download Jom Explore app
20 Jenis Masak Lemak Cili Api untuk Penggemar Makanan Kampung Negeri Sembilan

20 Jenis Masak Lemak Cili Api untuk Penggemar Makanan Kampung Negeri Sembilan

Jom! Makan
By Anthony Teo on 23 Feb 2023
Deputy Managing Editor

Kamu suka makanan pedas? Jika ya, Kodai Makan Ain di Kampung Budaya Terachi adalah destinasi yang paling tepat untukmu! Dengan 20 jenis masakan lemak cili api, hidangan ini pasti akan membuat lidahmu terasa terbakar namun puas.

Port nikmat masakan kampung Nogori yang asliPhoto from Facebook Kodai Makan Ain

Pasti banyak yang gemar dengan lauk-pauk Negeri Sembilan dan hidangan kampung. Walaupun kita sering mencuba pelbagai makanan antarabangsa, tekak Melayu tetap cenderung memilih lauk kampung sebagai hidangan kegemaran. Apalagi, lauk kampung dari Negeri Sembilan memang terkenal dengan cita rasa pedas, manis, dan semuanya yang nikmat itu.

Masakan Negeri SembilanPhoto from Facebook Kodai Makan Ain

Hidangan kampung yang sedap.Photo from Facebook Kodai Makan Ain

Tidak hanya itu, Kodai Makan Ain juga menawarkan pelbagai hidangan tradisional lain seperti rendang, sambal paru, sup, ayam kampung, itik, sotong bakar, ikan bakar, telur itik, kerabu, gulai jangek, pelbagai jenis ulam, tempoyak daun kayu dan masih banyak lagi lauk kampung yang disajikan di sini. Terbayang tidak, semua makanan pedas dan enak-enak itu menunggu kamu di Kodai Makan Ain!

Lebih daripada 20 jenis laukPhoto from Facebook Kodai Makan Ain

Pedas, pedas, pedas!!Photo from Facebook Kodai Makan Ain

Sudah pasti kamu takkan menyesal datang ke sini, selain hidangan istimewa, Kodai Makan Ain juga menyediakan aneka kuih-muih, bubur, ABC, laicikang, cendol dan pelbagai jenis air buah yang manis dan menyegarkan. Tak hanya itu, kamu juga boleh membeli produk-produk IKS lain yang turut dijual di kedai ini.

Suasana yang tenangPhoto from Facebook Kodai Makan Ain

 Persembahan Live BandPhoto from Facebook Kodai Makan Ain

Kedai ini juga luas, dengan tempat letak kereta yang selalu mencukupi, kemudahan tandas dan surau yang selesa, serta kelilingi oleh kampung dan sawah padi yang menambah keunikan pengalaman makanmu. Rasanya seperti makan di Tanah Sumatera yang penuh dengan cita rasa kampung, yang pasti akan memuaskan selera kamu.

Sawah yang cantikPhoto from Facebook Kodai Makan Ain

?Blok A, Perkampungan Budaya, Terachi, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok