download Jom Explore app
Cafe Salim, Meru Klang Warung Unik Menyediakan Sarapan Pagi Ala Barat !

Cafe Salim, Meru Klang Warung Unik Menyediakan Sarapan Pagi Ala Barat !

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 23 Feb 2023
Digital Editor

korang nak tukar selera sarapan pagi seperti di Amerika? Jangan susah-susah nak terbang ke sana apa kata korang cuba Cafe Salim di Klang yang menyediakan sarapan pagi ala barat dan juga tempatan. 

Suasana Di Cafe SalimPhoto from Cafe Salim

Menu English Breakfast

Jarang kan kita nak mencuba makan sarapan pagi ala barat tapi dekat cafe salim ni korang boleh makan dengan pelbagai menu barat seperti French toast, Classic toast, Steak breakfast toast, Chucky mushroom soup dan pelbagai lagi yang sedap. Korang kena cuba lah datang sini.

Frech ToastPhoto from Frech Toast

 

Big BreakfastPhoto from Cafe Salim

Tapi kalau nak makan sarapan pagi makanan tempatan pon ada disini seperti nasi lemak ayam berempah, kuey teow, mee hoon goreng dan laksa sarawak.

Kuey Teow GorengPhoto from Cafe Salim

Nasi Lemak Ayam BerempahPhoto from Cafe Salim

Harga Yang Berbaloi

Cafe Salim tidak lah terlalu mahal untuk korang makan sebab harganya berpatutan untuk korang nak mencuba English breakfast ni

Menu Dan HargaPhoto from Cafe Salim

Kedai ni selalunya ramai orang tau, sebab viral di laman sosial dan keunikkan kedai ini sendiri yang menyebabkan popular. Kalau korang nak datang sini, semestinya kena cepat supaya tidak beratur nanti.

Sign board Mohon BeraturPhoto from Cafe Salim

Yang istimewanya adalah di dalam kawasan kampung dengan menyajikan sajian English Breakfast ni. Chef selebriti selalu sinngah untuk sarapan disini. Memang mantap !

?4819, Jalan Cempaka, Meru, 41050 Klang, Selangor

⏰7am-12pm ( Isnin Tutup )

?011-1120 2355

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok