download Jom Explore app
Artis Serba Boleh Dan Boleh Berbahasa Isyarat? Ini Antara Perkara Menarik Mengenai Alif Satar!

Artis Serba Boleh Dan Boleh Berbahasa Isyarat? Ini Antara Perkara Menarik Mengenai Alif Satar!

Hot & Viral
By Nurul Khaleeda on 23 Feb 2023
Digital Editor

Baru-baru ini viral satu video di laman TikTok menunjukkan penyanyi dan pelakon, Alif Satar melayan peminatnya menggunakan bahasa isyarat. Ternyata ramai yang memuji sikap Alif malah tidak kurang juga ramai yang terkejut melihat kebolehannya itu.

Alif SatarPhoto from Instagran alifsatar

Dalam video berdurasi satu minit itu, kelihatan peminatnya meminta izin untuk bergambar. Melihatkan keadaan peminat tersebut, Alif terus berbual menggunakan bahasa isyarat malah turut bertanyakan nama peminatnya.

Alif SatarPhoto from Instagram alifsatar

Nama Alif Satar sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia, dia merupakan seorang selebriti yang berbakat besar serta versatil, boleh menyanyi, berlakon dan juga mengacara malah dia juga salah seorang artis yang tidak banyak skandal.

Alif SatarPhoto from Instagram alifsatar

Jom kita kenali dengan lebih rapat pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar ini.

Alif SatarPhoto from Instagram alifsatar

?Bermula dengan program One In A Million

Dia menyertai program One In A  Million musim pertama dan memenangi tempat ketiga. Ketika itu dia hanya berusia 16 tahun. Namun, Alif sebenarnya pernah berlakon di produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan & The Lost Boy ketika berusia 14 tahun.

Alif SatarPhoto from Instagram alifsatar

?Nyanyian, Pengacaraan & Lakonan

Bermula sebagai penyanyi solo, Alif kini selesa bergerak bersama grup The Locos. Malah, lagu Anugerah Terindah turut dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu 37 yang berlangsung baru-baru ini. Alif juga sangat aktif sebagai pengacara, dia juga sering mengacarakan program-program besar baik di Malaysia.

Alif Satar & The LocosPhoto from Instagram alifsatar

Dari segi lakonan, Alif popular dengan drama Dia Semanis Honey di samping pelakon dan penyanyi, Siti Nordiana. Malah, sebagai seorang pelakon Alif sering membawakan watak yang berbeza namun memberi impak. Filem terbarunya yang penuh kontroversi bakal keluar di pawagam pada 9 Mac depan.

Filem PulauPhoto from Instagram pulaumovie

?Boleh berbahasa Isyarat

Setelar video Alif berbahasa isyarat viral di laman media sosial, terdapat individu mengatakan bahawa ibu Alif merupakan seorang guru yang mengajar bahasa isyarat di sekolahnya dahulu. Patutlah Alif terer. Respect!

Alif SatarPhoto from Instagram alifsatar

?Tiada kontroversi

Alif merupakan salah seorang selebriti yang tiada kontroversi, malah dia juga menjadi feveret ramai kerana perwatakannya yang sentiasa peramah, rajin melayan peminat dan ramai yang mengatakan bahawa penyanyi lagi Sesungguhnya Aku itu adalah stok 'Suami mithali'.

Alif SatarPhoto from Instagram alifsatar

?Bapa kepada 3 orang anak

Alif mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Sha Dila Hadid pada September 2014. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah (2015), Ariana Mecca (2017) dan Muhammad Ali (2019). Alif sering berkongsi foto dan video bersama keluarga di laman sosial media miliknya.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok