Atasi Masalah 'Microsleep' Dengan Langkah Mudah Ni
Korang seringkali lihat kadar kemalangan naik terutamanya waktu puncak untuk pulang ke kampung halaman kan? Sebenarnya apakah punca yang menyebabkan kadar kemalangan kerap berlaku waktu balik raya ni.
Haa.. sebenarnya punca utamanya adalah 'microsleep' yang kerap berlaku pada mereka memandu kereta. Fenomena ini berlaku kerana korang tidak mendapat tidur secukupnya dan cuba melawan rasa mengantuk ketika memandu.
Photo from Sumber Gambar: Canva
Bahaya tau fenomena ini kerana ia mampu berlaku di antara tempoh 1 sehingga 30 saat tanpa sebarang amaran. Lagi kuat korang melawan perasaan itu, lagi kerap ia berlaku dan boleh berlaku tanpa sedar serta dengan mata terbuka.
Jadi, mari Min kongsi cara-cara untuk kurangkan microsleep dan pastikan korang sampai ke destinasi waktu raya nanti!
1. Pelan Perjalanan Korang Sebelum Bertolak!
Photo from Sumber Gambar: Canva
Antara punca mengapa pemandu kerap microsleep adalah mereka tidak mendapat kualiti tidur yang secukupnya. Korang kena pastikan korang tidur sekurang-kurangnya 6-8 jam sebelum bertolak. Selain itu, pastikan tidur korang berkualiti jugak tau!
Untuk mendapat tidur yang berkualiti pastikan bilik tidur berada pada suhu yang sejuk dan malap. Bukan itu je tau, sehari sebelum perjalanan pastikan korang elak aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak seperti melepak, bersukan fizikal ataupun menonton wayang sehingga larut malam.
Photo from Sumber Gambar: Canva
Min pun syorkan untuk korang kurangkan pengambilan air mengandungi kafein sebelum tidur untuk tidak menganggu kitaran tidur korang. Haa.. baru korang boleh bertolak untuk raya dan elakkan memandu waktu malam jugak tau!
2. Pastikan Co-Driver Korang Tidak Membosankan
Photo from Sumber Gambar: Canva
Memandu perjalanan yang jauh adalah resipi kepada microsleep tau kerana korang akan mudah bosan dan mula mengantuk lebih cepat daripada biasa. Haa.. sebab itu Min syorkan untuk korang membawa rakan ataupun pasangan untuk meneman korang ketika memandu.
Selain itu, tugas seorang co-driver bukan teman sahaja tau! Korang kena aktif dan peka keadaan sekeliling dan juga pemandu di sebelah korang tu. Elakkan berdiam ataupun tidur untuk mengelak pemandu menjadi bosan dan mengantuk.
Photo from Sumber Gambar: Canva
Pastikan korang meriahkan suasana dalam kereta dengan berborak topik-topik yang menarik, menceritakan pengalaman ataupun lakukan sesi karaoke untuk mengelak keadaan sunyi dalam kereta.
3. Rehat Sebentar Di Kawasan Yang Disediakan
Photo from Sumber Gambar: Canva
Haa.. kalau dah menguap berkali-kali tu berhenti lah sekejap dekat kawasan yang telah disediakan seperti rehat & rawat (R&R) supaya badan korang boleh tidur ataupun berehat setelah penat memandu.
Min tak sarankan korang lawan rasa mengantuk itu kerana makin kerap korang lawan semakin kuat badan korang akan mengalami 'microsleep' sekaligus meningkatkan peratus untuk korang mengalami kemalangan di atas jalan raya.
Photo from Sumber Gambar: Piston.my
Korang tidak semestinya perlu tidur dalam tempoh masa yang lama, sekurang-kurangnya 15-20 minit sudah cukup untuk menyegarkan badan serta menambah tenaga korang nanti!
4. Secawan Kopi Boleh Membantu Tapi Jangan Overdose Pulak!
Photo from Sumber Gambar: Canva
Sementara korang berhenti di mana-mana R&R tu, Min sangat syorkan untuk korang minum secawan kopi ataupun teh yang mengandungi kafein untuk menyegarkan mata serta badan yang lesu dengan cepat.
Kalau korang nak tau, menurut artikel ditulis oleh Houston Methodist, kafien mudah diserap oleh badan kita dengan kadar yang cepat dan disalurkan ke seluruh badan selepas pengambilannya termasuklah ke otak kita. Haa.. sebab itulah, kafien mampu menyedarkan dan memberi tenaga kepada badan kita.
Photo from Sumber Gambar: Canva
Tetapi, korang minum secawan je tau! Kafein tidak digalakkan diambil secara berlebihan dalam satu tempoh masa kerana boleh menyebabkan korang rasa mual, loya ataupun sakit kepala yang menyebabkan korang tidak fokus ketika memandu nanti.
5. Pasang Lagu Kegemaran Korang!
Photo from Sumber Gambar: Canva
Sebelum memulakan perjalanan korang, Min rekomen untuk korang sediakan sebuah playlist yang dipenuhi dengan pelbagai lagu kegemaran korang dan peneman korang untuk memberikan suasana bertenaga ketika korang memandu!
Waktu musim raya ni, apa kata korang pasang lagu-lagu raya yang klasik sehingga moden dan adakan sesi karaoke bersama rakan-rakan untuk rancakkan lagi perjalanan korang sekaligus elakkan korang mula rasa bosan dan mengantuk nanti.
Photo from Sumber Gambar: Canva
Kalau korang kurang gemar mendengar lagu jangan risau tau sebab Min rekomen untuk korang dengar podcast untuk meneman korang sepanjang perjalanan. Sekurang-kurangnya korang tak bosan sebab dengar suara orang bercakap kan!
Haa.. ini langkah mudah untuk korang gunakan untuk kurangkan gejala microsleep nanti sewaktu korang pulang ke kampung ketika Raya nanti! Ingat pastikan korang dapat tidur yang secukupnya dan patuhi undang-undang di jalan raya sewaktu memandu.
❤️Resepi bubur dan pengat yang mudah dibuat menjadi kegemaran orang ramai | Jom Explore
❤️Resepi Kuih Raya Tradisional Popular & Sedap | 5 Resepi Biskut Raya Mudah Dibuat | Jom Explore