5 Port Wajib Untuk Makan Selambak Macam Raja!
Korang mesti setuju dengan Min benda paling potong stim bila korang bayar makanan mahal, portion yang korang dapat kecik! Min banyak kali dah terkena situasi macam tu.
Haa.. korang mesti pernah lalui situasi macam tu dulu jugak kan tapi Min nak share dekat korang 5 Port makan wajib korang try kalau korang nak makan selambak macam raja sampai hari esok pun tak habis!
Haa.. korang mesti boleh relate dengan situasi macam ni kan? So, Min nak share dekat korang 5 Port makan yang wajib korang try untuk makan selambak macam raja dengan portion melimpah dengan harga berpatutan tau!
Sampai esok pun korang makan tak boleh habis! Menarik kan? Jom baca artikel ini untuk ketahui 5 port menarik ini.
1. Kedai Nasi Bukit Padang Jawa
Penduduk Padang Jawa dan Shah Alam memang selalu singgah kedai ni untuk dapatkan makanan dengan harga berpatutan dan portion yang generous tau. Kedai Nasi bukit Padang jawa terletak dalam kawasan Padang Jawa berdekatan dengan Bandar Shah Alam. So, tak susah la untuk korang cari kedai ni!
Photo from Sumber Gambar: FB | Mie Az Nan, Dilla Ali, Muhammad Syukur, Ain MJ
Paling best tentang kedai ni kan, satu pinggan nasi goreng besar korang boleh kongsi sampai 2-3 orang tau dan kalau korang nak makan sorang pun takpa sebab harga sangat berpatutan. Sepinggan nasi goreng selambak bermula dengan harga RM8-RM10 je tau!
Selain dari nasi goreng, Kedai Nasi Bukit turut menawarkan pelbagai pilihan seperti Nasi Ayam Penyet, Pecel Lele, Nasi Ayam dan Nasi Goreng USA. Bukan itu sahaja tau! Hilangkan rasa dahaga korang dengan air kelapa dan air gelas besar baru la puas.
Haa... Jom serbu Kedai Nasi Bukit Padang Jawa!
2. Garden Western Grill, Petaling Jaya
Kalau korang mahukan makan tema 'western' dengan saiz yang besar dan berbaloi, Min suggest untuk korang cuba Garden Western Grill di Petaling Jaya! Korang boleh bawa keluarga untuk makan bersama-sama sebab portion dia memang tak masuk akal
Min paling suka dia punya fish & chip yang didatangi set dengan roti bakar dan sosej. Bukan senang tau nak jumpa gerai western 'orang kita' ada Fish & Chip.
Photo from FB | Garden Western Grill
Setiap Fish & Chip yang dihidangkan dimasak dengan sempurna bagi memastikan kualiti berpatutan dengan harga yang korang bayar tau! Warna keemasan dan isi yang juicy confirm buat korang jatuh hati dekat kedai ni.
Haa.. korang nak tahu tak tartar sauce mereka homemade tau. Rasanya sangat lah berbeza daripada tarat sauce yang biasa korang beli ataupun di kedai lain yang korang pernah cuba. Min suggest untuk korang makan fish & chips bersama tartar sauce.
3. Mee Udang Selambak Cik Wa, Ayer Tawar Perak
Terliur tak korang baca bila Min bagitau Mee Udang Selambak Cik Wa ni bukan sahaja menyediakan Mee Udang yang terbaik di Perak tapi Udang bersaiz XXL ni korang boleh dapatkan dengan harga yang murah tau, hanya dengan harga RM7.00 sepingan.
Selain itu, Mee Udang Selambak Cik Wa turut menawarkan hidangan lain untuk korang menikmati seperti mee bandung, mee udang, nasi goreng udang, dan mee kari udang. Jadi korang tak perlulah pening nak fikir nak makan apa lepas ni! Pelbagai hidangan yang ada untuk korang pilih dan kongsi makan bersama rakan-rakan.
Photo from FB | Mee Udang Selambak Cik Wa
Yang paling menarik tentang kedai Mee Udang Selambak Cik Wa ni korang boleh menikmati pemandangan yang cantik tau kerana kedai terlekat berdekatan tepi laut berdekatan dengan sbeuah masjid.
Korang memang wajib singgah port makan ni untuk menikmati Mee Udang paling sedap di Perak!
4. Mee Udang Selambak Udang Gergasi, Sg Besar
Korang tahu tak dekat Sg Besar pun ada tau Mee Udang Selambak dengan Udang Gergasi untuk korang cuba! Korang boleh bawa keluarga datang sini untuk makan beramai-ramai tau dekat D Hentian Mangga Zams Agro.
Haa.. udang-udang dia tinggal tunggu kita datang untuk dijamah je sebab memang sedap! Min suggest untuk korang order 2 orang makan untuk seorang, confirm korang kenyang sampai esok!
Photo from FB | Zams Agro
Mesti korang terliur sambil tertanya-tanya mahal tak Mee Udang Selambak Udang Gergasi, Sg Besar ni? Haa.. RM8 untuk Mee Udang Biasa tapi Min suggest untuk korang cuba Mee Udang Special yang berharga RM18 didatangi dengan banyak udang!
So, korang wajib try kedai ni tau!
5. Mameen Celup Tepung, Shah Alam
Korang dah tak perlu drive jauh-jauh ke Terengganu, Kelantan ataupun Kuantan. Korang hanya pergi ke Seksyen 30, Shah Alam sahaja untuk menikmati pelbagai makanan celup tepung.
Mameen Celup Tepung confirm membuatkan korang teringat suasana tepi pantai seperti di Terengganu kan, korang boleh nikmati makanan yang bersalut dengan tepung dan digoreng dalam minyak panas.
Photo from FB | Mameen Celup Tepung
Pelbagai jenis seafood celup tepung yang ada dekat Mameen Celup Tepung ni tau, setiap makanan dihidang dengan panas, serdak tepung yang rangup dan sos colek pedas-manis yang dimasak sendiri confirm korang akan melantak sampai hari esok!
Korang tunggu apa lagi? Dekat Mameen Celup Tepung je korang boleh makan selambak celup tepung ni tau!