download Jom Explore app
Baju Melayu Harga Kayangan?! Trivia Menarik Tentang Pereka Baju Ini!

Baju Melayu Harga Kayangan?! Trivia Menarik Tentang Pereka Baju Ini!

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 06 Apr 2023
Digital Editor

Korang scroll semua platform media sosial sekarang bersepah koleksi raya dan baju melayu yang ada menawarkan warna yang unik, cutting yang modern ataupun fabrik yang jarang sangat orang guna kan. Tapi tular baru-baru ini baju melayu harga kayangan yang dicipta oleh pereka terkenal Rizman Ruzaini tau.

Haa.. terkejut netizen tengok baju melayu berharga RM1,500 ribu! Biar betul pereka fesyen terkenal mengeluarkan koleksi raya dengan harga sebegitu. Tapi kan, sebut sahaja nama pereka terkenal ni sudah tentu semua orang kenal kan tapi ini trivia menarik yang korang tak pernah tahu pasal duo pereka fesyen ini.

Pereka Duo Di Sebalik Nama MerekaPhoto from Sumber Gambar: Nona

Jom Min ceritakan dekat korang antara trivia menarik di bawah artikel ni, korang kena baca sampai habis tau!

1. Baju Kurung Menjadi Inspirasi Di Kaca Mata Dunia!

Rekaan Bridal Rizman RuzainiPhoto from Sumber Gambar: Nona

Haa.. kalau korang nak tau Rizman Ruzaini pernah memperagakan koleksi pakaian mereka di luar negara tau dan ia merupakan antara bandar utama yang terkenal dengan lahirnya pereka fesyen dunia yang terkenal iaitu Bandar New York di Amerika Syarikat. Wow!

Pada tahun 2018, mereka pamerkan koleksi couture di 'Couture Fashion Week New York' tau. Koleksi yang dipamerkan yang diperagakan oleh model-model pamerkan kebolehan serta keunikkan rekaan mereka berbanding pereka fesyen dari pelbagai dunia yang lain.

Dalam koleksi tersebut, korang dapat lihat teknik kepakaran mereka dalam teknik manik yang memerlukan hasil tangan kerja yang sangat kemas. Setiap pakaian dalam koleksi tersebut mempunyai 'silhouette' yang 'loose' dan 'drape' seakan sama dengan gaya rekaan baju kurung wanita.

Koleksi Mereka Yang Mempunyai Keunikkan SendiriPhoto from Sumber Gambar: Wilayahku

Bukan itu sahaja tau! antara pakaian utama yang dipamerkan adalah baju kurung wanita menunjukkan kepada mata dunia bahawa negara kita juga mampu melahirkan pereka fesyen setaraf antarabangsa.

2. Bukan Satu Ataupun Dua, Meraih Pelbagai Anugerah Dalam Karier Mereka

Pasangan Duo Yang Merangkul Pelbagai Anugerah Dalam Karier Photo from Sumber Gambar: Nona

Pereka fesyen ini bukan sahaja terkenal di negara kita malah mereka turut memenangi pelbagai anugerah sepanjang karier mereka dalam industry fesyen negara. Anugerah yang dimenangi membezakan prestij mereka berbanding pereka fesyen yang lain tau.

Antara anugerah yang diraih oleh mereka adalah, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dalam kategori Pereka Fesyen Paling Popular & Best Dress Designer Award pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Bukan itu sahaja, Pada tahun 2017, mereka sekali lagi menangi anugerah Fashion Valet 2017: King Of Couture.

Gandingan Duo Yang Berseni Membuahkan Sebuah Nama Yang UnikPhoto from Sumber Gambar: Hiburan Kini

Pada tahun 2019 pula, mereka merupakan pemenang SME & Entreprise Business Awards 2019: Fashion Icon of The Year dan Malaysia Top Achiever 2019: Leadership Excellence in Fashion Couture.

Anugerah-anugerah yang dimenangi oleh mereka bukan sahaja menunjukkan kepakaran mereka dalam bidang seni malah menunjukkan kepakaran dalam bidang usahawan juga.

3. Bukan Mengeluarkan Koleksi Raya Semata-Mata

Rekaan Beg Tangan Yang Sangat Feminine!Photo from Sumber Gambar: Rizman Ruzaini

Netizen hanya mengetahui label mereka mengeluarkan koleksi Raya, Bridal ataupun Made-To-Wear yang mempamerkan rekaan-rekaan yang trendy, moden dan juga berbeza dari koleksi pereka fesyen yang lain.

Tetapi, pasti korang tak tau mereka turut menawarkan koleksi lain yang tidak terhad kepada pakaian sahaja. Mereka turut menawarkan aksesori seperti barangan kemas untuk dipadankan dengan pakaian, rekaan kasut dan heels tau!

Bukan itu sahaja! Korang pun boleh beli rekaan beg tangan daripada mereka tau yang direka khas dengan nama, logo dan kualiti yang tinggi. Min pun terkejut lagi-lagi bila dapat tau mereka menawarkan koleksi minyak wangi mereka tersendiri untuk lelaki dan wanita.

Mereka Turut Menawarkan Rekaan TudungPhoto from Sumber Gambar: Rizman Ruzaini

Memang hebat tau pelbagai koleksi yang ditawarkan oleh dua pereka fesyen ini dah macam jenama fesyen house yang dikenali satu dunia.

4. Menjejak Langkah Seperti Usahawan Ternama Bernard Arnault

Rekaan Couture Yang Sangat UnikPhoto from Sumber Gambar: malaysianmillionaireblog

Kalau korang nak tau, Rizman Ruzaini ini merupakan kerjasama antara dua rakan iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil yang menjadi rakan baik sejak di bangku Universiti lagi tau!

Mereka berdua mempunyai perwatakan serta ciri dan mata dalam seni rekaan fesyen yang sangat berbeza membuatkan keunikkan yang tidak ditiru oleh mana-mana pereka fesyen yang lain. Koleksi yang dipamerkan dan ditawarkan merangkumi idea dari kedua-dua personaliti yang sangat ketara tau.

Menawarkan Perspektif Unik Dalam Bidang SeniPhoto from Sumber Gambar: Prestige Hong Kong

Haa.. impian mereka berdua adalah menjejak langkah seperti usahawan terkenal iaitu Bernard Arnault yang memiliki pelbagai jenama fesyen dunia yang terkenal di bawahnya.

5. Ikon Negara, Dato' Siti Pun Pamerkan Koleksi Pakaian Mereka!

Koleksi Bersama Ikon Negara!Photo from Sumber Gambar: Rizman Ruzaini

Haa.. korang tahu tak antara rekaan pertama yang direka oleh pasangan duo ini dipakai oleh ikon negara kita iaitu Dato' Siti Nurhaliza tau! Lebih menarik lagi, pakaian itu juga dicipta sewaktu mereka di Universiti lagi.

Tidak dapat dinafikan kaliber serta kemahiran mereka dalam bidang seni ini kerana netizen sendiri dapat lihat setiap pakaian yang direka mempunyai perincian yang khusus serta kecantikkan yang sering kali tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Baju Melayu Harga 1.5k?Photo from Sumber Gambar: Rizman Ruzaini

Patutlah baju melayu pun boleh harga kayangan!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok