download Jom Explore app
[Ramdhan 2024] 5 Tips Kurangkan Pembaziran Makanan Pada Bulan Ramadan

[Ramdhan 2024] 5 Tips Kurangkan Pembaziran Makanan Pada Bulan Ramadan

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 23 Feb 2024
Digital Editor

Tiap kali tiba bulan Ramadan sudah pasti korang akan menjamu selera dengan pelbagai juadah yang mewarnai suasana bulan mulia ni kan.

Tapi, korang perasan tak kebanyakkan makanan yang kita beli untuk berbuka akan dibuang begitu sahaja. Perkara ini menyebabkan berlakunya pembaziran makanan dan kalau korang nak tahu menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mencatatkan peningkatan sebanyak 40 peratus sisa makanan ketika bulan Ramadan.

Sumber Gambar: CanvaPhoto from Sumber Gambar: Canva

Haa.. Min pun terkejut bila dapat tau! Jadi apa kata untuk tahun ini dan seterusnya korang cuba ikut langkah mudah ini untuk kurangkan pembaziran makanan ketika bulan mulia ini.

Jom tengok langkah yang Min dah tulis dibawah ini!

1. Pelan Menu Makanan Korang!

Korang Boleh Ikuti Pelan Seperti Dalam Gambar IniPhoto from Sumber Gambar: Canva

Antara langkah yang paling mudah korang boleh terapkan adalah pelan satu rancangan menu masakan ataupun makanan yang mudah untuk korang ikuti untuk mengajar korang untuk tidak membeli ataupun masak secara berlebihan.

Korang boleh sahaja mulakan menu ini dalam tempoh seminggu untuk memudahkan terlebih dahulu. Ini juga akan memberikan korang sebuah bajet untuk membeli bahan dapur ataupun makanan di bazaar Ramadan.

Sediakan Pelan Yang Lengkap Bakal Memudahkan Hidup KorangPhoto from Sumber Gambar: Canva

Selain itu, pelan menu ini akan mengajar korang supaya membeli barang dapur ataupun makanan secara berhemah sekaligus beli apa yang korang perlu sahaja. Jadi takdalah korang selalu membazir!

2. Senaraikan Keperluan Korang & Beli Yang Korang Perlukan Sahaja

Jangan Terlebih Barang Dapur!Photo from Sumber Gambar: Canva

Untuk langkah ini mudah sahaja, senaraikan keperluan yang asas dahulu dan barulah korang tambah sedikit kehendak yang tidak memecah bajet yang ditetapkan. Ini bakal mengajar korang untuk mengutamakan keperluan asas terlebih dahulu dan beli mengikut keperluan sahaja.

Haa.. Min syorkan untuk korang utamakan bahan kering dan bahan yang tidak mudah luput ataupun rosak. Pastikkan korang juga tahu bagaimana untuk menyimpan stok bahan makanan untuk memanjangkan tempoh hidup bahan itu.

Jangan Lupa Check Tarikh Luput Sebelum MembeliPhoto from Sumber Gambar: Canva

Selain itu, korang sentiasa semak tarikh luput stok makanan korang untuk elakkan korang mengambil makanan yang sudah rosak. Paling penting sekali adalah mengawal diri korang untuk tidak terlebih beli tau!

3. Masak Mengikut Kuantiti, Bukan Ikut Sedap Hati!

Masak Ikut Kuantiti Ni Mudah Je TauPhoto from Sumber Gambar: Canva

Hmm.. dah ada pelan rancangan menu, dah ada keperluan asas, jadi apa lagi korang perlu lakukan? Haa.. pastikan korang masak ataupun beli makanan mengikut kuantiti yang korang boleh makan! Jangan ikut sedap hati nanti membazir tau.

Untuk bahan masakan, Min syorkan korang masak mengikut tuntutan bahan yang mudah rosak terlebih dahulu supaya korang elakkan pembaziran dan perlu membeli stok makanan yang baru.

Makan Dengan Kuantiti Sederhana Sahaja!Photo from Sumber Gambar: Canva

Selain itu, kuantiti makanan korang perlu dihadkan secara sederhana ataupun suku sahaja supaya korang boleh makan sampai habis dan kurangkan sisa makanan berlebihan.

4. Simpan Makanan Yang Lebih! Boleh Dipanaskan Semula

Sediakan Bekas Makanan Supaya Makanan Berlebihan Dijaga Dengan BaikPhoto from Sumber Gambar: Canva

Jika terdapat juga makanan yang berlebihan apa kata korang simpan dalam peti sejuk menggunakan bekas makanan supaya boleh dipanaskan semula untuk hari yang seterusnya.

Haa.. pastikan makanan ditutup dengan rapat dan disimpan dengan baik supaya makanan tersebut tidak rosak. Min syorkan untuk korang tulis di bekas tersebut tarikh dan juga makanan tersebut supaya tidak bercampur dengan bekas makanan yang lain.

Makanan Yang Disimpan Dengan Baik Boleh Tahan Lebih Lama TauPhoto from Sumber Gambar: Canva

Makanan yang telah disimpan dengan baik boleh dimasak semula tau dengan pelbagai resipi mudah yang Min tulis di artikel lain supaya sisa makanan korang tidak dibazirkan dan dibuang begitu sahaja.

5. Sebelum Ke Bazaar Ramadan, Rancang Pembelian Korang Terlebih Dahulu!

Hati-hati ke Bazaar! Takut Terbeli Untuk 10 OrangPhoto from Sumber Gambar: The Star

Haa.. kalau korang tidak masa untuk masak, sediakan sebuah bajet untuk korang membeli makanan di bazaar Ramadan. Ini akan mengajar korang untuk berbelanja secara berhemah serta elakkan terlebih beli nanti.

Maklumlah di bazaar nanti memang banyak makanan yang bakal menarik perhatian korang! Min sarankan korang untuk mengikut satu formula mudah seperti 1 makanan berat, 1 makanan sampingan dan 1 air sahaja tau. Formula ini sangat membantu untuk mengelakkan korang terlebih belanja serta mengadakan variasi dalam juadah untuk elakkan korang bosan!

Selain itu, sebuah bajet dapat membantu korang untuk tidak terlebih beli sekaligus membazirkan perbelanjaan korang tau! Korang boleh cuba membeli dalam kuantiti yang sikit tapi memberi fokus kepada kepelbagaiaan variasi supaya korang tak cepat jemu.

Sediakan Bajet Kalau Tak Memang Korang Terlebih BeliPhoto from Sumber Gambar: Mashable SEA

Haa.. mudahkan 5 langkah ini untuk mengajar korang untuk elakkan pembaziran! Apa kata korang cuba lakukan perubahan untuk tahun ini ketika waktu bulan yang mulia ini. Selamat mencuba!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok