna hitam sedikit baru menjadi rendang korang! Jangan pergi marakkan api macam masak char kuey teow pulak.

5. Gaul Secara Perlahan-Lahan Baru Betul

Kalau teknik masak betul baru jadi rendang korang tau!Photo from Che Nom

Memang tak dinafikan nak buat rendang sedap kena sabar sedikit. Tak lua jua kena ada kemahiran dan juga bakat serta orang tak bersabar memang tak boleh menghasilkan rendang yang sedap sebab cara boleh jadi salah tau.

Bagaimana nak tahu cara korang betul boleh lihat daripada teknik menggaul sahaja. Sentiasa gaul dan mengacau tanpa henti apabila daging dimasukkan ke dalam periuk. Proses ini memang tak boleh ditinggalkan kerana takut hangus nanti.

Jangan digaul begitu cermat, buat secara perlahan pun sudah cukup asalkan tidak terbiar pada satu bahagian sahaja. Sementara tengah menggaul tu tengok juga daging korang teksturnya sudah jadi lembut dan empuk ke beum.

Kalau masih liat makusdnya belum lagi lah tu. Takpa teruskan sahaja.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok