5 Lokasi Popular Untuk 'Shopping' Raya Sekitar Lembah Klang
Raya Sedondon mesti nak beraya! Pejam celik hari raya makin hampir dengan kita. Kegemaran orang kita adalah membeli-belah sempena hari raya nanti. Oleh kerana sudah tiada lagi halangan untuk balik kampung pada Aidilfitri kali ini, masyarakat tempatan terutamanya golongan ibu bapa telah merancang untuk melakukan persiapan awal bagi mengelak kesesakan yang lazimnya berlaku pada hari-hari terakhir Ramadan.
Photo from Jiran
Ini dia 6 lokasi yang sangat popular untuk mencari baju raya. Min, menyediakan tempat-tempat ini bagi memudahkan korang supaya tidak menunggu lama untuk membeli.
-
Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan Tar)
Sejak lama, Jalan TAR telah menjadi destinasi wajib bagi penduduk tempatan dan pengunjung dari luar Lembah Klang yang ingin membeli persiapan Aidilfitri. Terdapat 216 tapak niaga yang disediakan bagi para peniaga pada tahun ini. Pelbagai barang dan kelengkapan Syawal seperti pakaian, songkok, perhiasan wanita dan kuih raya dijual di sini.
Photo from Jualan baju di jalan tar KL
Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur 2022 akan beroperasi di Jalan TAR dari 29 Mac 2023 hingga 21 April 2023 dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. Gerai pakaian dan makanan akan buka hingga jam 12 tengah malam untuk memberikan peluang kepada orang ramai untuk membeli-belah selepas waktu berbuka.
-
Kenanga Wholesale City (KWC), Pudu, Kuala Lumpur
Kenanga Mall atau KWC adalah sebuah pusat borong yang sangat besar, dengan 800 kedai yang menjual berbagai produk fesyen seperti pakaian, aksesori, dan kasut. Harga barang-barang yang dijual di KWC sangat berpatutan dan lebih murah daripada harga di pasaran utama. Ada juga barang-barang yang dijual dengan harga borong jika dibeli secara pukal.
Photo from Kenanga Wholesale
KWC juga sangat sesuai untuk seisi keluarga yang ingin mendapatkan pelbagai kelengkapan Syawal mengikut citarasa dan bajet masing-masing. Pusat beli-belah ini dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta yang luas, surau, dan restoran, sehingga para pengunjung dapat berbelanja dengan lebih mudah dan nyaman.
-
GM Klang Wholesale City, Klang, Selangor
Hampir 90% premis yang beroperasi di GM Klang ialah kedai yang menjual item fesyen termasuklah pakaian kasual, pakaian tradisional, barangan kulit dan aksesori. Bagi anda yang mahu mencari baju raya yang cantik dan murah, mari singgah di sini.
Photo from GM Klang
Fasiliti awam seperti medan selera dan surau ada disediakan untuk kemudahan pengunjung yang datang membeli-belah sepanjang bulan Ramadan. Kesemua keperluan yang diingini pelanggan berada di bawah satu bumbung. Konsep gedung yang strategik sangat sesuai untuk seisi keluarga yang mahu mencari kelengkapan Syawal tanpa perlu bersesak-sesak.
-
Bangi Sentral, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor
Bangi Sentral ialah sebuah pusat jualan yang menempatkan pelbagai butik pakaian. Bagi anda yang masih tidak tahu rekaan baju raya bagaimana yang hendak digayakan di pagi Syawal nanti, bolehlah datang ke Bangi Sentral.
Photo from Bangi Sentral
Kawasan ini menjadi pilihan pencinta fesyen dan dianggap sebagai syurga membeli-belah oleh kaum wanita. Terdapat bermacam-macam fesyen Muslimah yang boleh dibeli pada harga yang sangat berpatutan.
-
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Seksyen 7 sesuai digelar lubuk buat mereka yang mencari baju raya idaman kerana kebanyakan unit kedai di sini beroperasi sebagai butik dan gedung pakaian tradisional. Antara jenama yang sering menjadi tumpuan ialah Jakel Mall, LosraVelda dan Minimalace. Buat pengetahuan pembaca, jakel telah dipindah di depan klinik kesihatan akibat kesan kebakaran tempih hari.
Photo from Kawasan Baru Shah Alam
Kalau anda mahukan lebih banyak pilihan, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke pusat beli-belah SOGO yang terletak bersebelahan taman tema i-City. Ada bermacam-macam pakaian berjenama untuk semua peringkat umur. Persekitaran yang dingin dan selesa semestinya memudahkan ibu bapa yang datang bersama anak-anak.
Anda Mungkin Suka :