Pencuci Mulut Serendah RM1.30? Jom Ke Mama One Stop Bakery And Cafe!
Wah! Siapa je yang tak nak makan pencuci mulut yang sedap, lemak berkrim, cukup rasa dengan harga yang murah kan? Memang berbaloi-baloi.
Photo from Facebook MAMA ONE STOP Bakery & Cafe (OFFICIAL)
Kalau teringin nak rasa itu semua, kenalah berkunjung ke Mama One Stop Bakery & Cafe yang terletak di Kampung Sentosa, Negeri Sembilan!
Photo from Instagram mamaonestopbakeryandcafe
Jika anda tidak pernah ke kafe ini, pasti akan terkejut melihat persekitarannya. Dari luar kelihatan seperti rumah kampung namun sebenarnya ia adalah kafe dengan interior yang menarik tau.
Photo from Instagram ainaa.syirahere
Di ruangan belakang kedai ini juga terdapat satu sungai. Kalau terasa nak berselfie tu bolehlah memilih untuk duduk di bahagian itu. Dan tarikan terbaru kafe ini adalah steambot dan grill mereka.
Photo from Instagram i.3.z.a_a.m.r.y
Popular kerana pencuci mulut
Kafe ini dikenali kerana menyajikan aneka pencuci mulut dengan harga serendah RM1.30 sahaja! Dan semestinya ada banyak pilihan untuk para pelanggan.
Photo from Instagram mamaonestopbakeryandcafe
Antaranya adalah donut yang terdiri daripada pelbagai jenis. Donut biasa ada, cokelat ada, red velvet ada, kekacang pun ada. Pilih sahajalah yang mana suka. Selain itu, mereka juga ada peach strudel yang boleh tahan sedapnya.
Photo from Instagram mamaonestopbakeryandcafe
Jika tak suka donut, tak mengapa. Ada bermacam jenis kek juga turut dijual disini iaitu cheesecake, red velvet dan lain-lain. Jika anda inginkan kuih, pun ada juga. Ada kuih talam, kuih koci dan banyak lagi lah. Siap di pek untuk dibawa pulang!
Photo from Instagram mamaonestopbakeryandcafe
Makanan berat pun ada!
Jangan tak tahu, di sini bukan setakat menjual pencuci mulut sahaja namun ada juga makanan berat yang lain. Terbahagi kepada makanan berlauk dan western, kafe ini turut menawarkan gril & steambot pada waktu malam.
Photo from Instagram norzahariz
Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah nasi butter chicken, makanan barat dan juga kopi mereka. Bagaimanapun, rasa kopinya agak kuat oleh itu sekiranya anda tidak biasa maka elakkan untuk memesannya.
Photo from Instagram noraini2758
?34, Kampung Sentosa, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
⏰8.30am - 7.30pm (Tutup Isnin), 5pm-11pm (steambot)
Anda mungkin suka: